Pembaca Blog Ini...

Saturday, March 27, 2010

Pelan oh Pelan...........



Inilah pelan rumah mak ayah yang cik abang usahakan...


Tengok! Simple sahaja kan?
Ye laaa.. ikut kemampuan laaa kan.


Ini pula, masing-masing tengah duk tengok pelan.
Ok ke tidak ke.
Bincang lagi, kalau-kalau ada yang hendak diubah.


Nasib baik cik abang buat pelan.
Boleh dah cut cost sikit kat upah lukis pelan.
Kalau upah arkitek lain, untuk pelan simple pun
mahu ribu riban laaa dia ketuk..
Tuan rumah nak kata apa kan?
Dah kita nak khidmat profesional orang kan.
Hulur je laaa..


Siapa nak khidmat cik abang
buat pelan untuk rumah,
adalah dialu-alukan.
Harga follower Hakikat Kehidupan
adalah harga kawan-kawan...

Eh eh.. acah je ni..
Apa-apa hal deal dengan cik abang saya laaa..
(Hahahah.. Pepandai je saya ni)


Tengok!
'Orang Pelan' dah garu kepala......


Mungkin ini dialog nya.....
"Kalau macam ni tak boleh ni. Kena besarkan sikit laaa"
Tulang rumah, "Ok.. ok.. tak de masalah nak luaskan sikit."


Hakikatnya, tuan rumah lebih pening dan sering menggaru kepala
dari tukang pelan dan tukang rumah.


Kalau tidak ada aral melintang menegak semua tu,
raya tahun ini mungkin sudah boleh beraya di rumah baru!
Tapi, pindah 100% hanya selepas ayah berpencen 2013 nanti.


Semoga segalanya berjalan lancar!

No comments: