Pembaca Blog Ini...

Saturday, December 18, 2010

Laptop yang rosak

Salam.. Laptop saya rosaklah korang. Virus jahat apa tah duk mengganas. Tak paham betul!

Kat sini dah dua hari hujan renyai. Malam je terus hujan lebat. Sejuk je malam hari. Bila siang je hujan renyai.

Buntu juga nak update blog bila takleh menaip dekat keyboard laptop. Kat office pulak banyak kerja. Kerja mengemas bilik yang ala ala tongkang pecah. Mengemaskini fail dan tah apa apa lagi. Masa ni je lah nak ngemas. Bila dah student masuk, mmg tak sempatlah.

Hari Sabtu depan 25 Disember ada program di Booth PTS di Pesta Buku Kanak kanak di PWTC. Malang sekali saya tak boleh ikut sama. Semuanya akibat pelbagai keadaan luar jangkaan. Heheh. Takpe lah, lumrah hidup. Maka kita harus bersabar. Ayah tentu kecewa saya tak dapat balik. Tapi, semua itu ada hikmahnya. Maafkan saya ayah. Ewah jiwo lah pulok. Hahahah

Kepada yang ada masa free, bolehlah ke PWTC nanti. Tapi pastikan anda lolos jerangkap samar jurujual2 yang berkeliaran mencari mangsa.

Bercakap pasal mangsa ni. Saya nak kasitau. Ada sorang kawan saya akan jadi mangsa pertunangan. Ahahahah. Boleh ke sebut mangsa pertunangan. Belasah aje. Kawan saya nak bertunang. Ada juga yang akan Berkahwin minggu ini. Saya sedikit terkilan bila tak dapat menghadiri majlis bahagia kawan2 saya, terutama yang hadir semasa hari bahagia saya.

Namun, apakan daya. Saya hanya insan biasa yang kadangkala tergendala perancangannya. Saya tetap doakan agar mereka bahagia hingga hujung nyawa!

Saya ada nak kongsi resepi dengan korang. Dadih strawberry yang mudah dan lazat. Tapi, nantilah. Memang tak seronok berblog dengan phone ni. Walaupun boleh berblog sambil baring di pangkuan insan tersayang. Hahaha tetiba.

Ok.. Ini sahaja buat kali ini. Sampai jumpa lagi. Tata!

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

AHAHHA
patut pun lama ko tak blog
lappy rosak rupanya
rindu nak mampos dgr ko membebel.

Nurhayati said...

ape lagi request baru!!! :D

~ain said...

ayu... iye. rosak.. aku tak hantar baiki pun lagi.. huhuhu

~ain said...

yati.. baru? hahahaha hampir botak kepala den apabila mendengarnya!

AHAHAHHAHA