Pembaca Blog Ini...

Tuesday, November 2, 2010

Langkawi Hari Ketiga (terakhir)

Nak bayar hutang ni..
Entri hari ketiga di Langkawi.
Ewah.. macam laaaa da orang nak baca!
Kat FB dah ada gambar dah.
Tapi, ada gak yang tak 'friend' kan kat FB kan?
So, meh baca kisah hari ketiga.
(Memang panjang sikit, sebab malas dah nak buat entri banyak-banyak)



Ok, hari ketiga bangun-bangun je ada nasi lemak atas meja makan.
Wow! Nasi lemak yang murah dan macam-macam lauk.
Mak kata, itu nasi lemak cabutan bertuah.
Maksudnya, tak de label pun lauk apa.
Siapa dapat lauk sambal udang ke, masak kicap ke (pelik), rendang ayam ke.. nasib laaa..



Lepas sarapan, pergi Underwater World.
Huh... bagi saya Aquaria KLCC lagi best.
lagi macam-macam boleh tengok kot.
Underwater World tak ada apa sangat.



Tapi, yang menarik sikit ialah acara bagi makan kepada penguin.
Heheh dapat satu ilmu.
Penguin takkan bertukar pasangan sampai akhir hayat.
Kalau pasangannya mati, tak pasti laaa pulak kan?
Satu lagi, corak pada badan penguin adalah unik tau.
Sama macam cap jari manusia yang tak ada serupa....

Obor-obor pun cantik juga.
Sekarang buat wallpaper kat laptop.. hehehe


Saya beli pen ini tiga batang.
Nak kasik kat officemate.
Roomate saya sorang je tau saya pi Langkawi.
So, kasik dia sorang je laaa..
Hahahah..

Lepas keluar dari Underwater World yang tiket masuk nya mahal,
tapi tak ada banyak benda boleh tengok tu....
Kitorang semua dah kelaparan.
Icah kata, rojak dan laksa kat airport adalah sedap.
Kitorang pun terjah laaaaa...
Lepas makan laksa semangkuk, kita attack rojak pasemboq pulak.
Saya macam blur2..
"Dik, tak nak rojak mee tau. Nak rojak kodok!"

Budak tu pulak yang blur,
"Kalau tu nama dia pasemboq.. Kena pilih..."

Hahahaha


Masa duk pilih tu,
"Dik, ini apa?"


"Sotong!"


"Yang ini apa pulak?"


"Daging burger!"


Hahaha hohoho
Makan daging burger dalam rojak ye?
(pelik)


Lepas tu, pi kilang gamat.
Gamat ni menggelegak tapi bila celup tangan idak pulak panas.
Ajaib!


Saya beli minyak gamat, bam gamat dan bedak sejuk gamat.
Bedak sejuk dia best sangat.
Dua kali pakai dah kering semua jerawat.
Kulit jadik halus.
(Nanti saya buat entri pasal bedak sejuk ni, ok?)


Selesai mengopakkan poket laki ahkak kat kilang gamat tu
(alaaaaa RM17 je pun. Nasib baik tak beli minyak lintah.
Dah lah botolnya kecik harga RM18)

Kami ke Gunung Macincang..
Ke apa tah nama gunung tu.
Konon nak naik kereta kabel.
Tapi, ramai sangat (sebab Jumaat kot) sampai kaunter terpaksa tutup..
So, tak dak rezeki nak naik kereta kabel itu.
Ambil gambar je aaaa..
(Muka teruk juga sunburn sebab pi snorkeling tu)
Jalan-jalan kat taman haiwan apatah kat bawah tu.
Icah nak kasi rusa makan, tapi gedik pulak.
Penakut..
Saya pun penakut juga.
Kalau dah penakut, jangan aaaa kasik makan rusa tu kan..
Hahahahha
(dia nangis tau, sebab rusa tu kejar dia.. Rusa tu nakkan makanan atas tapak tangan dia tu)
Ini emak saya!
Mak sorang je yang berani.
Semua orang takut pegang ular..
Saya dah lari jauh-jauh awal-awal lagi.
Bila nampak ular ni je terus belok ikut jalan lain.
Hahahah
Oleh kerana tak jadi naik kereta kabel, aktiviti itu digantikan dengan
aktiviti naik boat menyusuri paya bakau.
Saya risau cik abang mabuk laut je sebab dia tak biasa naik boat2 macam ni..
Nasib baik dia steady je..
heheh

Pakej dua jam pi singgah Gua Kelawar.
Ini monyet ganas, beb!
Ia kejar kitorang masa nak balik tu. Ayah terus campak air botol 100 plus.
Monyet ni terus minum dengan gelojoh...
Gilak aaaa lu, monyet!
hahahaha

Saya macam cuak je nak masuk Gua Kelawar ni.
Tapi, ada pak Arab tu selamba je dia bawak anak dia (masih bayi) masuk gua ni...
Ye aaa, tempat sunyi macam gua tu kan macam banyak makhluk pelik.
Tak pe pulak tu..

Singgah juga kat kelong sangkar ikan.
Budak ni sangat pandai berbahasa omputih.
Kagum sat...!


Saya sedang kagum melihat ikan sumpit.
Apa ikan sumpit?
Pi baca kat blog Imahtun.

Akhir sekali, selepas penat naik boat tu.....
Terus pi Dataran Lang.



Apalah ertinya ke Langkawi kalau tak ambil gambar kat helang bagak ni kan?
heheh

Kami berdua!

Lepas tu, semua longlai gilek..
Balik homestay, pi kemas barang.
Lepas maghrib, gerak ke airport.


Flight delay...
Sampai LCCT pukul 12.30 am kot!


Nasib baik kaki tak tercicir kat LCCT...


heheheh


huh...



Itu sahaja!



Seronok sangat pi Langkawi ni.
Walaupun kaki letih nak mamps, tapi enjoy.
Lupa kejap kerja yang berlambak bertepek kat office.

3 comments:

.imah. said...

along,
jika ditengok pada gambar icah dikejar rusa itu, nmpknyaa icah lebih rusaa sebab tu rusaa kejar dia.
kan kan kan kan?
jadi icah juga lebih rusaa te ke ding ke ding. kan kan kan?
HAHAHAHAHA. ;p

puanstoberi said...

Bes gak cuti cutian di Langkawi ni yer. Lama dah tak pegi sana atas sbb bercuti. Salu pegi sbb keja je. So, mcm tak berapa puas..tp yg puas adalah soping. ngeh hehe he

Zura Tahir said...

teringat masa g dulu..