Khamis petang.
Ajak cik abang minum kat Pantai Penarik sebab cuaca panas gila tak hujan hujan. Tunggu monsun tak kunjung tiba. hahaha
Hajat di hati nak ABC tapi, mengenangkan tragedi (sangat) cirit-birit last time masa saya pi minum kat kedai biasa tu, maka tak jadilah. Kita ke kedai lain. Kedai ni kawan abang punya lah. Tapi, makan tak de dapat free lah. heh
Saya order keropok 2 hengget, dan bihun goreng. Keropok sedaplah. Tapi, bihun... Oh no! Oklah... sebab bukan nak makan sangat. Lebih kepada nak minum air sedap.
Cik abang order air kelapa takde ais sebab dia demam. Hahah.. Saya kalau demam, takde mana nya nak pantang ais bagai. Semua ku tala! Ikut badan masing-masinglah kot.
Saya order, coconut shake big size. Hahahahhahahahahahhahaha (gelak puas hati). Bayangkan besar nya cawan tu, kalau dibandingkan dengan cawan biasa yang biru tuh.
Kalau kat Klebang, coconut shake blend sekali dengan aiskrim dan ais kan?
Kalau kat sini, blend isi kelapa dengan air kelapa.
Ais dan aiskrim dibubuh kemudian.
Pun sedap!
Balik je rumah, "Bang... nak air kosong buh air batu! Tak cukup air lah tadi.."
Cik abangku itu pun menggaru kepala...
=)
2 comments:
ohoi..sedap..
Ain..next week akak nak g Tganu (Insyaallah..) cuti2 1 family.. nati akak w.app Ain kat mana tpt bes nak makan eh. :D
sg.buloh nie ssh la nak cari coconut shakes
kat melaka byk jea org jual kan
Post a Comment