Pembaca Blog Ini...

Sunday, April 18, 2010

A.J.A.L - M.A.U.T - D.I - T.A.N.G.A.N - T.U.H.A.N!


Tadi (malam tadi ~ ini entri autopublish),
saya tengok berita tv3.
Tetiba pembaca berita sebut nama Abdillah ...
Dalam hati saya, "Apa kes pulak Jamal Abdillah ni?"
~saya ingatkan Jamal Abdillah.. heheh


Rupa-rupanya, Achik Spin ....
Semua pun dah tahu kan pasal
berita pemergian Achik Spin
akibat kemalangan jalan raya.


Saya pernah sekali jumpa Achik Spin.
Masa kerja di Ipoh, Program Raya Sakan di Greentown Mall.
Saya jadi AJK sebab masa tu saya kerja
dengan UDA MALL pihak pengurusan Greentown Mall.


Tengahari tadi, baru tengok dia kat RTM.
Mungkin dia dalam perjalanan pulang
selepas program di RTM sebab kalau tak silap program tu live.
Dia menyanyi lagu... hmm lupa!
Cik abang cakap, "Baju kemeja putih yang dia pakai tu, berkedut..."
Saya jawab, "Alaaaa... RTM Wardrobe laa tu tak sempat gosok..'


Then, tadi masa dengar berita TV3 tu saya betul-betul terkejut.
Kuat-kuat saya cakap, "Innalillahwainnalillahirajiun.."
Tak sabar nak tunggu cik abang balik,
sebab dia pi kedai beli makanan (malas masak)


Kita yang bukan siapa-siapa dengan Achik pun
terasa beratnya berita sebegini.
Keluarganya apatah lagi.
Isterinya?
Tidak dapat digambarkan!


Tapi, siapa kita untuk menidakkan takdir Allah kan?
Giliran kita pun, kita belum tahu lagi...


Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya.
Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini......

2 comments:

| SUE | said...

saya pon terkejut sgt. walaupon tk brape minat dgn arwah tp kesian membayangkan isteri dan anak² arwah yg masih kecil tu. harap mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ni...alfatihah!

~ain said...

ye.. ajal maut ditangan Allah.. siapalah kita nak menafikannya..