Pembaca Blog Ini...

Thursday, April 30, 2009

Jaga exam dan masak ikan kerisi


Lenguh sungguh badan hari ini..
Dari pukul 2 sampai 5 petang
duk melangok dalam dewan jaga student final exam..

Ah giler punye sengsara jiwa den duduk dalam dewan itu..
Student pulak,
kalau dah siap atau agak-agak tak de idea dah nak jawab apa,
tak payah laaa duk lelama dalam dewan!! blah laaa cepat...
Tekanan wooooo duduk 3 jam tanpa buat apa-apa
selain bangun duduk, bangun duduk...
jalan-jalan sikit round2 dewan,
lepas tu tengok jam,
lepas tu duduk semula....
sabar ajelah.. lama-lama, saya selawat dalam hati aje..

Subhanallah..
Walhamdulillah..

Wala ilahaillah..

Allahuakbar..


Akhirnya, detik-detik perit pun berakhir..
3 jam berlalu dengan jayanya!!

Petang tadi, ingat malas nak makan nasi..
Rasa nak makan kuew tiaw tomyam saja..
Bahan semua dah ada tinggal lebur aje kan..

Tapi, cik abang saya nak makan ikan kerisi masak asam pedas..
Jadi, saya ikutkan saja lah..
Suami saya siang sayur kangkung sangat kelakar!!
Rasa nak tergolek-golek gelakkan dia!!

"Alah, biarlah.. Bukan ada orang lain pun nak makan, kita berdua aje!" ~dia jawab bila saya gelakkan kangkung 'hasil kerja tangannya'........

But, frankly speaking...
i'm sooooooooooo lucky
sebab dapat my cik abang sebagai suami..
Sangat rajin menolong di dapur..
Harap-harap kerajinan nya itu akan berkekalan laaaa.. :-)

Tuesday, April 28, 2009

Suami ajak saya jalan-jalan waktu malam


haaaaaaaaaaa?? nak pergi mana?????

Jom lah....

Ok ... jap!! Owang pergi bersiap, ye!!

Wat suspen je...

Masa berlalu

Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Percintaan yang kita bina hampir terlerai

Apa salahku
Kau buat ku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita

Hanya satu pintaku
Moga kau menyesali...
Semua ini.... (hentam je lirik ni!! Tak ingat dah..)
Tiba-tiba teringatkan lagu Nora ni..
Tajuk nya di Persimpangan Dilema.
Lagu tengah top masa saya tengah bercintan monyet dengan boyfriend saya yang bernama Encik FH

Sedang asyik bercinta, duniaku duniamu jua.. eceh...
tiba-tiba kami loss contact tau.. hampir 2 tahun laa..
Masa tu, saya sambung belajar di UiTM..
Di atas sebab-sebab tertentu, saya seolah-oleh kehilangan kekasih masa itu..
cishhhh.. hehehe..
Masa itu, orang nampak saya macam cool saja.
Tapi, dalam hati saya ni....
Allah saja yang tahu.

Masa tu, saya banyak komitmen sangat dengan pelajaran.
Study 24/7
katanya.
Jadi, kehilangan yang berlaku pada saya ketika itu, saya biarkan berlalu begitu saja.
Struggle study saja.

Masa tu saya fikir,

"Lantaklah.. orang taknak dah.
Buat apa nak merayu-rayu.
Tak guna nak menangis laaa.. Buang karan.."
~tapi, dalam hati.. waaaaaaaaaa..waaaaa.... menangis juga tau!!

Saya teruskan hidup.. ecehhhh..

Selepas ditinggalkan kekasih tanpa khabar berita itu, saya terhangit bercintan monyet pula dengan seorang mamat ni namanya Encik FA..

Walaupun begitu, saya memang tidak pernah tukar no handphone dengan harapan Encik FH yang meninggalkan saya itu akan menghubungi saya semula..
kerana naluri saya ketika itu kuat mengatakan begitu.

Tup..tup.. ya betul naluri saya ni!!
Encik FH menghubungi saya semula..

Debar di hati tidak terkata.
Tak tahu apa perasaan saya ketika itu.
Saya gembira.
Saya sedih.
Saya rasa saya menang tanpa bertanding (tah hape hape)..
Walaupun, Encik FH langsung tidak menyebut tentang hubungan yang terputus itu harus disambungkan kembali ke apa ke..
Tapi, saya tetap buat keputusan berani memutus (bukan putus sebenarnya..) menjauhkan diri dari Encik FA.. oh.. terasa saya kejam ketika itu.
Saya seolah-olah mempermainkan hati Encik FA.
Sejujurnya, ketika itu.. saya memang senang bersama dengan Encik FA.
Tapi, ketika itu juga hati saya masih pada Encik FH..
Hanya pada Encik FH.
Keadaan yang memaksa saya membuat keputusan itu.. (ceh salahkan keadaan)

Ada lah berlaku sikit pertelingkahan antara saya dan Encik FA .. Bla..bla..bla..
Biasalah, dia tanya apa salah dia lah.. Kenapa saya buat dia begitu lah..
Oh, saya tiada jawapan yang bernas.
Saya cuma jawab, awak terlalu baik untuk saya. Citsss.. ayat itu tak jujur..

