Pembaca Blog Ini...

Wednesday, March 10, 2010

Tag..... Icah ni cari pasal laaaa.....

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)


1. Saya adalah isteri kepada Mohd Fazrul Hisyam yang kacak dan bergaya. =)

2. Saya akan balik Serdang pada 19 atau mungkin 20hb ini. Jadi sesiapa nak jumpa, boleh calling calling..22hb ni nak jumpa peminat cilik (kalau ada laaaaa)

3. Saya sedang menanti suami membawa balik telur dan susu kerana beliau mahu saya buatkan kek kukus untuk nya.

4. Saya addicted dengan Internet terutamanya blog. Blog ni tempat saya bersuka ria dan menenangkan fikiran.

5. Esok saya kena masuk kerja awal sebab jaga exam pukul 10.

6. Hari Jumaat pagi buta pun saya kena jaga exam. hahahha. Bahana mengisi jadual exam lambat. Kena hari tak bekerja. Tapi tak pe.. boleh claim.

7. Saya bercita-cita hendak menjadi apa...... hmmm apa ek? Saya sebenarnya tak pernah ada cita-cita yang tetap sejak dulu lagi. Sekejap nak jadi ini.. Sekejap nak jadi itu... Tapi, bila dah jadi macam ni sekarang, rasa sangat suka dan bahagia.

8. Saya telah mencederakan kereta saya sendiri, beberapa minggu yang lalu.

9. Saya seorang yang baru sahaja belajar memasak sebab suami saya suka memakan.

10. Termasuk point ini, saya sudah berjaya menyenaraikan 10 perkara tentang saya.

11. Saya pernah bertemu dengan 4 orang rakan yang dikenali melalui blog Hakikat Kehidupan ini. Mereka ialah Kak Eila, Ena, Zura dan Ayu.. Semua mereka adalah bebelog.

12. Saya adalah anak sulung daripada 7 adik beradik.

13. Saya mempunyai suami yang merupakan anak ke-3 dari 8 adik beradik.

14. Saya sangat tidak pandai nak parking kereta kalau kena masuk bontot kereta dulu. Sangat tidak reti. Bilaaaa laaaaah nak reti ni.. Lesen dah tak P dah tapi, masih tak reti lagi. Sebab tu laaaa kot saya naik kereta kecik je (tambah dengan faktor ekonomik)

15. Saya suka hijau. Warna lain pun suka jugak, tapi hijau yang paling suka.

16. Saya pakai handphone yang berharga RM99 sahaja. Suami saya yang belikan. Sudah 2 tahun tak tukar handphone sebab rasa macam tak perlu sangat. Handphone pun kadang-kadang je ada kredit. Selalu je rembat handphone suami.. Hehehe.

17. Suami saya pula, masih menggunakan handphone yang saya hadiah kan kepadanya pada tahun 2005. Sudah 5 tahun woooooo usia handphone tu.

18. Saya menjawab tag sambil menonton Aduan Rakyat di TV3. "Terbakar rumah nampak asap. Terbakar hati siapa yang tahu?"

19. Sedang ligat menaip kerana suami sudah balik membawa telur dan susu cair.

20. Suami saya sedang membebel, "Nak buat ke tak ni?"

21. Siaran Aduan rakyat yang sedang ditonton telah ditukar kepada Senja Permai. Suami sudah balik, nak tengok Aduan Rakyat pun tak senang.

22. Sedang berpakaian sopan walaupun di rumah. Maklumlah, bendera merah sedang berkibar megah...hah hah hah

23. Bersedia hendak bangun untuk membuat kek kukus.. Harap-harap enak laaaa....



(b) Tag benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)

Ena ibu Umairah
Zura (kalau dia ada masa laaa)
Kak Tihara
Kak Zaza
Ayu Ibu Aqil

16 comments:

Tie HT said...

aiyoh...kena lagi..sbalas dendam eks..

zaza said...

kena tag?.. hihi..

Sidratul Muntaha said...

ala..
kena lagi!!
adei..
yg wallpaper tag tu pun tak terbuat lagik!!
adei!!!
tu tolong ajo ayu camner nak buat tu nak msuk dlm jpeg

Anonymous said...

ain, has nk menjemput ain & en. ise ke rmh mak has di felda bukit bading hr sabtu @ 13/03/2010. adik has kawin. full address nnt has email...tlambat lak invite nye :)

~ain said...

kak tihara.. haaa.. kan dah kena...

~ain said...

kak zaza.. ye.. anda kena tag.. sila buat bila ada masa terluang...

~ain said...

ayu... haaaaaa.. buat! jangan tak buat... macam na nak masuk dalam jpeg? oh.. i pun tak tahu laaa... u buat printscreen je laaa senang...

~ain said...

has.. insyaAllah.. kalau tak ada apa-apa aral melintang, kami sampai... InsyaAllah...

zh-ena said...

hahahahha lawak la ain nie
tiada la malam jumaat yea hehehehehe
bendera merah tgh naik :p

Unknown said...

salam kenal ain.. saya follow awk ye..

wah! panjang berjela tul tag ni.. abis ler sape yg kene tag tu.. ahahahah:))

Mak Su said...

maksu pun ada masalah nak parking kereta, tak pandai-pandai. scary alwayz.... hehehe

Sidratul Muntaha said...

dah buat dah.

~ain said...

ena.. ye.. minggu ni kena posa! =p

~ain said...

chugie.. terima kasih ek.. selamat kenal.. haaa.. lain kali chugie kena tag juga.. tunggu laaa masanya..

~ain said...

mak su.. kita serupa.. lemah betul laaa kalau kena parking gitu.. setengah jam boleh tersekat kat tengah2 jalan.. hahahha

~ain said...

ayu.. haaaaaaaa.... bagus.. terima kasih ek.. hehehe