Sunday, November 30, 2008

Adik Bongsu ku............


Ada beberapa entri di blog imah (adikku si penggodam).. yang memaparkan gambar adik bongsu saya, Ahmad Naim semasa mereka menginap di Palace Golden Houses minggu lepas kalau tak silap saya..
Di kejauhan ini, saya hanya mampu tersenyum dan tergelak kecil melihat aksinya yang terserlah keyakinannya bila ber "posing" dengan bantal busuk nya.. hihihihi.. (kalau gelak besar-besar ada yang kata saya sudah tidak waras pula) hehehehe...


Bantal busuk yang bersarungkan fabrik dari Jakarta buah tangan dari Cik Nurmah, teman baik emak!!

Seperti biasa.. tempat kegemarannya setiap kali menginap di hotel.. (bath tub)
Sebenarnya, adik saya ini tidak lah comel sangat. Tapi, oleh kerana dia adalah yang paling kecil dalam keluarga makanya, menjadi perhatian kami..


Tahun depan 2009, dia akan masuk darjah satu. Harap-harap dia tak lah buat tabiat malas ke sekolah seperti dia malas ke tadika tahun 2007 dan 2008.. heheh..

Emak kata kepadanya, " Bila dah darjah 1, kalau tak pergi sekolah, akan kene buang sekolah".. Harap-harap ugutan dan teori rekaan emak itu akan berhasil sehingga dia sudah rasa seronok ke sekolah nanti..


Nota kaki: Bagus juga ada blog ini. Sekurang-kurangnya, saya boleh membaca dan memantau berita dan cerita terkini adik-adik saya dan ahli keluarga saya yang memiliki blog seperti saya walaupun berjauhan..

Thursday, November 27, 2008

Akhirnya khatam juga....

Malam semalam, perkhidmatan Astro di rumah saya telah dipotong..

Hampeh.. Astro kata kami tak bayar 3 bulan dah bil perkhidmatan. Padahal, kami sudah menjelaskan segenap bil yang ada hatta bil air yang RM4 sahaja itu pun kami telah bereskan...

Saya dan suami tak tau nak buat apa di rumah kerana kebiasaannya kami hanya menghabiskan masa menonton TV pada malam hari sambil-sambil cuci baju apabila baju kotor dah "membukit" di dalam bakul..

Oleh kerana Astro tak boleh nak tengok, (di kawasan tempat tinggal saya, jika Astro tidak dilanggan, semua siaran TV tidak jelas liputannya)....saya memcari bahan bacaan laaa... Majalah minggu ni belum dibeli.. Majalah kereta kegemaran suami ada laaa... Tapi, saya tak minat nak baca.

Saya teringatkan tentang buku hasil karya ayah saya "MEREDAH SAMUDERA".

Saya sudah membacanya sehingga mukasurat 15 beberapa bulan yang lalu.. (Harap ayah tidak berkecil hati apabila membaca hakikat ini)..

Oleh kerana saya tidak ada sebarang aktiviti menonton TV, saya pun ambil laaa buku novel kerjaya itu dan membacanya "dalam terpaksa"

Tetapi... apabila saya baca dan baca dan baca.. saya terleka dan ralit membaca sehingga lah saya "khatam" hingga ke muka surat akhir. Saya sendiri tak percaya saya mampu menghabiskannya. Saya juga bertambah kagum dengan kebolehan dan bakat ayah menulis sehingga beratus-ratus muka.. (Rugi saya tidak membacanya sejak dulu)

Menarik juga kisah Yaakob yang berminat untuk menjadi pelaut dan berjaya akhirnya menjadi pelaut yang berpangkat besar. Kisah rakannya Jusoh yang terkandas di tengah jalan.. Samad, Mak Bedah, Haji Ahmad, Hajjah Sapiah dan ramai lagi watak rekaan ayah.. Kisah pengorbanan pelaut yang hanya difahami oleh yang merasainya (Yat ekhram... awak sangat sesuai membaca novel ini.. Boleh menjadi pengubat rindu apabila suami " ke laut" nanti)

Sehingga suami saya berkata "Waaah..kusyuknya!! Lepas ni minta laaa ayah satu naskhah "Di Bawah Payung Aishah". Abang nak baca pula. Mesti lebih menarik!!"

Oh.... tidak!!! heheh


Nota kaki: Saya juga sudah ada idea untuk menulis tentang "sesuatu". Harap ayah boleh lah mengemailkan kepada saya cara bagaimana hendak memulakannya... Saya minat gaya tulisan "Chick Lit". Secara jujurnya, saya mengaku bahasanya saya juga meminati bidang penulisan ini.

"Ingatkan dah jadi!!!." kata Encik Suami

Saya sedang berfikir..
Berfikir untuk memilih..
Asyik kene memilih saja..

Penat laaa saya..Pada sesiapa yang tahu tentang masalah saya sekarang, tentunya akan simpati.. heheh ~walaupun saya tidak pernah nak minta sesiapa simpati sebenarnya..

"Sayang, kalau kita ambil Satria Neo Sabri QS yang keje kat tempat keje abang...sayang rasa ok tak?"


"Entah laa, bang! Owg malas dah nak fikir pasal kereta ni"

"Kalau nak diikutkan, abang pun malas juga... tapi, kita memang perlu kan 2 kereta..."

"hmm..yelah owg tahu....." saya sebenarnya dah sangat putus asa bila fikir hal-hal ini..

"Cuba sayang fikir, nama sayang ni payah sangat nak lulus loan setakat Viva aje pun payah..kerja swasta, dengan keadaan ekonomi dunia sekarang, bank nye prosedur pun jadi payah...Kalau kita nak sambung bayar Neo Sabri ni, dia nak 2k saja. Installment dalam RM500++ saja.. Within our budget kan?. Kalau nak, ujung minggu ni kita pergi Kemaman, ambil kereta tu.. sabri kata dia akan buat surat perjanjian bla bla bla..mati setem..surat peguam..bla bla......"



"Hmm...Kenapa Sabri nak jual Neo dia.. Bukan ke dia baru pakai Neo tu dalam bulan 8 hari tu ke? Ntah-ntah dah rosak.. Tak elok ke.."

"Tak lah.. Dia kan dah tukar kerja.. Gaji dia tinggi dan masyuk.. Jadi, dia nak ambil Mitsubhi Lancer yang macam Nabil Raja Lawak tu pakai.. " ~~Pagi-pagi buta Ahmad Nabil Capang ni dah dijadikan contoh dalam perbualan suami isteri..

"Hmmmm..."

"Apa hmmmm ..hmmmm...?? Nak ke tidak? Kalau sayang nak abang bagitahu dia.. Abang tahu sayang pun dah putus asa pasal Viva ni.Abang pun tahu sayang tak suka beli kereta "second hand"..Tapi, tak dok aroh laaa sayang... Lagipun, Neo Sabri tu bukan lama sangat. Abang pun kenal Sabri tu lama dah.. Abang tahu dia jenis cermat pakai kereta macam ayah juga.. Kita memang perlukan 2 kereta.. Kesian sayang kene pergi kerja awal2 dan balik lewat nak tunggu abang ambil.."

"Hmmm..." saya hmm...hmmmm ini bukan hmm..hmmm kosong..Tapi, saya sedang berfikir.

"Hmmm .. hmmmm... jadi, macamana ni sayang?"

"Hmm....gini lah abang..owg memang suka Neo dari dulu lagi dan abang pun tahu kan.. Bulan-bulan pun ok.. Viva pun RM400++ dekat nak RM500 jugak.. Bayar 2K je, ada banyak duit lebih kita..Viva nak muka 4K jugak.."

"Jadi?"

"Abang rasa?"


"Abang tak kesah, sayang.. Ikut sayang la.. Sayang yang nak pakai kereta tu. Bukan abang.."

"Hm.. ok"

"Jadi?"

"Ok.. Tapi, nanti owg fikirkan lagi laaa ye bang?"


"Laaaa...ingatkan dah jadi!!!!" keluh Encik Suami..

Nota kaki:~~saya kene tengok dulu, sama ada saya mampu atau tidak tanggung belanja petrol apabila saya sudah pakai Neo itu nanti...

Wednesday, November 26, 2008

Babak Demi Babak...




BABAK PERTAMA
Cik La: Ain, takde apa-apa lagi ke?
Ain @ Saya: Apa-apa apa? ((dengan muka yang serius blur~~ untuk situasi pertama ini, saya memang benar-benar blur @ tidak dapat memahami maksud Cik La sebenarnya))
Cik La: Alaaaa.. apa-apa je la... wek wek...
Ain @ Saya: Oooo... belum lagi.. (sambil tersengih-sengih..)
Cik La: Cik La dulu pun lambat juga.. 5 tahun baru dapat Amirul.. Amirul umur 7 tahun baru dapat Hanah..
Ain @ Saya: Hmm... Ooooo..
Dalam hati Ain @ Saya: aduh... dah start dah tanya pasal ni..


BABAK KEDUA
Sambil bersalam-salam:
Moklong: Sihat ke? oooo..ingatkan Abang Sop (Bapa mertua ku) nak tambah cucu sorang lagi...hehehe.. ~tergelak-gelak orang tua ni, sambil matanya memandang dan memerhati ku atas dan bawah...

Moklong Batu Arang ni, memang terkenal dengan "mulut nya" yang b*s*k..

Ain @ Saya: Sihat...Alhamdulillah.. Belum lagi, kalau dah ada MokLong nak buat kan kenduri doa selamat ke?...

Moklong: Tak lah.. kalau belum ada, baik lah usaha cepat-cepat. Abang Sop tu bukan muda lagi..
Dalam hati Ain @ Saya: Haku dah agak dah....Mesti itu maksud dia!!!! Kalau Abah aku bukan muda lagi, ada kene mengena ke dengan MokLOng?? hehehe


BABAK KETIGA
Jumpa Moksu Yana semasa di Kelana Jaya:
Moksu: Hai..dah ada ke belum?
Ain @ Saya: Belum ada lagi Moksu..
Moksu: Tak pe.. enjoy puas-puas dulu.. Jalan-jalan berdua dulu.. Nanti dah ada anak payah nak jalan-jalan. Ada laa tu tak lama lagi.. Rajin usaha la...
Ain @ Saya: Ye lah..Akan datang laa MOksu.. Coming Soon!!
Moksu: Moksu doakan..
Dalam hati Ain @ Saya: Aku tengah usaha laaa ni!!! Apa-apa pun, terima kasih...Terima kasih Moksu.. Ini lah kata-kata semangat yang sangat memberangsangkan..

Andainya mereka tahu....................

dan..

Andainya aku boleh membuat mereka tahu..........

Sunday, November 23, 2008

Sedang Angau....

elok aje ambil gambar...


heheehe....

habis.. ditarik tudungku ke hadapan...!!!!

ape pulak yang dibuatnya ni??

ABANG..
IYE......

I love you tak?
I love you laaaaa...

heheheh.. I love you too!!

((sila muntah ye, kalian semua!!)) ~ sedang angau...

KUiz Mee Udang....



Mak saya memang "otai" dalam masakan..
Beliau pandai memasak pelbagai juadah, lauk pauk dan kuih muih..
Sebelum kehidupan kami sedikit senang seperti sekarang, mak pernah mengambil tempahan membuat juadah dan lauk pauk untuk yang berminat..

Macam-macam mak masak..

KUih donut la...
karipap laaa..
kaswi laaaa..
putu ayu laaa..
masak lemak cili api
kari ayam
daging.. bla bla bla..

Pendek kata. pelbagai lah..

Hari ni, mak memasak mee udang ala ala Kuala Sepetang.. (~ dari entri blog ayah....)
Saya "membelasah" mee udang itu bersama timbunan-timbunan udang yang banyak..

Maka terjadilah dialog di bawah:

Sang Suami: ewaa..ewah.. sakan ye makan udang..!!!
Isteri @ Gegirl: mana ada.. sikit aje laa
Sang Suami: Malam karang tergaru-garu macam *****..
Isteri @ Gegirl: ....... (Senyum simpul sambil menambah lagi kuah mee udang, serta menjengah ke dalam mangkuk untuk mencari udang yang enak-enak.. Serentak dengan itu, isteri sudah mula menggaru-garu hidung dan terkebil-kebil mata kerana gatal)

(Sang suami cuma menggeleng sambil mengambil hampir semua udang yang tinggal.. Di dalam hatinya, dia berdialog "Mengapalah mak mertua aku ni masak Mee Udang sedap?? dan Mengapalah isteriku tak pernah masak Mee Udang sesedap ini, malahan tidak pernah langsung masak Mee Udang?)

Jawapan pilihan:
a) Isteri tak boleh makan udang
b) Isteri bukan orang Penang. waaa...betul2 hoa liau!!!
c) Isteri tak kenal apa itu udang
d) Suami tak pernah minta isteri masak kan Mee Udang..
Lain-lain (Nyatakan):..............................................................

** Sila lah teka manakah yang betul???!!!!
hihihihi

Saturday, November 22, 2008

Abah sudah berangkat...."Minah Air Mata" kini kembali..


Hari ini, 22November 2008, abah..ayah da..dan makcik fatimah dapat juga berangkat ke tanah suci Mekah setelah melalui pelbagai halangan dan dugaan..

Abah, ayah da dan makcik fatimah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 3 Januari 2009..
Walaupun abah sudah berpesan kepada saya agar tidak sedih sedih apabila beliau berangkat nanti, saya tetap berasa sedih tetapi saya tetap telah tersedih.. Entah apa-apa entah..

Saya memang begini

Maklumlaaaa saya kan "minah air mata"..Mesti nak sok sek sok sek kalau kene berpisah dengan orang yang saya sayang.. Masa masih belajar dulu pun begitu..Apabila mak ayah saya menghantar saya pulang ke asrama @ universiti, saya mesti sedih dan nangis.. Walhal, minggu selepasnya saya akan balik juga ke rumah.. Ahli keluarga saya sudah lali dengan tabiat saya itu.. dan sekarang suami saya juga sudah memulai memahami nya pula.. hehehe...

Malahan, kalau saya tidak nangis, dia akan pelik dan tanya pada saya, "Sayang tak nak sedih ke?" atau "Kenapa sayang tak sedih?".. ahaks....

Tahun ini, saya ber sok sek sok sek kerana abah berangkat ke sana..
Tahun hadapan atau bila tiba masa nya nanti, saya akan ber sok sek sok sek kerana ayah dan mak saya pula ke sana..

Saya berharap agar abah dapat menjalani ibadat dengan baik dan dikurniakan haji mabrur..

Wednesday, November 19, 2008

Saya tak sabar nak balik Serdang...

Saya tak sabar nak balik Serdang...



Saya rindu pada mak saya!!!!!

Aduh.. Tag lagi...!!!

Haduh.. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk tidak muntah menjawab tag dari Puan Yat Ekhram ini..

