Pembaca Blog Ini...
Friday, December 19, 2008
Si Kucing Giler..
Ada seekor kucing yang merayau-rayau di rumah saya telah membuat onar di rumah saya. Ia sudah terkencing di rumah saya yang mempunyai laman luas terbentang itu!!!! Terbau-bau kencing nya yang hampeh lagi busuk!! Menusuk hidung!!! Arghhh.. sangat marah….!!!! &^%>*#+@??()!
Saya sangat bengang dan terasa seperti hendak menerajangkan saja kucing itu.
Tetapi, mengenangkan ayah pernah berkata,
“Along, kalau kau terajang atau pukul kucing, ibaratnya seperti kau terajang dan pukul ayah! Pesan pada syam sekali…” ~~huh… ayah nak jadi Abu Hurairah kah?
Aduh, sangat kejam sekali ugutan itu. Saya pun hanya mampu memandang aje kucing itu apabila ia melalui halaman rumah saya yang luas terbentang. Ah….saya sungguh sakit hati. Saya terasa seperti si kucing itu mengejek-ejek saya kerana saya tidak mampu berbuat apa-apa ke atas nya!!
Kalau tidak kerana ugutan itu, nescaya ia sudah tidak berani melewati kawasan rumah saya.
Kalau saya tidak boleh terajang dan pukul kucing, adakah patut untuk saya siasat siapakah tuan punya kucing itu lalu melakukan apa saja tindakan yang patut?
Dalam hati: Kucing Giler!!!! Apa kau buat tu haaaaa?? Jangan kau nak buat onar di depan rumah ku itu.Hiak..hiak..hiak… Nanti kang aku k*s* kan kau karang!!! (sambil mengurut-urut dada)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment