Pembaca Blog Ini...

Tuesday, April 13, 2010

K.E.R.A.N.A.M.U - T.E.L.E.F.O.N

Saya dengar THR pagi tadi masa on the way nak pi keje.

Topiknya Keranamu Telefon!




Ada pemanggil call DJ bagitau
cara mereka kenal dengan suami/ isteri mereka

Yang pertama....
Dia terima call salah nombor dari seseorang.
Lepas pada tu, seseorang itu asyik SMS je dia.
SMS -SMS tanpa kenal, tanpa jumpa 6 bulan.
Berjumpa masa bertunang.
Lepas sebulan bertunang, terus nikah.
Total masa = 7 bulan kenal terus kahwin.
Jumpa tak sampai sebulan pun lepas tunang tu.
Sekarang dah anak 5.
Hahahahahah


Ada seorang lagi,
naik komuter dari KL Sentral ke Seremban.
Baru balik dari Sarawak.
Bawa banyak beg.
Dia pegang kotak ikan terubuk masin
kat tangan masa duduk dalam komuter.
Lepas tu, ada mamat call dia.
Tanya punya tanya, rupa-rupanya mamat tu
dapat nombor telefon dia dari kotak terubuk masin tu.
Terus berkenalan kemudiannya berkahwin!
Hahahahahah


Lagi satu cerita yang menarik,
bertemu jodoh sebab telefon hilang.
Handphone mamat ni hilang, lepas tu si minah ni terjumpa.
Call punya call,
dapatlah si minah ni pulangkan
handphone
mamat ni semula.
Mamat ni punya lah bersyukur sebabnya
dalam handphone tu macam-macam data penting ada.
Terus dia ajak minah tu kahwin.
Hahahaha.. Gilo!
Minah tu terus terima.
Sampai sekarang mamat tu masih simpan handphone itu lagi.
Nilai sentimental gituuuuuuuu!
Masa diorangkahwin, siap tempah kek bentuk telefon!
Simbolik kan?


Hmmm...
KALAU DAH JODOH, KAN?


Itu je kisah yang sempat saya dengar pagi tadi.
Maklumlah.... opis dekat je kan!


Ok, nak pi buat kerja!
tata

6 comments:

Mama Hanim said...

wah, hebat tu.. bila dh jodoh kan..

saya bru edit link.. sila update jika sudi. tq..
blog maswani tu dh x valid, org lain yg guna skang ni..huhu..

~ain said...

mama hanim.. patutlah saya tengok macam pelik je link yang lama tu.. hehehhe

Anonymous said...

mmg dah jodohkan... mcm senang lak ;)

~ain said...

has.. tu lah kuasa Allah.. Ada yang bercinta dua tiga tahun.. ada yang bercinta 10 tahun baru boleh kahwin.. hehe

Tie HT said...

akak pulak..study nye jauh kat tganu..pastu kat serdang..last2 kawen dgn budak sekelas masa sekolah dulu..haha,akak panggil budak :)

btw..itu lah jodoh..alri lah nyorok balik gunung sekalipun, kalau dah jodoh..itu la die nye

~ain said...

hehe.. ye kak. kalau dah jodoh, kita tak dapat nafikan kan? itulah orang tua kata, ikan di laut asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat..

he.. apa daaa bikin muafakat dalam periuk pulak. bikin laaa dalam bilik kan? HAHAHAHAHHA