Saya kembali berkawan dengan Encik FH.
Berdating-datingan..
Kemudian, saya dapat tahu Encik FA sebenarnya ada girl lain di fakulti yang sama dan sejak saya belum jumpa Encik FH semula lagi...
Ah.. saya dah tak kesah dah apa pun masa tu.
Sebab Encik FH dah ajak saya bertunang dah pun.. Hahahahah..
Saya menang tanpa bertanding (tah ape-ape)..
Lagipun, saya pun tak jujur jugak dengan Encik FA.. So, seri laaaa kan..

Lepas tu, saya dan Encik FH bertunang.
Abaikan selendang umpama alas meja itu

dan seterusnya berkahwin sehingga kini
dan InsyaAllah sehingga hujung nyawa saya akan pertahankan perkahwinan ini..siap boleh pusing-pusing pokok lagi.. heheh
Abang, I love you..
Walau apa pun, cerita di atas,
abang tetap di hati owang dulu, kini dan selamanya..

Cerita ini sudah lebih 9 tahun berlalu..
Ianya kini hanya sebuah sejarah saja.
Diulangi bukan untuk menyakiti hati sesiapa,
tapi biarlah ianya menjadi pedoman kepada kita di masa akan datang..


Again.. I love u, Encik FH (Fazrul Hisyam) soooooooooooooo much!!!!!

Sunday, April 26, 2009

Ahad

Saya tak pergi kerja hari ni..
Saya duduk rehat kat rumah.
Sesuatu telah terjadi dalam perut saya..

Haduh......Lepas minum ni
baru lah benda lah yang terjadi dalam perut saya itu keluar dengan jayanya..

Apa?
Angin laaaa......

~dush..dush.. bosan..bosan..
malam ni saya duduk rumah sorang
sebab suami saya jaga abah dia kat hospital...

Saturday, April 25, 2009

KaMeRa DiGiTaL...!!!

Kata nak tidur!!!
Tapi ada entri lagik!


Petang tadi (petang semalam laa sekarang ni..sebab laaaa ni dah nak 3pagi dah), kami berhajat ke Mydin untuk beli sikit keperluan dapur untuk bulan ini.

Dengan wajah berseri-seri (sebab baru saja check dalam bank, gaji sudah ada!!!!), selepas makan tengahari di rumah abah kami ke bandar.
Biasanya, kami beli barang dapur kat Giant atau di kedai runcit di tempat tinggal kami aje. Mydin ni ramai sangat orang.
Nak bayar pun sakit kaki beratur lelama..
Penuh parking pula satu hal juga!!!

Tapi, oleh kerana suami saya mahu register postpaid DIGI, kami pun ke Mydin juga laaa...
Bila pakai prepaid ni rasa macam rugi pula.
Kredit
asyik expired je sebab tak guna sangat.
Maklumlah, bak kata ibu umairah bila dah kawin ni handphone pun tak dihiraukan sangat sampai kredit abis pun tak sedar.
Kalau apa-apa emergency kan payah juga!!
Jadi, pakai postpaid lagi jimat dan praktikal sebab tak payah asyik beli prepaid lepas tu expired.
Rugi kan!!!
Kalau zaman-zaman bercinta dulu ye laaa kan..

OK.. OK.. sambung balik laaa ke cerita asal!! Melalut pula..

Rezeki kami laaaa, mudah dapat parking pula hari ni..
Lepas tu cari kaunter DIGI berpusing-pusing satu Mydin...
Saya lalu lagi kat depan kedai kamera di situ..
"WAAAAAAAAAAAH... Abang!!! Kamera hijau leper meper itu dah turun harga!! Dulu RM1300++.. Sekarang sudah RM1000 saja!!"

Gilak aku!!!!!
Rasa macam nak meroyan je masa tu.
Tapi, kang dibuatnya kebetulan ada student saya kat situ , tak ke malu?? hehehehhe..
Reputasi haruslah dijaga, ye!!!

"Sayang nak ke??"

Of course atau dalam bahasa Melayu nya, sudah tentu lah saya jawab nak!!
Inilah idaman kalbu saya sejak dulu lagi.
Orang duk offer ke saya kamera digital yang lain, huh jangan harap lah saya nak...
Saya nak yang ini juga!!!
Tak kira... tak kira...
(sambil hentak-hentak kaki!!!!~ imaginasi saya saja.. Tak de nye saya hilang akal nak buat gitu kan. Adik bongsu saya pun tak pernah gitu)


Tahu apa suami saya jawab??

Dia kata
"Tak pelah, tunggu harga dia turun RM600 atau 700++ laaa baru kita beli."

huhuhu..

Susah hati betul laaa...

Susah hati betul lah saya kalau saya tak dapat update blog!!

Meh lah saya update sikit.

Sekarang ni dah pukul 2.30 pagi 25 April ..
Mata dah kelat-kelat..

Baru sudah buat BAB 13..
Sepatutnya malam ni kena siapkan BAB 15 dah..
Harap-harap saya boleh capai target..
Kang kalau tak kang, mentor saya bising!! hikhikhik..

Kertas jawapan student masih belum diperiksa adalah tinggi sejengkal..!!!

Inilah sebahagian daripadanya....
Tilam dan bantal usang itu adalah port suami saya baring sambil layan Astro.
Suami saya sudah tidak ada di tilam dan bantal itu sebab dia dah tak tahan mengantuk..
Dah masuk bilik tidur kroih..kroih...

Dah..dah..
Saya pun dah mengantuk!!
Esok lah saya sambung kerja ye..
Kang kalau tak kang, syahid pulak saya kat atas sofa ni kang!!
Tata

Saya nak pergi peluk-peluk teddy bear saya yang sedang kroih kroih tu!!

Alamak!! Terlebih sudah!!!

Thursday, April 23, 2009

Tah hape-hape!!!

Gambar di atas adalah gambar semasa saya mahu dihantar bekerja di Ipoh Perak.
Saya buat hal tah apa-apa sambil minum dari 2 cawan air..
Haus benar saya..
Ok... Saya takkan update sehingga Ahad ini..
Saya ada projek perlu disiapkan!!

Tata..
Sayang u ols semua!!!

Legoooooooooooooooooo!!!


Khamis 23/4/09
(9.00pm - 12.00am): BAB13

Jumaat 24/4/09
(2.30pm - 5.00pm): BAB14
(9.00pm - 12.00am): BAB15

Sabtu 25/4/09

(2.30pm - 5.00pm): BAB 16
(9.00pm - 11.00): BAB 17

*Mungkin bab yang ditulis adalah tidak mengikut urutan bertepatan dengan konsep KJ Method. Tapi, hujung minggu ini akan disiapkan 5 bab.. Chaiyok.. chaiyok..

eceh..
Jadual tu!!!!

Tapi, saya rasa adalah perlu....
Supaya dapat mendisiplinkan saya!!
Saya hanya akan mencapai impian ini setelah menyiapkan 31 bab!!

BAHANA NAFSU


Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi.

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta

Bagi sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.

“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima.

“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua.

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.

“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

- BERITA HARIAN

Saya cedok dari blog encik adha

Teruk sangat kes-kes macam ni sekarang, kan?
Peliknya, kalau orang buat-buat tanpa ikatan sah, dan tak mahukan hasilnya cepat dan senang je nak termengandung
Orang yang payah payah berpeluh-peluh buat-buat dengan ikatan dengan niat mahukan hasilnya, sikit punya susah kan...

Ujian Allah datang dengan pelbagai cara!

Wednesday, April 22, 2009

Sudah dapat!!

Saya sudah dapat hak saya yang telah saya nantikan sekian lama (eceh..tak lama sangat laa)

Terima kasih kepada yang memberikannya kepada saya.
Dan hak itu membuatkan saya amat bahagia.
Bangun je pagi ada semangat baru.

~Bahagia bahagia jugak!!!
Yang aircond rosak panas berdengkung kat opis den sapa nak jawab???

Saya sudah delete blog suami saya..

Wah.. bunyi macam ada kuasa veto je kan..
Bukan begitu.
Saya delete blog yang lama (tak lama sangat laa..)

Sebelum ini, blog suami saya ialah potong spring
Saya sudah create akaun baru untuk dia potong spring juga, tapi potong spring 1...

Sebelum ni, dia tumpang akaun saya saja sebab dia kata senang la kalau satu akaun.
Tapi, bila saya komen entri kat blog u ols kena duk masuk ID laa.. kalau tidak, keluar nama suami saya pula.. Haduh... gawat ini dong..!!malas laa nak tukar-tukar kan.. Lagipun, saya tak mahir sangat hal-hal blog ni..
(saya buat blog saya pun adik saya penggodam yang ajar)

So, kepada u ols yang dah jadi follower blog suami saya, harap dapat follow blog nya yang baru laaa iaitu diulangi di potong spring1 ..

Mengapa potong spring dipilih sebagai nama blog nya??
Harap tanya kepada tuan empunya badan. Saya hanya menurut perintah....
~ request laaa kat dia suruh dia buat entri pasal KENAPA POTONG SPRING??
Kenapa tak POTONG POKOK KE? POTONG KEK KE HAPE KE??

Mimpi hantu

Malam tadi, saya sedang tidur...

Saya ada mimpi sesuatu tapi bukan mimpi hantu. (saya tak ingat lah)...
Tapi, apa yang saya ingat ialah dalam mimpi saya itu, saya terdengar bunyi menjerit-jerit sambil menyebut "Pergi..pergi..pergi...!"

Oh sangat trajis..
Saya tersedar dari tidur dan mendapati ada jejaka sedang menjerit-jerit di sebelah saya..
Rupanya, suami saya mengigau lagi..

