Nov 26, 2009

Plan raya haji esok!

Esok hari raya haji.
Hari Raya Aidil Adha...
Selamat Hari Raya ye semua!
Walaupun raya haji di kebanyakan tempat
tidak lah semeriah hari raya puasa,
namun... hari raya adalah hari kemenangang
(aik.. tertambah 'g' di situ~ikut keadaan semasa laaa kan)
.

Raya haji best sebab banyak daging,
walaupun saya kureng sikit makan daging!

Tengahari tadi, dah buat perap satay.
Tadi, mak rebus ketupat segera.
Malangnya sudah terhangit gara-gara mak terlalu asyik melahap
ikan sungai masak lemak cili api yang dipetik belakang rumah.
hahahahah..
Lawak ok..
Balance nasi impit yang tak hangit (sebab rebus periuk lain) ada 8 ketul lagi.
Esok pagi alas perut ketupat segera sorang seketul je laaaa...
HAHAHAHAH

Plan esok:
Nak pergi rumah nenek (mak kepada ayah).
Dah lama tak jumpa nenek itu.
Kali terakhir semasa majlis sambut menantu
di rumah abah cik abang dulu..

Ada kenduri akikah juga di rumah nenek cik abang.
Anak nenek tu (pak sedara cik abang)
nak buat kenduri aqiqah
untuk cucu nenek tu (sepupu cik abang).
Pening ke fikir salasilah ini?
Ini baru sikit ni!

Saya berdoa agar esok tidak ada soalan
yang menjengkelkan untuk dijawab!

Nak taip entri lain tapi internet slow
macam Garry (Siput b**i Spongebob Square Pant)

=)

Icah galak meng 'havest'

Icah sangat sengal.
Begitu teruja nak meng 'havest'
cili yang ada di ladang farmville belakang rumah saya!
Hasil yang di 'havest'.
Petiknya sedikit sahaja, tapi terjerit-jerit
suruh orang ambil gambar dia!
p/s:
kebun comel saya tu
memang semak tak berjaga sekarang.

Musim hujan kan? (
alasan)


Nov 25, 2009

Mak dah sampai!!!

Mak sampai..
Ayah sampai..
Adik-adik sampai...

Abah dan ipar duai pun sampai juga!!!

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Esok tak tahu nak pi kerja ke tidak...

heheheh

Nov 24, 2009

Rezeki ... Rezeki ...

Petang tadi masa balik kerja,
tumpangkan kakak ipar kat tempat kerja suami dia.
Kakak ipar ni kerja satu office dengan saya.
Tapi dia di bahagian pentadbiran.
Saya pula kakitangan akademik.

Lepas drop dia kat tempat suami dia,
dia suruh tunggu kejap.

Aik?
Kenapa ye?
Mungkin dia nak kirim beli barang kot...

"Nah!"
Dia hulur 3 keping not lima puluh ringgit Malaysia.

"Aik? Duit apa ni?"

"Duit claim dua bulan punya.."

"Wow.. terima kasih!
Boleh buat beli lauk untuk hari raya!"

Alhamdulillah.....

Hari Pertama yang Hebat!!!

Hari ini adalah hari pertama
untuk mencuba mendalah seperti ini.



Yang tiada sebarang bau-bauan.
Tidak melekit.


WOW!!!!..
Memang hebat!
Setakat 5.00 petang ini...
Saya memang amat berpuas hati
walaupun mahal sikit kalau nak
dibandingkan dengan lain-lain jenis..
Sikit je tak banyak mahalnya!
Lagipun,
apa laaa erti wang berkoyan
kalau ada bau keti?
HAHAHAH


300% effective compare to commercial deodorant
(saya salin ayat kat depan botol je!)


Oi..oi.. ape kes ni?
Ubat keti pun nak tunjuk dalam blog ke?

Ok..
Saya berhenti menaip entri ini sekarang!


Kad ATM sudah diperbaharui

Semalam, dah alang-alang masuk kerja lambat kan...
Terus je saya singgah bank nak ganti kad ATM saya yang dah rosak tu.
Ada laaaaa sebulan lebih dah rosak.
Asyik laaaa tertangguh-tangguh nak ganti baru.

Susah juga kalau nak guna duit kena minta duit laki ni kan..
Malas laaaa nak ulas panjang-panjang...
Faham-faham sendiri laaaa...
Hahahahhah..


Payah jugak nak transfer sokmo ke akaun cik abang kan
kalau nak withdraw duit dalam akaun saya tu.

Masa nak tulis nama kat buku kad ATM tu,
pegawai bank tu kata hari ni je dah 3 orang nama NORAINI rosak kad ATM.

Sekali saya tengok....
Memang ada dua orang nama NORAINI di atas nama saya dalam senarai tu.
Mungkin kah kad ATM cimb anti dengan wanita cantik bernama NORAINI?
Keh keh keh..

Malam tadi saya nak buat transaksi kat cimbclikcs.
Sekali...............


Kena register baru laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pulak dah!!

Petang ni kena pi ATM machine laaaa pulak............

Urut Mak vs. Urut Ayah

Baca blog Icah tadi.
Nampak gambar ni!


Naim tengah urut ayah..
HAHAHAHAHA..
Skill dia buat tangan macam penumbuk,
lepas tuu gosok gosok tekan tekan.....

Ganas betul.
Siap naik duduk atas belakang lagi.
Dah lah Naim tu berat (30kg)

Saya pernah tanya Naim.
Urut ayah ke atau urut mak yang best?

Naim jawab,
"Urut ayah sekejap dapat RM2..
Kalau urut mak, urut kena lama tapi dapat 50 sen je.. Lenguh tangan Aim"

MATA DUITAN!!!