Pembaca Blog Ini...

Monday, April 12, 2010

3 langkah untuk kulit licin! [3 hari sahaja]



Ini bukan entri nak jual barang @ produk kecantikan ye!
Sekadar untuk berkongsi info.

Tahu tak satu cara yang mudah dan berkesan
untuk melembutkan kulit dan menghindar dari kulit ditumbuhi jerawat?

Saya ambil tips ini dari Manjadiri 2010.

Tiga langkah untuk kulit licin dalam masa 3 hari.

LANGKAH PERTAMA:
Cuci muka dengan sabun muka berbahan semulajadi seperti madu, buah delima dan lain-lain agen semulajadi lah. Tanpa scrub katanya!


LANGKAH KEDUA:
Buat pes campuran baking soda bikarbonat [yang buat kek tu] dan air. Bancuh sampai jadi macam ubat gigi kepekatannya. Sapukan ke muka 5-6 saat. Kemudian cuci muka hingga bersih. Soda bikarbonat ini dikatakan mempunyai agen membunuh kuman yang murah dan berkesan. Katanya lagi, kdalam masa 3 hari jerawat akan sebab kuman dah terbunuh dengan kejam sekali. Lakukan 2 kali sehari. Kalau guna 5 kali sehari lagi bagus. Setiap kali nak amik wudhu' katanya.


LANGKAH KETIGA:
Lap muka dengan tuala bersih laaaa..

Saya dah try dua hari. So far, kulit memang rasa lembut. Jerawat memang kering. Muka tak lah rasa pedih-pedih ke apa. Biasa sahaja. Saya buat 2 kali sehari. Takkan nak buat 5 kali sehari kan? Tak de kuasa nak bawa pes2 soda bikarbonat masuk bilik air. Kang ada lak yang kata saya nak pi buat kuih / kek dalam toilet kang. Hahahahah


Hmm.. tapi, tergerak hati nak tanya pakcik google
tentang kesan sampingan bila soda bikarbinat ini terkena kulit.
Apa yang saya dapati ialah......
ini!


PERTAMA
Mata: rengsa, kemerahan, nyeri
Tertelan: radang tekak, sakit perut

Boleh bertindakbalas dengan asid


KEDUA
Ada juga kata, kalau nak
anak lelaki boleh cuba
basuh tuuuuuutt dengan baking soda...

[ishhh .. tak de kena mengena
dengan topik perbincangan hari ini]



KETIGA
Baking soda boleh juga digunakan untuk
melegakan sengatan haiwan berbisa macam tebuan,
kala jengking [sebelum di bawa ke hospital]


KEEMPAT
Ada juga petua yang sama untuk mencuci jubin.
Petuanya sama macam nak dapatkan
kulit licin 3 hari yang saya bagitau tadi.
Bancuh soda tu dengan air.
Cuma bezanya tambah garam sahaja.


KELIMA
Membersihkan Tekat Benang Emas

Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat.
Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
[juga gunakan soda ini]


KEENAM
- soda bikarbonate ini boleh hilangkan kesan kuning pada lampin baby.

[Bukan pampers pakai buang tau.
Tapi, lampin yang kita pakai zaman kita bebudak tu.
Sebelum pampers yang mencemarkan
alam sekitar diperkenalkan tu]


KETUJUH
-menghilangkan bau pada ketuhar.


KELAPAN
- menghilangkan kuning kunyit
pada blender, dan alatan dapur yang lain.


Soda bikarbonate
ni memang agen pemutih kulit.
Tapi, kan soda ni kan bahan kimia kan?
Tetiba macam cuak lak.
Tak nak lah cuci muka lagi dengan bikarbonate ni lagi.
Terutama bila baca kegunaan soda bikarbobate yang KEEMPAT tu.


Kang takpasal-pasal muka aku halus macam jubin!
AHAHHAHAHAHHA



[Moral of this story:
Nak amalkan apa-apa petua, kena selidik dulu]




7 comments:

honeylanz said...

hehehe..ain, kalu jd mcm jubin..mesti bersinar aja kan ;)

~Eila @ Along~ said...

ain, kalo halus sgt kang org kata pe plak..tp guna 3 hri je kan.. pe salahnya mencuba..hehe

~ain said...

itulaaa has. kalau dah macam jubin mesti boleh cuci dengan pencuci lantai fabuloso ke apa ke.. hahahha

~ain said...

kak eila... ain pun rasa nak try sehari lagi esok.. hahhaa..

ise said...

taruk mauripan boleh buat kuih haha

Adlina Husaini said...

hehe kelakar la baca artikel ni. pandai dia wat research :)

thanks visited Manjadiri ^_^

nini said...

hihihi...tapi tengah try la ni