"Abang.. abang..." sambil gerak-gerakkan badan dia..
"Hm...." boleh menjawab pulak tu..
"Abang kenapa?"
"Ngigau"
"Abang ok tak?"
"Hmm.."

Lepas tu, saya pun malas laaa nak tanya banyak-banyak kan sebab mata pun mengantuk.

Pagi tadi, saya kejut dia bangun tidur.
Saya tanya dia, "Abang mengigau ke malam tadi?"
"A'ah.. abang mimpi hantu,"
"La.. ye ke?"
"Hmm.. abang dari dulu lagi kalau mimpi hantu mesti abang tidur bunyi-bunyi,"
ek eleh..sebelum ni dia tak mimpi hantu pun tidur bercakap juga.. nak cover laaa tu.. heheehehhe

"Oh, ye ke?"

"Ye.. jahat nate (singkatan untuk binatang) hantu ni jahat betul. Sampai ke dalam tidur orang dia nak kacau!"

hehehe.. hantu pulak yang salah, ye?....

Tuesday, April 21, 2009

Puasa Ganti

Hari ini, saya puasa ganti..

Seperti biasa, kalau saya puasa ganti suami saya yang jadi tukang masak.

Suami saya tengah duk potong-potong bawang, saya duk baring-baring je..
Syorga je rasanya.. hehee

Tapi, kesian pula tengok dia sorang-sorang kan kat dapur, saya pun bangun laa tolong dia.

Dan dan je bila saya bangun ke dapur, terus je dia nak masuk toilet la..
nak masuk mandi laaa... macam-macam..

Hampeh je, dia kata tadi dia yang nak masak..

hik hik hik.. alaaa.. saya tak kesah pun sebenarnya!!

saya teruskan saja plan suami saya nak masak..
ikan kembung goreng
dan....
sawi tumis buh sotong..
bapak laa besar batang sawi yang suami saya potong!!
dan air bandung ni saya buat sendiri...

p/s: suami saya memang otai goreng ikan dengan sayur tumis air je..
hikhikhik
Sekali sekala kaum Adam tunjuk skill kan..
Yang simple-simple pun jadi sedap...

Monday, April 20, 2009

Saya masak kari sotong


Perghhhhh..
Petang semalam dah plan nak masak kari sotong ni,
tapi.. balik je rumah atas meja dah ada nasi ayam.
Suami saya beli siap-siap,
sebab dia kata kesian kat saya
nak kena masak-masak sebab malam ada kelas pulak, kan...

Jadi, resepi kari sotong itu saya tangguhkan untuk hari ni
Sedap laa kari sotong saya malam ni..
kuah nya rasa ala-ala macam yang mak buat..

hahaha..
ala-ala saja lah ye..
suami saya dalam tak sihat tu
boleh suruh saya masukkan sotong lagi dalam baki kuah kari itu...
hampir setengah kilo kami hentam berdua..
hahahah

hamboi, bang..
melantak ye makan sotong..
kang gatal-gatal semula kang baru tahu..

bukan selalu tekak saya merasakan masakan sendiri seperti masakan ibu..
atau
saya sudah nak jadi ibu??
ohooo.. tidak!!..

masih jauh perjalanan untuk saya jadi ibu seperti mak saya...

Suami saya sudah ada blog

Tadi kata tak sihat.. tetiba dah ada blog!!

Sila laaa ke blog beliau..

Beliau tentu memerlukan sokongan dan komen memberangsangkan dari kalian..

TQ tau..

Suami saya tidak sihat

Hari ini suami saya tidak berapa sihat.

Dia macam demam-demam sikit..
Tapi, bukan demam sangat..
Lepas tu, dia macam tak larat..
Kesian pula saya tengok! :(

Dia kata dia nak pergi check di klinik kesihatan dekat sini.
Tapi, kereta dia masih ada di rumah abahnya, (kerana kereta ayahnya sekarang sedang rosak)
abahnya mahu ke hospital ada temujanji dengan doktor jadi, tiada kereta dan dia minta pinjam kereta suami saya sebab kereta suami saya sangat power!! hahahahah ~power katanya.

Pagi ni saya ada nak melayan presentation student.
Petang ni pula, saya kena jaga exam.
Jadual agak padat..

Saya harap lepas melayan presentation ni, saya ada masa 'lari' sekejap ke rumah ambil suami saya dan bawa dia ke klinik..

~Doakan suami saya tak apa-apa, ye..
Sejak akhir-akhir ni, dia selalu penat dan tak larat.
Saya pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu..

Sunday, April 19, 2009

PROTON EXORA vs LEGO

Nampak macam cantik aje kan Exora ni.. Tapi, belakang dia nampak kureng sikit..
Lawak sungguh tengok iklan nya di TV yang sekeluarga naik MPV tanpa bumbung dan pintu.. Terguling-guling suami saya duk tergelak..


Heheh..

