Pembaca Blog Ini...

Tuesday, April 6, 2010

Pagi yang Hening

Hari ini keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga (hahaha.. keluarga katanya) lebih awal dari biasa. Pukul 7.45 pagi sudah ada dalam kereta memanaskan enjin. Masa nak keluar simpang rumah tu, aduiiii silaunya laaa hai. Matahari tengah galak nak naik kan? Selalunya pi kerja pukul 9 mana nak rasa silau mentari tu semua... hehehhe

Sampai opis pukul 8.05 pagi.. Ahahaha.. Awal gila Cik Puan Noraini hari ini. Biasanya kalau ada kelas ke apa ke awal pagi, memang lah saya akan datang awal. Kalau tak da apa-apa hal pagi, pukul 9 adalah paling awal.

Orang kat bilik punch card pun tegur I.
"Awalnya cik hari ni.."

Saya jawab,
"Terharu I, you cakap I awal. Agaknya kalau I sampai sebelum you, gerenti berbuih mulut you sebab kagum kan?" ~hahahha ...

Dia tanya lagi,
"Kenapa awal? Lepas tu tersenyum-senyum pagi-pagi ni. Dapat apa malam tadi?"

Saya jawab,
"Hari ini I jadi panel untuk presentation rancangan perniagaan.
Dapat apa malam tadi?
Kenapa tanya? You tak dapat ke?" ~padan muka. nak perli aku ek?

Lalalalala.. Pagi ni memang mood baik punya!
(Bukan pasal dapat apa-apa malam tadi. Tapi, sebab memang happy lah.. Tak ada sebab)

Lalalalala.. (sambung nyanyi lagi)

Ok.. nak pi tengok presentation.
Harap-harap ada yang menarik hari ini!

2 comments:

honeylanz said...

hahaha..siap nyanyi lalalalala... lagi ;)

~ain said...

has.. itu tandanya happy laa tu.. heheh