Pembaca Blog Ini...

Saturday, December 25, 2010

Hampir di 'kelepet' di Hari Natal

Hari ini tidur banyak macam biasa hari cuti kan? hahahaha


Bangun tidur, tengok handphone ada panggilan rindu (misscalled) dari kedai format laptop tu.


Bergegas, bersiap cargas..... Plan awalnya, ambil laptop kat kedai kemudian pi Kuala Terengganu. Abang ipar ajak teman pi beli laptop. Dia nak beli laptop untuk bini dia. Eh, ke bini dia yang beli laptop untuk dia ek? hahahah belasah je laaaa. Sama je kan mana-mana pun.


Sekali sangat sedih. Orang kedai format laptop tu kata, hardisk saya rosak. Tak boleh reformat. Ada ke patut? hehehe.. Masa tu sedih tau! Kalau nak ganti hardisk yang 200++GB tu, harga yang orang tu cakap dalam RM280. Benci tau! Tak boleh tengok orang senang tau. hahaha


Cik abang kata, tak payah lagi. Kita pi Kuala Terengganu. Tanya kalau ada hardisk yang murah lagi. Alahai, memang lah nak yang murah kan? Kebetulan juga kan nak temankan abang ipar nak beli laptop kan. Jadi, sekali jalan lah. Lepas tu, call call ayah... Tanya apa yang patut. Sebagai pedoman agar tidak di 'kelepet' dek penjual barang-barang komputer. Maklum sahaja, kami ni kan buta IT. hahahahahah


Sebelum tu, pi makan Radix Fried Chicken dulu. Tak ingat ambil gambar. Sebab kusyuk benar menikmati ayam goreng organiknya itu. Tak berapa sangat lah rasa nya. Tapi, oklah kan.. Tak berapa sedap pun masih boleh buat kami kusyuk makan kan? hahahah Tak boleh banding dengan KFC sebab kan KFC dah beratus tahun kan. Kira bagus sangatlah ada produk macam ni. Halalan Toyyibah gituuuuuuuuu!



Lepas solat Zuhur, pi Mydin Kuala Terengganu yang seperti biasa ramai orang. Orang Terengganu ni memang sangat gemarkan Mydin. Tak paham aku. hahahahhah.





Mula-mula tu nak pi PC Fair. Tapi, ayah kata kalau beli kat PC Fair kot kot rosak ke apa, payah nak cari kedai laaa apa laaa.. Ye jugak kan. Pulak tu, abang ipar kata dia dah tengok laptop hari tu mahal. Kat Mydin ada satu bahagian yang jual barang-barang komputer lagi murah. Kitorang pun ikut je lah.. Mencari parking yang susah. Tapi, syukur! Round sekali je dah ada parking.


Terus terjah bahagian kedai komputer banyak-banyak tu. Payah juga nak cari hardisk untuk laptop. Tetiba tergerak nak masuk satu kedai dalam banyak-banyak kedai tu. Terus cik abang tanya, minta tolong orang tu check kan hardisk. Sebab cik abang kata, dia macam ragu-ragu je dengan orang kedai yang kata hardisk rosak tu.


Abang (ke adik) kat kedai tu pun check.




Dia kata, "Ish... boleh je buka ni. Tak rosak pun."

Saya pun terus mengadu domba,
"Tadi, orang kat kedai dotdotdot kata hardisk rosak"

Dia pun balas, "Orang tu malas nak check lah tu. Tapi, memang ada masalah ni. Saya check dulu ye. Mana tahu kot ada masalah lain. Kot motherboard problem. Kalau motherboard ni, paling-paling dalam RM400 jugak lah... " ~tak tau EMPAT atau LAPAN ratus. Saya dengar EMPAT. Cik abang dengar LAPAN. Dalam hati dah fikir, kalau LAPAN, memang Assalamualaikum je lah nak baiki kan? Baik beli laptop baru.. hahahha. (Entah bila) Tapi, dalam hati masih berdoa agar tak payah kena ganti apa-apa.


Hahahah. Matilah ahkak.. Rabaklah poket akak... Apa kejadah pulak motherboard ni? Tak paham aku.. Emak papan ke papan emak ni? Minta papan cincang kat dapur rumah mak tak boleh? hahahahaha


Kitorang pun tinggal laptop situ, ambil resit dan segala bagai. Kemudian, teruskan misi mencari laptop abang ipar. Senang je nak cari sebab dia dah siap mem budget dalam RM1.4k. Jadi, sambar jelah mana-mana yang harga gitu kan? Sekali, ikut budak tu masuk kedai.. eh, tetiba tembus pulak kat kedai yang kitorang hantar laptop tu. hahahahahha.. Jumpa lagi orang yang tengah godek laptop kami tu. hahaha


Abang (ke adik) yang tengah baiki laptop kitorang tu cakap sambil senyum memberi harapan, "Tak de masalah apa. Motherboard ok. Cuma, kena buat partition dan bla bla bla..."
~Kesian dia. Penat je dia cakap. Ahkak langsung tak paham. hahahah..


'Takpelah, dik.... Buat lah apapun, asalkan tak payah bayar RM280 atau EMPAT atau LAPAN ratus dah kira bagus, dik!" ~Gila pasrah dah saya ni. Letih weh.... Laptop tak de.... Lagi satu risau sebab data-data penting masih terkumpul dalam hardisk tu kan..


"Boleh siap hari ni jugak tak?"


"Boleh, kak.... Tapi, kalau nak reformat backup data semua selalu dalam 2 jam lebeh."


"Boleh lah.. Kalau dah siap, call lah ye. Sebab kalau boleh memang nak ambil hari ni sebab kita dari jauh ni.. (hahahahah jauh lah sangat)!"


Lepas tu, minum di Food Court dan kemudian solat Asar di surau Mydin. Tak best langsung surau Mydin ni. Seribu kali bagus surau kat Giant tu. Ish...............


Sesudah itu..... jalan jalan jalan jalan makan makan makan makan... Pukul 9 malam baru sudah reformat dan backup data tu. Semuanya RM60. Tapi, tetiba abang (ke adik) tu kata, "RM50 je lah kak.. Yang backup data tu saya tak kira." ~Semoga Allah murahkan rezekimu wahai penyelamat RM280 atau EMPAT atau LAPAN ratus ku! heheheh


Gila kentang kan? Dari pagi sampai ke malam.... Takpelah, ahkak rela! Asalkan tak kena kelepet RM280 atau EMPAT atau LAPAN ratus!


~Tapi, sekarang ada 'orang' jeles dengan laptop pula. Ish ish ish....

2 comments:

puanstoberi said...

Bkn org Tganu je gemarkan Mydin, rasa seluruh tempat camtu. Nak gi Mydin je sure sesakkkk... mencik tau!

Lps tu nak komen jugak pasal RFC. Tak penah rasa, nak jugak rasa. Apsal kat KL takde eh?? ummm...

~ain said...

kak reen.. ye jugak kan? tension je.. kita shopping kat lain je. biarlah mahal sket pun asalkan tak kena berlaga bontot masa nak bayar
hahahaha


RFC tu, sedap juga. Ayam dia organik. Tapi, tak de lemak2 minyak2 macam KFC tu. heheh