Meninjau blog adik-adik saya yang merendek di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC sudah cukup membuatkan saya rasa:

Ceh.. adik saya siap dapat cabutan SEPARA bertuah lagi tu!!!

Teruja.. Geram.. Kecewa.. Menyesal.. Sedih.. oh..mengapa tiada rasa gembira??

Teruja sebab saya suka ke Pesta Buku..

Geram sebab saya memang tak berkesempatan ke sana buat kedua kalinya...!!!

Kecewa dan menyesal sebab saya tidak sempat menyiapkan projek Lego.
Oh, saya rasa nak berhenti kerja saja sebab nak siapkan projek Lego. Lepas tu, bila dah siap.. saya nak kerja sini semula. Boleh?? hahahahha..

Sedih sebab saya rindu adik dan keluarga saya..
dush..dush.. dah berlaki pun nak mengada-ngada.

Semalam, saya cakap kat suami..
"Abang, best kan ada MPV.. Exora pun best.. Tak lama lagi Perodua pun nak kuarkan MPV"

"Kalau dah siapkan projek Lego, tentu dah boleh bawa keluar Exora.."

"Cissss.." Kalau lah semudah itu..

Pak Mertua saya terdengar perbualan kami.

"Dah banyak dah ke buat?"
"Baru separuh.."
~Tak suka sebab pak mertua tahu hal ini. Saya nak buat suprise!!

Masak apa, bos??

Adus..
suami saya ni selalu macam ni tau..
Bila saya tanya,
"Abang, nak makan apa petang ni..."
Asyik dia jawab, "Apa-apa lah.. Tak kesah.."

Dalam peti ais, ada sotong.. ikan kembung dan cencaru
Sayur, yilek.....!!
(semalam masa suami saya nak keluar, saya kirim beli sayur tapi,
balik-balik je dia bawa roti yang banyak.. Sayur tak beli. Dia kata dia lupa.. Ek eleh..)


Rasa nak masak sotong..
Sementara menanti student untuk consultation,
dan menanti soalan exam yang sedang diphotostat oleh pembantu saya,
makanya... saya cari resepi dari Internet.

nak masak kari sotong kah??
atau...sotong goreng kunyit kah?
(kelmarin dah makan sotong goreng kunyit) atau..sotong goreng kicap.. Hahaha..
nak buat goreng kicap pun tengok resepi kah??
atau..sotong daisy.
cantik sangat laa pulak sotong ni..
bunga-bunga.. hehehe

Pening laaa nak fikir apa nak masak..
sebab dah setiap hari masak, macam dah habis dah resepi..
hahhahah..
agaknya, macam ni laa mak saya rasa kan??
Hari-hari masak..
Dah lah mak saya ada suami yang agak cerewet..
Tentu lagi pening memikirkan apa nak dimasak setiap hari..

Saturday, April 18, 2009

Jawab Tag

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
sebab suka laaaa.. gambar jalan2 berdua, nampak macam pegang tangan...tapi sebenarnya tak pegang pun... ilusi saja tu..


3) tag 10 people...

ramai nya...
  1. icah
  2. imah
  3. kak eila
  4. anep (kalau dia reti laaa)
  5. ck
  6. sha
  7. honeylanz
  8. nurulzi
  9. mak
  10. sesiapa saja lah yang belum buat

Friday, April 17, 2009

Terjadinya satu peristiwa


Sambil menyiapkan soalan peperiksaan untuk student,
saya mendengar lagu kegemaran saya buat masa ini...
(aku dan dia ~ari lasso dan bunga citra lestari)

Tiba-tiba
ada seorang jejaka tampan datang memeluk dari belakang,
dan kemudiannya mengajak saya ke pantai
membeli lauk basah untuk minggu ini..

Saya bersiap-siap
maka, terjadilah
posing yang di atas ini..

Dah itu saja yang saya nak bagitau..


~ada banyak lagi gambar..
Tapi, yang ini saja yang saya sesuai nak tepek di sini
sebab yang lain tu semuanya aksi horror!!!
kah kah kah..

Dan.... budak kecik itu ialah...................


saya lah ....
dgn mata sepet...
pipi tembam sangat kot, itu pasal laa jadi sepet mata..
pulak tu,
badan berketul-ketul..
dah macam Malik Noor..
hahahhah

suami saya beri komen,
sudah sejak azali lagi
saya mempunyai bentuk fizikal yang sedap dipeluk.. huhuhu..

~TQ to icah.. sebab membuat aku kembali mengenang memori lalu..
tentu masa ni mak ayah sayang gile kat aku,
sebab aku je lah satu-satunya anak mereka masa ni kan..
tapi,
sampai sekarang pun, aku rasa mak ayah sayangkan aku lebih dari korang..
(ayat tak bleh blah!!!)
tak de laa..
aku tahu..
mak ayah tak pernah sayang sape2 lebih byk..

mereka sayang kita ber-7 sama rata..

Thursday, April 16, 2009

Budak kecik


siapakah budak kecil ini?
Tidak memakai baju dan sangat montel... ahaha...

