Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 30, 2010

Kalau dah jodoh tidak ke mana...

Entri dimulakan dengan gambar puan blog yang
telah diedit dengan banyak sekali.
Semua itu demi menampakkan wajah yang
licin bercahaya.


Pi makan kenduri rumah Na O Mei berlakon tu.
Ingat tak entri ini pasal penggambaran Na O Mei tu
dijalankan di kampung mak saya?
Kalau tak ingat, takpe laaa..
Saya tidak ada semangat nak cari entri tersebut semula.

[Kisah yang saya copy paste dari blog Icah]

Cerita menarik pasal pasangan pengantin:

Diorang dulu "couple" lepas tu nak dijadikan cerita, masing masing berkahwin dengan orang lain. Dan ditakdirkan suami kepada si perempuan dan isteri kepada si lelaki meninggal dunia terlebih dahulu. Akhirnya, duda dan janda itu berkahwin walaupun dah ada anak anak dengan bekas arwah suami dan isteri dorang. huaa.. Kalau dah jodoh kan? Tertarik aku dengar cerita dari Mak dan Achik... Akhirnya menghabiskan sisa sisa masa tua bersama bekas kekasih. hehehe~

Begitu lah ceritanya..
Kalau dah jodoh tidak ke mana kan?
[Tajuk entri ini]

~~~~~~~~

Lauk sedap juga.
Bubur kacang dorian juga sedap.


Kenyang perut suka hati.
Korang tengok lah cik abang saya.
Sudah bermisai janggut semua.
Tapi, belum cantum je lagi.
Tah bila nak bercantum tah.


Entah bagaimana..
tiba-tiba yang sama tinggi dengan cik abang.
[Dalam mimpi pun tak pernah terjadi begini]
Orang tinggi boleh nampak rendah.
Orang rendah pun boleh nampak tinggi.


Kan bagus kalau orang gemuk
boleh nampak kurus langsing dalam gambar!
HAHAHAHAH
(Ayat tak mau terima kenyataan)

4 comments:

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

oowwhh ini dinamakan jodoh... emmmm berbahagialah mereka sampai hujung nyawa.... :D

Tihara said...

menarik bunyi nya kisah pengantin tu kan..cik abg dah makin encem tu, mcm awie.. :)

~ain said...

mimi... semoga berbahagia mereka kan. berseri2 je ain tengok pengantin itu.. hehehe

~ain said...

kak tihara.. macam awie? hahahahah