Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 26, 2014

Makan Rumput

Saya dengar radio pagi tadi. Isu fasal cikgu denda murid suh makan rumput. Heheh.. Kelakar. maaflah sebab terbayang budak tu kena makan rumput bagai. Tapi, bila fikir kesian juga. Ada pulak macam tu cikgu .. Nak salahkan siapa pun tak tau. Ada caller yang salahkan cikgu. Ada caller yang kata budak tu manja beno. Ada yang budget-budget bagus aje.. ahahah Macam-macam lah....

Dulu zaman saya sekolah, cikgu garang juga. Kalau tak siap kerja sekolah ke apa ke siap kena ketuk tangan pakai pembaris kayu. Ketuk dengan pemadam papan hitam. Dengan rotan usah lah dikata. Ada jugaklah kena. Kalau nasib tak baik kena berdiri atas kerusi. Huh... saya lebih sanggup kena ketuk dengan pembaris kayu. Sebab berdiri atas kerusi adalah denda yang memalukan. Kalau kena ketuk, kejap je dah lupa. Hahaha. Kalau ganas sangat tu, cikgu denda ketuk ketampi depan kelas atau berdiri luar kelas sampai habis masa. Macam-macam lagilah. Cik abang pulak pernah kena penampar lagi .... Haaaaaaaaa... ish.. seram..

Tak pasti lah kenapa. Zaman saya dulu, kalau kena denda kena marah dengan cikgu balik rumah diam-diam aje. Tak berani nak bagitau mak. Nanti mak pun tambah lah kesakitan. Tak pun, kena perli sebab siapa suruh buat salah. Panas telinga aje. Siapa suruh tak siapkan kerja sekolah? Siapa suruh nakal kat sekolah? Siapa suruh tak dengar cakap cikgu? Haaaa.. sebab tu lah diam membisu sahaja. Dah lama-lama baru bagitau mak. hehehe

Zaman sekarang ni dah lain. Sekarang punya zaman, cikgu marah sikit nak ngadu ngan mak ayah. Mak ayah pulak percaya ke anak sangat sampai takde usul periksa pergi serang cikgu kat sekolah. Tak pun terus saman menyaman cikgu. Hadui... 

Cikgu zaman sekarang dah tak macam cikgu zaman dulu. Dulu kalau jumpa cikgu kemain orang lain duk hormat. Macam abah saya (pak mertua). Dia cikgu pencen. Jumpa kat luar, orang mesti tegur.. "Cikgu.." sambil angkat tangan. Anak-anak murid dia kalau terserempak dia tengah sapu daun pun dorang sapa mesra. Zaman sekarang, tak de mana lah.... 



Kita pun tak tahu apa yang budak sekarang lalui kat sekolah. Kita beri pandangan berdasarkan zaman kita aje lah. Mungkin faktor sekeliling jadikan anak-anak kita sekarang takleh nak ditegur dengan cara yang zaman dulu. Pendekatan mungkin kena tukar. Takleh denda-denda dah. Bak kata abang DJ Radio tu.. "Kita jangan bagi dia makan rumput. Kita bagi dia makan ayam golek...." Wahahahaha.. Lucu. Tapi, DJ tu cakap kita guna pendekatan lain. Lepas budak tu dah makan kenyang kita pun cakap, "Kau tak buat kerja sekolah pun cikgu bagi kau ayam golek. Kalau kau buat kerja sekolah elok-elok mesti lagi best cikgu bagi..." Hahahahah...

Mengajar ni senang. Tapi, nak mendidik tu sangatlah sukar. Cuba kita fikir, dulu mak bapak tak sekolah tinggi-tinggi. Kerja pun menoreh getah atau kerja-kerja kampung aje. tapi, anak-anak 'menjadi'. tak semesti menjadi orang berpelajaran tapi lebih penting jadi orang yang beradab. Budak sekarang, bukan nak mengata lah tapi berapa ramai emak ayah kerja bagus-bagus gaji ribu riban rumah besar kereta mahal. Tapi anak-anak biadap. Anak-anak tu bukan sengaja jadi biadap. Tapi, diorang tak tahu pun apa itu adab. Diorang tak sedar pun yang sepatutnya diorang tak boleh buat macam tu macam ni.... Haaa, kan? Perkara adab beradab ni memang takleh ajar dalam classroom. Itu didikan dari rumah..

Mungkin sikap dan peranan cikgu zaman sekarang pun dah tak sama dengan zaman dulu. Peredaran zaman lah kan. Zaman sekarang semua orang dah stress lebih. Semua benda tak kena.. Hehehe

Takpelah.. Kita doakanlah yang baik-baik untuk anak-anak dan cikgu-cikgu....

Ok, bai...

1 comment:

Sidratul Muntaha said...

selagi tak kena pada kita mana kita tahukan?
btw..cikgu dulut ak sama mcm skrg sbb?
cikgu dulu bergolok bergadai jugak sekolah anka2 dan bantu aank murid yg misin
cikgu skrg?
gile shopping, gila travel
bial kena kpi
keluh kesah mcm nak runtuh dunia..