Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 13, 2010

Encik Li... Encik Lipan.

Petang semalam, lepas balik kerja...
Cik abang mandi dulu. Luar dari kebiasaan.
Biasanya saya yang akan mandi dulu
sebab saya lebih lekit dari dia.. hehehe

Saya melayan Internet sebijik dua
sementara menunggu bilik air kosong.
Ewah.. ayat macam ramai je orang nak guna bilik air kan?
hehhe


Saya ada dengar juga bunyi pelik dari bilik air tu.
Kelepak kelepung (dah macam bunyi kompang lak dah.. )
Bunyi selipar bilik air cik abang memijak-mijak lantai.
Bunyi parang menetak lantai segala macam.
Pelik nya laaaaaa hai hai..


Sekali tu, cik abang cakap kat saya,
"Yang, kalau nak mandi kang, tengok-tengok sikit kat celah pintu tu.
Ada lipan besaaaaaaarr punya kat situ tadi.
Abang dah cuba tetak, tapi lipan tu boleh lari lagi celah pintu.."



Oh... saya punyalah psiko dengar nama lipan.
Kalau lipas, selamba je saya tampar dan lenyek2 guna kaki kan.
Ini lipan, beb... Lipaaaaaan!
Cik abang pesan,
"Takpe, kalau lipan tu keluar jerit je kuat-kuat.. Abang datang laaaa nanti!"

~sangat budget penyelamat bumi laaa tu kan..
haahaa


Mula laaaa mandi tengok bawah je.
Walaupun sebenarnya mata takde laaaa nampak mana pun.
Tapi, ikhtiar berjaga-jaga laaaaaa kan...


Nasib baik masa saya mandi tu tak de lipan keluar..
Tapi, akhirnya mati juga encik lipan itu diburu oleh cik abang..
Hahahhaha Mana ko nak lari haaaaa?
Nak lari celah mesin basuh? Tak de harapan laaaaa..
Jangan terlalu berharap, wahai encik lipan.

Besar juga laaaa itu encik lipan!
Belakang rumah kami tu ada nak dibuat jalan baru.
Mungkin tempat persembunyian encik lipan ni kena jelajah dek backhoe kan.
Tu yang mengelidat encik lipan sesat masuk rumah.


Harap cik abang akan segera menabur belerang sekeliling rumah.
Harap jalan belakang cepat siap!
boleh masuk kereta baru

2 comments:

Zura said...

eeee...lipan teringat mase mak ktorg kena...g klinik...ktorg nie nangis2 je mase tue...

~ain said...

nak kitorang pun pernah kena lipan.. pastu baw pi klinik, orang lain panik.. tp doktor tu rilek je.. heheh.. ye laaa kalau doktor panik, gilek aaa kitorang terus pengsan kat situ.. heheh