Hari ini masuk office pukul 9.
(Oh, tak perlu cerita kerana ini perkara biasa.)
Masuk office siap-siap beli sarapan segala bagai.
Siap air teh ais kegemaranku lagi.
Hah!! pepagi buta [tak buta dah] dah minum ais.
Sekali sekala ye, kak.. Sekali sekala...
Saya sedih ni sebab nanti sudah kena private blog.
Nanti tak jumpa lagi dengan anon anon baik..
Sori anon baik.
Saya tidak bermaksud hendak menidakkan kebaikan korang.
Tapi, itulaaa.. bak kata Icah.
Dalam dunia ni ramai kedengki. ye.. bukan silap ejaan..
Memang kedengki di situ.
Sebenarnya, saya tengah fikir juga ni.
Nak private kan ke tidak...
Nak private kan ke tidak...
Sebenarnya, bukan pasal blog ni saya tension.
Pasal lain.. Pasal lain.. dan lain-lain lagi.
Kemudian, ada anasir-anasir yang mengganggu pula di blog.
Jadi itu laaa pasal nya terbabit sama.
Padahal tak apa-apapun.
Mungkin saya memang harus
mempertimbangkan semula 'kata hati' untuk mem private kan blog ini..
Alaaaaa .. orang nak kata, kita bukan nak boleh tutup mulut orang pun kan.
Bak kata Cik Puan Mashitah,
"Kalaulah bunuh orang tu tak berdosa, dah lama aku bunuh dah."
Tak pe.. itu biar dulu.
Nak cerita.
Semalam pergi rumah kawan abang di Padang Luas, Besut...
Lepas tu, tetiba teeeeeeeeeer pergi Wakaf Che Yeh..
Beli kain pasang untuk baju raya.
Murah juga.. Sebab tak ramai orang kan.
Baru lepas cuti sekolah.
Saya beli tiga! Tiga pasang! Tak tengok harga dah.
Gile betul aku malam tadi. [pagi ini dah insaf]
Penamak...
Kalau ikutkan hati nak beli lagi,
tapi tengok muka cik abang dah berubah,
maka.. ambik fire extinguisher kecik (bak kata Has)
terus padam api ketamakan yang membara...
Cik abang belikan sepasang kain yang agak special dari biasa...
[terima kasih, sayang abang ~ok... tak perlu dinyatakan di sini kan?]
Haaa... malangnya, macam takde tukang jahit profesional nak jahit.
Kang kalau hantar kat sebarangan kang jadi apa lak kang.
Tukang jahit profesional ni maksud saya,
tukang jahit yang biasa jahit baju saya laaaa selama ni.
Bukanlaaa pereka fesyen ke apa ke pun....
Takpe.. nanti petang ni saya pi pujuk dia.
Macam orang gila,
beli tanpa memikirkan berapakah baki RM yang ada.
Sudahlah ujung-ujung bulan ni kan....
heheheheh
Lepas tu, baru macam eh..... berapa lagi ek duit tinggal?
Gile tak?
Memang men shopping ini adalah terapi ke tension an yang agak mujarab.
Tapi, lepas tu tension balik sebab duit dah susut.
hauhauhauuahuahahuhuahuhaa
Oh..
saya memang tahu Cik Puan Mashitah membaca blog saya
sebab dulu dia pernah bagitau.
Tapi, saya tak sangka dia masih setia membaca blog saya ini.
Siapa Cik Puan Mashitah?
Biarlah rahsiaaaaaa... (ewah)
4 comments:
yang..
alang - alang beli sampai 3 psng tu..hulur - hulur ler sini sepsg.
ekekkeke...
rasa cam rugi je bila penjara pudu di robohkan. Yelah, banyak sumber sejarah tu..
ayu.. hahahha.. sudi ke?
chugie.. mmg byk sumber sejarah. tapi, itulaaaa.. terpaksa akur dgn arus permodenan katanya...
Post a Comment