Pembaca Blog Ini...

Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung kerana MH17

Saya tidur lepas subuh tadi tapi bangun awal jam 9. Sebab nak tengok siaran khas Malaysia Berkabung kat TV.


Sempatlah meneteskan air mata. Sedih, kan?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau mati sebab sakit, mungkin kita sempat kita nak pujuk hati supaya tabah dan sabar. Walaupun sama je kehilangan kan tapi kita ada masa lah dan tak terkejut sangat. 

Tapi, yelah.. Siapalah kita nak tentukan macamana kita mati. Kematian ni sebenarnya pengajaran untuk kita yang masih hidup ni. Yang dah mati tu dah takde urusan apa-apa dah kat dunia. Selesai dah kan.... Entah macamana pengakhiran kita? Kita sendiri pun tak tau...

Sedih sangatlah tengok keadaan tempat kejadian. Tengok bodies yang masih duduk atas kerusi. Yang macam-macam keadaan. Terbayang-bayang apa yang mereka alami masa saat akhir sebelum terjadi tragedi tu. Ada kemungkinan juga mereka tak sedar pun apa terjadi sebab mungkin tengah rehat dan tidur dalam pesawat. Macam-macam duk fikir. Yang nak balik raya ramai-ramai tu, Ya Allah sedihnya satu famili terkorban. Bukan nak menidakkan takdir Allah. Tapi, yang menembak tu memang kongajooooo sangat. Mengorbankan nyawa orang yang tak berdosa. 

Semoga mereka tenang di sana...

3 comments:

Unknown said...

Hari yang akan sentiasa dikenang oleh semua rakyat malaysia.

#mh17 #malaysiaberkabung #malaysiaairlines

Unknown said...

Selamat kembali warga Malaysia.

Hari yang akan sentiasa diingati oleh seluruh warga Malaysia.

Sidratul Muntaha said...

sedih weih..
sedioh
mmg asal tgk je
menitik2 airmata aku tumpah