Pembaca Blog Ini...

Tuesday, September 21, 2010

Jamuan Hari Raya

Macam saya bagitau tadi, hari ini ada jamuan hari raya kat opis ni haaaa.. Lepas saya set up meja tadi, terus berkobar-kobar pi kelas. Ada kelas pukul 10 sampai pukul 12. Dalam kepala dah fikir, saya nak tangguh kelas awal sket dalam pukul 11.30 ke sebab nak kasi chance kat student dan juga diri sendiri pi makan awal.. Lapar laaaa katakan.

Kelas kat Discussion Room di library. Tetiba, library tutup. Apa? Terus tanya kat orang library, "Kenapa tutup?.. Mereka jawab, "Sebab ada jamuan raya." Saya tanya, "Kelas saya macam mana. Ada replacement class ke?" Mereka jawab, "Semua dah tutup dah sampai pukul 3. Sebab ada jamuan raya" ~Mereka ini macam tak menjawab soalan saya je. Ada ke tak de replacement class ni? Aku lempang karang.. (Bengang)


Saya macam blur...
"Sepatutnya, kena inform awal-awal. Tak leh fikir mudah nak tutup je. Kelas saya macam mana?"


'Tanya UPP".. ~Memang ayat nak mengundang dosa kat ahkak je ni..


Dalam hati saya duk fikir... "Takkan aaaa pi makan dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang kot. Kenapa laaa tak kasitau awal-awal. Nak cari kelas ganti bukan senang.... Nak kena sepak (dengan tangan) je dorang ni semua.. Weh, orang lain pun nak berjamuan raya gak wei.. Kerja tetap jalan laaa wei...


Terus round-round cari kelas. Tiga baldi kot peluh dah menitik kat belakang. Ketiak melecak tak leh nak kata dah laaa.. Sekali student yang datang 3 orang. Lalalalala.. sangat bahagia sekali situasi yang ku alami hari ini.. Terasa macam nak bernyanyi dangdut sahaja. Kelas tetap terus. Itu tanggungjawab saya!


Kelas sejam je. Sebab kelas tak de yang kosong. Tengah syok-syok cerita, tetiba ada orang lak datang nak guna kelas tu. Saya sabar je.....


Terus blah. Naik bilik, ajak roomate turun makan. Jamuan dah start. Sikit punya banyak gerai yang ada. Saya tak lah pi me round tengok semua gerai sebab student dah terlalu menyesakkan suasana. Penuh dengan diorang je. Saya ambil nasi dagang, laksam, satay, ketupat palas +rendang dan air sirap. Bawa naik makan kat dalam bilik. Nyaman..................


Kalau nak ikut makan reramai kat bawah kanopi tu, boleh mendidih otak dibuatnya. Baru pi ambik makanan je dah berpeluh satu badan. Lantak pi laaaa dengan anugerah Ratu Hari Raya 2010 ke.. pertandingan gerai tercantik ke.. Tak kuasek aku... Bagi ahkak, ahkak tetap ratu walaupun memang mustahil laaa kalau ada orang anggap macam tu. Fedulik hape, kan? hehehhe



Jabatan den tempah nasi minyak je. Eh, ke nasi hujan panas ek? Tah.. belasah je laaa..


Hari ni, pertama kali nampak student dari oversea. Patutlah mendung je cuaca semalam. Menyambut kedatangan student Nigeria rupanya. Diorang nampak macam kepelikan tengok jamuan hari ini.. Mereka duduk di suatu sudut dan minum air sirap sambil tersengih-sengih. Kelakar pun ada. Semoga kedatangan mereka tidak memberi kesan yang mumudaratkan kepada semua.


Sekarang, mata mengantuk sebab mentekedarah makanan berlemak.. Saya memang jenis tak pi lunch, sebab kalau lunch memang mata akan mengantuk.... Kebiasaannya, sarapan pagi merangkap makan tengahari sekali. Tengahari minum air je....

4 comments:

Unknown said...

huhu..syoknye de jamuan raya! comp sya x dok pung!

Sidratul Muntaha said...

BRUNCH!
ahaha..
laser sungguh n3 ko noks arini!
Mak suke!
(sambil lentuk jari patah!)

~ain said...

chugie.. jom bekerja dengan saya jom jom...

~ain said...

ayu? mana ada nyah.. biasa jek...