CUBA TEKA!!!

ok..saya bagi clue ya..
sekarang sudah besar dan tetap seperti ini.....
hihiiiiiii

Gabung menggabung

*gambar di atas adalah hiasan semata-mata....


"Sayang, abang rasa macam nak beli kereta baru laaaa," ~ dia dah start dah...
"Myvi ke??"

"Tak lah.. tengah fikir la ni.. Tapi, kalau Myvi campur Viva sayang jadi Myviva"
tetiba lak dia gabung menggabung perkataan..


"Kalau Vios campur Viva jadi apa, bang?"

"Jadi, Vaos.. Kalau mertua campur menantu?"

"Jadi merantu"
~ saya baru balik kelas malam sambil baring-baring tengok Mertua vs. Menantu episod akhir...

"Pandai laaa bini abang ni"

"Mestilaaaaa pandai.. I kan cikgu.. " hahahah.. ayat berlagak di situ..

"Ye lah...Yang..yang.. tapi kalau cerihik?? dari perkataan apa?"

"Cerita hikmat kot.." penat lah saya nak fikir...

"Tak.. bukan.."

"Dah tu?? Cerihik apa?"

"Cerihik tu.. cerita t*hi"

"Abang!!!!!!!!!" .. saya picit cuping telinga dia...

~Lepas tu, suami saya sengih-sengih aje.. Tah apa-apa...

Wednesday, April 15, 2009

Give some speech...


Pihak jabatan dari UPM datang memantau prestasi pelajar hari ini.

Gambar ini menunjukkan ekspresi yang dipamerkan di hadapan audience.

Saya sendiri tidak dapat mengagak, ekspresi apa sebenarnya yang cuba saya gambarkan ketika ini....

U ols rasa ekspresi apa ye??
Marah kah?
Gementar kah?
Sedih kah?
Tidak berkeyakinan kah?

atau bagaimana?

Monday, April 13, 2009

Pernah tak rasa macam yang saya rasa ni??


Pernah tak kalau dah banyak kerja sangat, rasa tak da mood nak buat kerja..
Lepas tu, rasa macam nak duduk je termenung tanpa buat kerja..
Itu lah, yang saya alami sekarang..
Cuma, bezanya.... Saya tak duduk termenung saja tanpa buat kerja tapi, saya jawab tag...

hahahahhaah ((((gelak sebab nak sembunyikan tensen!!!)))

things found in my wallet
1. IC
2. Medical Card
3. ATM card - macam-macam ada.. Bank Islam, CIMB, Maybank, Affin Bank.. Tapi, yang ada duitnya cuma CIMB dan Bank Islam.. hahahhahhampeh..
4. Driving Licence
5. Duit.. Kadang-kadang ada..kadang-kadang tak da.. Ntah lah, apesal tah kalau nampak je duit dalam wallet tu, mesti nak belanja.. Sebab tu, saya biar je tak de duit.. hahahhampeh

5 favourite things in my home

1. Bantal bucuk .. hahahha.. ke mana-mana mesti bawa kalau nak pergi bermalam laaa...
2. Sofa Ikea.. rasa nikmat je baring atas sofa lepas penat mengadap laptop..
3. TV
4. Magazine Collection
5. Dapur.. makan..makan..makan..


5 things I’ve always wanted to do 1. Ikan Tawar
2. Sihat luar dan dalam
3. Shopping penuhkan barang-barang dalam rumah
4. Anak.. hahahahaha...

5. Honeymoon..

5 things I’m currently into
1. Blogging
2. Tunggu student. Janji nak datang jumpa for consultation.. tapi, dah pukul 5.15 tak da nampak batang idung..
3. Kerja
4. Student
5. Student... adoi laaa.... teruk nya student aku ni...

5 person yang nak tag
tak nak tag sesiapa...

~tiru sha.. buat tulisan warna-warni.. hhhehehhe..

Suami saya suka tengok kereta...


p/s..
Kadang2 saya sendiri tak faham,
Kenapa lah suami saya sangat berminat dengan kereta?
Kalau diikutkan saya yang berpendapatan sederhana ini,
kereta itu hanya lah sebagai alat untuk pengangkutan..
Selagi kereta itu masih elok..
masih boleh bawa kita berjalan..
tidak ada cacat celanya,
selagi itu lah kereta itu menjalankan fungsinya..
Kereta itu sudah cukup memuaskan hati..
(Kalau beli kereta baru, sudah tentulah elok dan tak mati-mati tengah jalan kan?)

Apa lah rasionalnya, kalau baru saja beli kereta..
tapi, sibuk nak ganti sportrim laaaa....
ganti half cut laaaa..
itu laaa...
ini laaa..

Aduhai... suamiku, sayang!!!
Dinda harap kanda akan lebih berhemah di lain kali..
Terima kasih dan tahniah di atas keputusan yang bijak itu..
Percayalah... ianya akan memberikan kebaikan kepada kita berdua nanti..
Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran..

Kalau sudah minat.. macam-macam boleh jadi..
Walau apapun,

saya tetap sayang suami saya....

Lama tak memblog...

Saya tak da apa nak cerita..
Saya tiada idea..
Saya rasa kecewa.. Kecewa kerana sesuatu..
Saya rasa sakit hati.. Sakit hati kerana sesuatu..

Saya belum lagi ada masa untuk siapkan projek Ikan Tawar saya..
Memang, masa sekolah dulu-dulu saya selalu dengar ungkapan ini:

"Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" ~ saya yakin kalian semua mesti pernah dengar juga..
Saya bukan berdalih, tapi.. saya memang tak mampu menyiapkan nya..

Boleh kah kalau masa sehari ada 50 jam ke.. 100 jam ke..?? Boleh??

Esok orang UPM nak datang melawat..
Saya belum kemaskinikan folio pengajaran saya.. adus..adus..adus..

Thursday, April 9, 2009

Suami saya teringin nak makan ketam...

Semalam kami ke pantai untuk beli lauk. Biasanya lauk di pantai adalah segar dan menyelerakan.. Lagipun, sudah sangat muak asyik makan ayam je kan.. Kelmarin kami makan telur saja sebab masing-masing malas nak pergi beli lauk..
Lebih kurang 15 minit perjalanan sampai lah kami ke tempat yang dituju.

"Kak, kembung ni berapa sekilo?"
"4 riya"
"Ok, bagi setengah kilo ye," ~
kami memang suka beli setengah-setengah
sebab nya bukan ramai pun nak makan.
Hanya kami berdua saja.
Kalau beli banyak-banyak karang jemu pula makan ikan yang sama aje berhari-hari
kan..kan..kan..?


Jalan lagi..

"Abang, nak udang boleh?"
"Boleh, kak.. udang ni berapa sekilo?"
"16 riya.. Udang laut ni.. segar..bla..bla..bla.."
"Ok, wi setengah kilo la," ~tengok!! masih setengah kilo..

Jalan lagi..

"Yang, sedap kan makan ketam masak pedas tu..?"
"Sedap jugak.."
"Kak, ketam ni berapa sekilo?"
"18 riya..."
"Boleh ke yang abang nak makan ketam?"
"Tak boleh lagi laaa, bang. Kang kalau gatal2 kaki kang susah pula,"


~suami saya adalah seorang yang alergik dengan makanan laut.. Sebenarnya, dia tak boleh makan ketam, udang, sotong ke..lala ke.. lili ke.. lulu ke..semua dia tak boleh makan. Haruslah berpantang kan... Saya dah bagi makan udang pun, kita bagus laa kan.. Kesian juga tengok dia asyik makan ikan ayam ikan ayam.. Padahal dia suka sangat makanan laut. Jadi, sikit-sikit ok laa kan..
Sepanjang perjalanan pulang, bising mulut suami saya bebel-bebelkan saya sebab saya tak kasi dia beli ketam tu. Macam-macam dia cakap.. dia kata:

dia dah lama tak makan ketam laa..
dah lebih 3 tahun tak makan ketam laa..
kaki dia dah baik gatal laa, dah boleh makan ketam sikit-sikit laa..
sedapnya kalau makan ketam masak pedas laa..
ketam masak lemak kuning pun sedap laa..
sweet sour pun sedap juga laaa...
dia nak tanya macamana nak siang ketam laa..
esok dia nak datang lagi untuk beli ketam laa..
sampai hati saya tak bagi dia makan ketam laa..

Haduh laaa haii...

~"ye lah.. ye lah.. esok kita belilah ketam.. kalau gatal nanti, jangan nak menyesal pula!!!" saya cakap dalam hati....

Alangkah bagusnya kalau benar-benar jadi kenyataan..


Petikan dari blog Encik Adha

Kajian kemungkinan pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) Fasa 3 yang telah dijalankan pada 15 Julai 2007 dijangka siap pada 15 Mei ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, LPT 3 merupakan sambungan dari LPT2 di Kuala Terengganu, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

“Cadangan jajaran lebuh raya sepanjang 150 kilometer ini akan melalui daerah Kuala Terengganu, Daerah Setiu, Besut, Jajaran Pasir Puteh, Jajahan Bachok, Jajahan Kota Bharu, Jajahan Pasir Mas sebelum berakhir di jajahan Tumpat.


“Kementerian sedia maklum keperluan pembinaan LPT dalam mewujudkan rangkaian perhubungan yang berkesan di antara Pantai Timur dan Pantai Barat semenanjung serta mempertingkatkan rangkaian jalan sedia ada,” katanya dalam Persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Rusli Ibrahim ingin tahu status dan perancangan LPT dalam mewujudkan rangkaian perhubungan berkesan.

Menurutnya, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) yang menghubungkan Karak ke Kuantan telah dibuka kepada pengguna pada 1 Ogos 2004 dan kini telah disambung sehingga ke Jabor manakala Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) iaitu sambungan daripada LPT 1 ke Kuala Terengganu sedang dalam pembinaan.

