Pembaca Blog Ini...

Monday, June 14, 2010

Ada apa dengan HARI INI?

Hari ini, apa nak mengomel? Tak ada idea. Tapi nak juga menaip.


Hari ini, sengaja bangun lambat. Akhirnya (inilah yang saya tunggu) cik abang bangun dulu. Itupun, sebab bapak eh telefon! Sabar je laa...


Hari ini, breakfast merangkap lunch dengan nasi berlauk ayam goreng berempah. Sedap ooooooooo!


Hari ini jam 2.30 petang ada meeting.


Hari ini sejuk betul. Hidung dah kering. Rasa macam tengah duk depan peti ais. Aircond mengamuk. Sabar econ.. sabar... Saya minta maaf! =p


Hari ini, masuk Tabung Haji tapi keluar balik sebab ramai sangat menunggu giliran. Dengan sistem nombor rosaknya, takde tempat duduk kosong.. Esok je laaaa....


Hari ini, sambung buat modul yang terbengkalai seminggu dua ni.


Hari ini, sedih sikit. Mengadu nasib dekat roomate pasal interview dan impian further study hanya tinggal kenangan. (Nanti saya cerita. Kena kumpul kekuatan dulu)


Hari ini, Naim call saya menggunakan telefon bimbitnya. Ewah, budak sekarang. Umur 8 tahun dah ada handphone. Saya dulu? Haaaaaaaaa... masa tu kalau usik telefon rumah pun kena jerit ngan mak. hah hah hah


Hari ini, cik abang mahu pergi jumpa salesman. Mahu tanya pasal kereta baru dan kereta lama. Ewah.... seronok bukan main. Padahal belum pun ada kata putus lagi. Saja je nak bagi hati kembali berbunga riang selepas puas frust menonggeng.


Hari ini, nak balik awal. (hahaha.. ini hari-hari cakap nak balik awal. Tapi, tak pernah berjaya pun mencapai cita-cita ini)


Hari ini, biasa sahaja. Melalui rutin harian yang hampir sama. Tapi, saya bersyukur kerana masih bernyawa!


No comments: