Pembaca Blog Ini...

Sunday, March 22, 2009

"Kuning" Wedding....

Tetiba rasa cantik pulak bila majlis perkahwinan serba kuning..
Kuning di raja gitu....
Semalam di kampung suami saya, ada kenduri kawin orang kaya..
3 ekor lembu menjadi mangsa.. hehehe..
(menurut suami saya lah, sebab dia bilang kaki lembu ada berapa yang tergantung di situ, dan bahagikan dengan 4)


Majlisnya, serba kuning.. Kuning terang gitu.. Ala-ala raja.. (yelah, raja sehari)

kanopi kuning,
pengantin kuning,
penanggah kuning,
bunga telur kuning,
bekas air cuci tangan kuning,
cenderahati tetamu kuning,
kumpulan kompang pun kuning,
kerusi pun kuning (nasib baik meja tak kuning),
pelamin baju kuning semuanya!! kuning!!!
(tapi, kalau pelamin putih, baru ah cantik kan? baru lah terserlah pengantinnya)
nasi pun kuning... haduh.....
nasib baik saya dan suami tak kena sakit kuning!!

gambar semua search dari google..
dan bukan itu pengantinnya..
saya takde kamera... sob.. sob..
tapi, warna kuning macam tu lah..


~server lembab..

2 comments:

Mrs LVoe said...

hahahahha.. if plamin kuning, nmpk ker bile amik pics?? ermmmm

norainiammran said...

sha.. Itulah.. mmg tak nampak.. tp takpelah, as long as pengantin tu suka gitu.. hikhikhik