- SINAR HARIAN

~kalau cepat-cepat siap lebuharaya ni, saya akan balik Serdang 2 minggu sekali.. Ahahahah.. Lepas tu, makan sardin setiap hari..

Wednesday, April 8, 2009

DOA SEORANG ISTERI~



Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

Ya Ampun.. Aku tak bisa update

~Busy mode, again!!!!

Sunday, April 5, 2009

Terkenang semasa dulu.. Hatiku terasa rindu... (Part 1)

Jom..layan gambar-gambar lama yang belum pernah ditayangkan di Hakikat Kehidupan ini..

eceh.. siap tunjuk gambar nak sembahyang.. Biasalah, zaman-zaman belajar dulu. Zaman tengah seronok kan.. Semua yang dialami semua macam indah-indah belaka. Zaman 'saham' tengah naik. Zaman-zaman di 'urati' kan... Hati berbunga-bunga selalu..
Mak Mas, Erni, saya dan Yanti.. Semua ini kawan-kawan masa di UiTM.
Rindu nak jumpa diorang..
Mak Mas dah jadi pensyarah di UiTM,
Erni dah beranak sorang, saya sudah beranak tekak (hehehe)
Yanti jadi planner kat Johor..

Ini pula masa buat lawatan akademik di bengkel kerepek kira-kira 4 tahun yang lalu..
Kalau u ols perasan,
gamabar-gambarnya adalah orang yang sama aje.
Saya ni tak ramai kawan sangat.
Rakan sekelas ramai, cuma tak ramai yang saya rapat.

Pemalas

Saya cuti hari ni..
Hari Rabu dah cuti dah.. Ni cuti lagi...
Kenapa ye, saya macam tak de mood nak keje sekarang..
Jadi pemalas...
Masuk kelas pun, student tak de semangat, tak berminat nak datang kelas..
Saya bosan sungguh laaaaaaaa!!!

Tapi, tak mengapalah.. Itu dah lumrah..
Saya berjanji pada diri saya sendiri, ini adalah cuti terakhir saya untuk bulan ini..

Kini, saya sedang menyiapkan projek Ikan Tawar. Tiba-tiba menyesal pula rasa di hati sebab tak siapkan awal-awal. Pesta buku dah nak dekat. Kalau lah saya lebih bermotivasi, sudah tentu saya boleh tersenyum sekarang.. Menyesal kemudian tiada gunanya!!!

Tentu 'mentor' saya tengah bising-bising sekarang sebab saya sudah lama tidak hantar progress kepada beliau...

Oh.. saya janji.. (banyak sangat janji), saya akan menghantar progress yang 'dirindui' nya itu hari ini..

Thursday, April 2, 2009

Peristiwa di Affin Bank

Semalam, 1 April.. saya cuti. Bukan cuti sempena April Fool (Entah apa-apa la orang yang duk buat April Fool tu).
Saya cuti rehat la. Lagipun, sekarang sejak dua menjak ini, saya dilanda sindrom mengantuk sokmo..

Saya rasa mengantuk aje.. Pantang baring sekejap, peh.. saya tertidur.. Tengok TV pun sampai tertidur.. Sedang menaip projek Ikan Tawar pun saya tertidur juga!!! Teruk kan?? Entah apa nak jadi. Jadi, suami saya suruh saya cuti dan tidur lah sepuas-puas hati...(Kononnya nak tidur lah kan.. Hape?? Pukul 9 pagi, saya dah bangun.. Kemudian, dah tak leh nak tidur semula)


Saya ambil cuti sehari dan dengan ini cuti tahunan saya masih berbaki 29 1/2 hari.. Banyak kan??
Tengahari itu, suami saya ajak ke Kuala Terengganu. Kad ATM Affin Bank dia rosak..
Tak boleh keluarkan duit. Sejak di KL lagi kad dia tu dah buat hal.. Tapi, bertangguh-tangguh nak ambil tindakan. Nasib baik lah, saya ada duit sendiri kan. Boleh juga nak buat back up!!

Apa yang saya nak cakapkan di sini ialah:

-tak elok sungguh laaa kad ATM tu, baru je 3 bulan suami saya buat, dah rosak..

-dah lah jauh nak g Kuala Terengganu nak buat kad baru..

-orang kat bank tu pulak, penat je suami saya tanya kenapa kad tu rosak. apa faktor yang buat kad tu rosak?? hape?? langsung dia buat dono je!! kesian suami saya..

-bos suami saya pun satu hal, apesal laaa duk bank in gaji dalam Affin Bank?? Pelik sungguh laaa.. Dah laa kat Bandar Permaisuri ni takde Affin Bank.. Nama je bandar!! hehehhe



Dialog di pagi 1 April


"Sayang.. hari ni 1 April. Apa yang sayang nak buat nak bagi April Fool kat abang?"

"Entah.."

~dalam hati saya: "Entah apa-apa tah laki aku ni??"

hehehe..