01.Real name : Noraini binti Ammran

02. Nickname : Ain..@ Along.. @ Kak Long @ Mak Lang

03. Status : Isteri bersuami satu.. ahahaha

04. Zodiac Sign : Leo

05. Gender : Female

06. Age : 25

07. High School : IB

08. College : UiTM

09. Height : 151cm

10. Weight : Sangat berat wooo

11. Do you like yourself : Suka laaa.. apa daaa soalan ni..

12. Piercings : tak

13. Right or left : "or" ahahhaa

14. Are you a freak : ????

15. Hair : black and shorter after i'm married

16. Skin : smooth and radiant.. ahaksssss...

17. Allergic : Habuk & kucing

18. What are you doing now : Jawab tag..

19. What will you doing 1 hour later : Gi tabung haji

20. What will you doing 10 years later : still menjadi wanita bekerjaya

21. Live with mother/father/parents/family : dengan suami

22. Siblings(included you) : 7

23. Eldest : Me

24. Youngest : Naim tangan mok mok

25. Love/hate your family : ape da.. ada jugak soalan gini?

26. You found your another half : yup..

27. If yes, who is he/she : hubby

28. Who you want he/she to be : himself

29. Time(s) you in relationship :twice

30. Ever woo boy/girl : hahahaha

31. Anyone woo you before : tengok orang laaa weee..

32. Did anything wrong to your other half : ada.. baru pagi tadi.. dan saya sangat menyesal..

33. What was/were the wrong you had done : too personal to tell ooooo..

34. Ever argue with your other half : Pernah.. sedangkan lidah lagi tergigit.. proses penyesuaian kan kata orang tua.. heheh

35. You with your other half since : 11/8/1999..almost 9 years ago

36. Are you straight : not too straight.. ke ape bende nye makna soalan ni?? ahhaha

37. Reasons you love your other half : sebab dia selalu kata saya bucuk dan saya kata dia masyam since his name is Syam.. ahahah

38. You and your other half in which stage : berkahwin dan berbahagia laaa.

39. You woo he/she or he/she woo you : takkan perigi cari timba kot..

40. Ever think of marry he/she : tak pun.. tapi, kalau tanya dia, he will say that he start thinking to marry me since 1999.. waaa.. serius betul ..masa tu saya baru form 4 laaaa..

41. Your first best friend: mmm...

42. Your first enemy : kemek.. dia kata saya rampas boyfriend dia.. hampeh betul minah ni.. saya tak main laaa rampas-rampas..tp sekarang, saya tak tahu dah mana si kemek ni pegi dan mana lak boyfriend dia yang dia kata saya rampas tu.. langsung tak berasas tuduhan dia.. Kalau saya fail kan saman malu, tentu saya dah jadi jutawan sekarang...!!

43. The friends you love the most : shikin

44. The enemy you hate the most(1only) : ...

45. Your most beautiful girl friend : Allah ciptakan sume cantik wooo

46. Your most handsome boy friend : apa lah yang ada pada rupa...

47. The kind of girl you hate the most : entah

48. The kind of boy you hate the most : mulut busuk suka berlagak, padahal sume guna harta bini.. ooooooooo... sangat kontroversi laaa jawapan saya ni

49. You fall in love with your close friend before : Yups..My Bee :Dehhhh..mane soklan

50 .. soalan salah ke?? markah bonus ni!!

51. If your friend backstabbing you : Ada aku kesah?

52. If your friend betray you : lantak laa.. saya banyak keje lain lagi nak buat

53. If your friend woo your lover : Saya tak tahu laaa...i wooo my lover again and again..

54. If your friends fall in love with you : jangan laa.. kang suami saya tibai kang!!! dia besar tau macam ahli gusti.. ahahhaha

55. If you fall in love with your best friend : takkan laa kot..saya kan dah kawin..

56. Are you a good student : yes..

57. You always done your homeworks/assignments : always.. dan sekarang bila student saya buat assignment sambil lewa saya akan buka sesi ceramah motivasi.. hahah

58. The teacher/tutor you love the most : Cikgu Wan Norizan masa saya form 5 sebab dia restui "percintaan monyet" saya ketika itu dengan senior saya.. ~sekarang senior itu laaa jadi teman tidur saya.. ahahaha

59. Always late to school/college : tak.. selalu datang awal dan duduk paling depan sekali dalam lecture theatre.. agak skema juga la.. hahahha

60. Your class : ....

61. You love your seniors : ..

62. Senior who you love the most : masa kat U sume senior hampeh.. suka buli2.. tak senonoh.. tapi, saya booo layan je.. lelama minah2 ronggeng itu semua bosan dah nak cari pasal dengan saya.. Saya jenis orang yang kalau saya tak suka, saya akan terus terang tak kira la pada siapa.. Dan kalau saya suka saya akan terus terang..

63. Your classmates good/bad : good

64. Excellent result classmate : Fadhilah Roy..Now, she working as PTD.. every sem dapat DL dan dapat Anugerah NAib Canselor masa Diploma dan Degree. Tabik spring wooo...

65. Laziest classmate : ntah la.. tak tau lak sapa yang malas sape yang rajin

66. Smart people : tak ingat laaa

67. Stupid people : heheh..tak baik tau kata orang macamtu..

68. Good looking people : Erra

69. Ugly people : tak baik tau cakap orang macamtu..nanti Allah marah

70. Funny people : Ahmad Nabil bin Ahmad.. Raja Lawak tu kelakar tahap cipan demam ..

71. Cute people : Baby2 laaaa..

72. Bad people : tak baik tau cakap orang jahat

73. Honest people : Trying to be..

74. Acting people : pelakon kot.. dah memang keje dia berlakon.. ahhaha

75. You are what kind of people : pendiam dan pemalu.. ahahahha
malu i nak mengaku..

77. Hugs or kisses : dua dua

78. Shorter or taller : Taller kot

79. Hesitant or spontaneous : 'or' hahha

80. Nice stomach or nice arms : tidak ada jawapan

81. Listener or talker : listener

82. Romantic or rich : Nak both!

83. Good husband or Good Father : kedua-duanya.. biarlah kalau ada yang nak kata saya tamak pun..

84. Age to get marry : 24tahun 7 bulan.. tepat pada masanya

85. Numbers of kid(s) : nak 3 sajork.. tp pokok pangkalnya terpulang pada rezki Allah juga..

86. Career : Tukang ajar

87. Salary : Ada ke nak tnya soalan ini??

88. Retirement age : bersara awal...

89. Properties value : semuanya hanya pinjaman dari yang Esa

90. Wishes : semoga saya berbahgia dunia akhirat.. Amin..

Dah.. penatnya jawab tag.. saya taknak dah tag sesapa dah... banyak sangat soalan ni.. hahahah

Tuesday, November 18, 2008

Get Well Soon, Haikal!!

Kesian aku tengok si haikal ni..Asyik laaaa demam aje kerjanya.. Dalam masa 2 minggu mesti ada dia demam panas..

muka pun sedih aje budak ni..

Kali ni sampai biru biru kaki tangan mulut nya.. sebab terlampau panas.. Kesian dia.. Dah la kecil saja..

Menurut ibunya (adik ipar suami saya, merangkap biras saya), Haikal ada masalah paru-paru.. Mungkin paru-parunya berair dan ada banyak lendir mukus.. Ibunya terpaksa cuti tergempar sebab anaknya sakit..

Menurut abah pula, ibu dan ayah Haikal terlalu ikutkan sangat Haikal yang menangis bila kepanasan.. Bila Haikal panas, ibu ayahnya bawa masuk kereta hatta pada malam buta pun untuk menikmati kesejukan penyaman udara.. Abah kata lagi, Haikal masih kecil lagi dan tak boleh tahan udara sejuk.. Ayah nya juga sering bawa Haikal berjalan-jalan walaupun di tengah malam.. ~seperti biasa, abah kaya dengan hujah...

Menurut suami saya, Haikal memang lemah antibodi kerana menurut pemerhatian suami saya..Haikal sering demam.. Alaaaa.. tak banyak hujah la pendapat suami saya ini..

Menurut saya... heheh.. saya rasa Haikal masih kecil, antibodi nya masih belum kuat untuk melawan virus jangkitan pada setiap organ dalaman dan luaran nya..Tambahan juga sekarang ini musim tengkujuh di pantai timur.. Jadi, adalah lebih baik agar Haikal tidak diberikan "aircond" dan "dicutikan" seketika dari berjalan malam.. ~eceh, bagaikan doktor pula saya berhujah..
Apa-apapun.... walau apa pun konflik dalaman dan luaran antara saya dan sesiapa juga... Saya tetap mendoakan agar Haikal cepat sembuh...

Petang ni suami saya memberitahu, kami akan pergi tengok Haikal di rumah nya..

"Tunggu Mak Lang ye, Haikal!!" heheh
Hampeh betul ayah Haikal ni..
Ada ke budak lelaki perkasa dipakaikan tudung.. Kesian aku tengok!!! AHAHAHAHAHA (kata kesian, kenapa pula saya ketawa.?)

Monday, November 17, 2008

Terlalu banyak perkara.......

Banyak kejadian sejak kebelakangan ini yang sering membuatkan saya berfikir semula..

Berfikir tentang banyak perkara

Tentang hikmah itu dan ini
Tentang kebaikan dan keburukan yang ada disebalik perkara itu dan ini
Tentang mengapa mereka ada, dan mengapa saya tiada
Tentang mengapa saya rasa sepatutnya begini, tetapi mereka tidak begitu..

Terlalu banyak..

Saya fikirkan..
dan saya masih duduk berfikir
mengapa dan mengapa..

kemudian pola pemikiran saya beralih pula
pada persoalan
bagaimana bagaimana dan bagaimana....

Saya masih terus berfikir...

...dan apabila Dia berkata jadi.. maka jadi lah ia..

Apabila kita senang, jangan lupa diri

Apabila kita ada, jangan pandang hina pada yang tiada..

kerana apabila kita ada, ianya hanyalah pinjaman dari yang Esa

Apabila TUAN EMPUNYA nya berkehendak kan ia kembali, maka Dia akan mengambilnya pada bila- bila masa dan saat ketika dirasakan perlu..

Sesungguhnya, kita hambaNya, tidak pernah memiliki apapun..

Apa yang kita ada saat ini hanya lah pinjaman semata-mata..

Sentiasa beringat, dan jangan takbur...
Sentiasa bersyukur dan sedar siapa kita sebenarnya....

Wallahua'lam...

Mengapa manusia lupa diri??

Sebelum kami melelapkan mata malam tadi, kami suami isteri telah membincangkan satu lagi episod manusia yang lupa diri dan sudah alpa apabila diuji dengan kesenangan dan sedikit kemewahan...

Kami renung-renungkan adakah kerana
mereka merasakan mereka lebih kaya dari orang lain, atau
mereka merasakan mereka ada lebih harta dari orang lain, atau
mereka rasa mereka lebih berpangkat dari orang lain, atau
mereka rasa mereka lebih bagus dari orang lain..
kereta mereka besar dan baru serta berjenama
mereka punya banyak rumah
mereka ada kehidupan mewah yang orang lain tiada...

atau mengapa ye?

Padahal, "orang lain" itu bukan lah sesiapa pun..
Kadangkala, "orang lain " itu hanya adik berdik mereka sendiri
"orang lain" itu adalah ibu bapa mereka sendiri"
"orang lain" itu adalah anak saudara, sepupu, adik. kakak, abang mereka sendiri..

"Orang lain" itu adakalanya telah membantu mereka pada masa mereka susah pada satu ketika dahulu.. Yang membantu mereka ketika kehidupan mereka tidak semewah hari ini..

Itu lah... Mengapa manusia lupa diri ye?

Bukankah sepatutnya, apabila mereka sudah senang, sudah mewah dan kaya.. mereka harus membantu "orang lain" yang lebih susah dari mereka? Tambahan pula, "orang lain" itu pernah membantu mereka ketika susah dulu..

Ada banyak perumpamaan seperti

KADUK NAIK JUNJUNG
KACANG LUPAKAN KULIT
HABIS MADU SEPAH DI BUANG..

BLA BLA BLA..

Pelbagai perumpaan yang sangat sesuai.. Atau adakah sikap lupa diri ini sudah wujud dalam diri manusia sejak berzaman-zaman? Seperti takburnya iblis yang tidak sudi untuk berpaling Nabi Adam A.S semasa di syurga?

Entahlah..
Kadangkala kami sedih dan berasa sedikit terkilan apabila mereka itu bukan lah orang jauh atau orang lain dengan kami..
Mereka itu punya pertalian yang hampir dengan kami..
Kami mengharapkan agar semua itu adalah cuma berlaku dalam dram-drama sahaja..
Kami sedih..

Kamijuga berdoa agar sikap itu tidak lah datang kepada kami seandainya kami senang satu masa nanti.. Amin~~~

Kesibukan itu



Beberapa minggu kebelakangan ini, saya memang lah tersangat sibuk.

Kesibukan teramat sangat sehinggakan saya tidak dapat mengarang entri baru.
Kesibukan yang membuatkan saya tak dapat nak memasak lauk istimewa buat suami saya..~mungkin lebih berupa "alasan"!!!

Kesibukan yang menuntut saya pergi ke pejabat walaupun pada hari minggu..

Kesibukan yang membuatkan saya sering termenung memikirkan kesibukan kesibukan tersebut..

Kesibukan yang kadangkala membuatkan saya sering tidur lewat dan bangun awal pagi..

Kesibukan yang kadangkala membuatkan saya tidur awal dan bangun lewat pula.. hehhe

Pendek kata, kesibukan yang melanda menyebabkan saya menjadi tak tentu hala...
Rumah bersepah-sepah tanpa pengurusan yang sepatutnya..(tak sempat kemas)

Dapur berminyak-minyak, belengas-lengas.. (tak sempat lap)

Baju berbakul-bakul tanpa disumbatkan ke mesin cuci.. (tak sempat)

Peti ais yang kosong tanpa sebarang lauk basah..(tak sempat pegi pasar)

huh.. mujur ada "Ketua Kebersihan" yang sudi turun padang membantu ahlinya.. Saya amat bersyukur kerana suami saya seorang yang ringan tulang dan rajin ke dapur.. hehhehe

hahahha

Sebenarnya bukanlah seteruk itu.. Sekadar ingin menambahkan unsur-unsur dramatik dalam entri kali ini..

Saya memang sibuk, maklumlah sekarang kan dah hujung semester.. Saya mesti menghabiskan silibus subjek saya.. saya kene buat "extra class" untuk memantapkan lagi kemahiran pelajar untuk subjek yang memerlukan latih tubi.. Itu yang saya mesti buat all out tu..

Sebenarnya juga, kalau saya update sedikit entri masih sempat lagi, cuma saya kekeringan idea nak dikongsikan bersama..

InsyaAllah.. untuk 2 atau 3 hari ini saya kembali lapang dan ada sedikit masa terluang untuk berfikir dan mencari idea..

Monday, November 3, 2008

Bangga dengannya...........


Saya berharap..lambat atau cepat..suatu hari nanti saya boleh hasilkan sesuatu seperti
ini...

I am still yours .............


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkahYang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
p/s: abang..walau siapa pun abang..walau apapun yang menimpa abang..walau apa pun yang abang ada..walau senang atau susah pun hidup kita...owg tetap akan bersama abang.. dan akan tetap sayang pada abang selamanya...
Can't wait to give you the BIG news, sayang!!!!