Pembaca Blog Ini...

Sunday, February 23, 2014

Terasa Sedih

Sepanjang hari, buat kerja yang byk tah apa apa. Tak tahu lah bila nak siap haku pun tak paham.. Tadi ada student datang minta cop pengesahan kat borang dia. Borang bantuan sara hidup. Sedih pulak saya baca remark dia fasal hidup dia. Hukhukhuk

"Saya memohon sara hidup ini kerana memerlukan wang untuk makan dan minum memandangkan saya tidak punyai ayah ibu. 
Saya tinggal di rumah anak-anak yatim di Perak. 
Saya harap permohonan ini diluluskan...." 

Air mata aku dah bertakung. Lagi sedih sebab muka student tu mengingatkan saya kepada adik bongsu saya Ahmad Naim. Serius sedih. Saya tahan je selagi boleh sambil belek-belek borang dia. Pastu saya pusing belakang buat2 cari cop.. Padahal lap air mata. Lama juga saya belek borang dia. Last2 saya tak cop pun sebab saya rasa bos saya lebih layak mengecop. 

Dengan suara yang tahan sendu, saya suruh dia jumpa bos saya.

Psiko je aku ni. Lepas student tu balik, menjadi2 plak ayo mato menitik-nitik... Saya bayangkan banyak perkara yang kurang menjadi anak yatim. Piatu. Lagi2 yang duduk rumah anak yatim. 

Tapi, tak mengapalah. Saya sedar. Semua itu ujian dan dugaan Allah. Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu hadapi. Lagi besar dugaan, lagi besar pahala Allah beri. InsyaAllah..

Nabi SAW pun anak yatim piatu sejak kecil.

No comments: