Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 24, 2010

Healthy Strawberry Park

Ladang Strawberi adalah satu kemestian
untuk dikunjungi jika ke Cameron Highland ini.

Aroma manis yang dihasilkan oleh strawberi masak
membuatkan saya nak ramas-ramas je buah itu
dan dijadikan perfume. (over tak?)


Hajat di hati memang nak petik sendiri tapi,
nak petik buat apa?
Saya bukan nak beli pun strawberi itu.
Saya cuma sukakan aromanya sahaja.
Rasanya? Tidak begitu menarik perhatian saya.


Walaupun begitu, saya masih mahu berjalan-jalan
menikmati pemandangan di ladang strawberi
kerana peluang itu hanya akan diperolehi
jika mengunjungi kawasan tanah tinggi yang sejuk dan nyaman!
Kali ini, sambil mengayakan topi 'Meet Uncle Hisyam'.


Tengok!
Geram betul nak ramas-ramas
strawberi untuk dijadikan perfume. (Tak habis-habis....)


Memandang strawberi dengan penuh keterujaan.
(walaupun ia hanyalah timbunan keychain strawberi)

Di ladang strawberi, ada juga bunga-bungaan.

Cantik sangat, kan... kan... kan...?

Segar bugar tumbuh-tumbuhan di kawasan tanah tinggi ini.

Saya suka kan bunga. Sebab ianya cantik!

SubhanAllah.......

3 comments:

Zura Tahir said...

g cameron mbuatkan pandangan kite strawberry je

zh-ena said...

dpt bunga rose lg syorkkkkk kan

Sidratul Muntaha said...

ain!
aduhaii..
tak tahan ayu tgk bunga2 itu n strawberry yg ranum2 tu..
cik sam!
bila mahu pergi sini?
awakkan org pahang?!
(ayat cam mintak sembah durhaka tu!!ekeke!)