Pembaca Blog Ini...

Wednesday, January 5, 2011

Memulakan tugasan di tahun 2011

Assalamualaikum


Apa khabar semua hari ini?
Semoga korang semua sihat lah ye...
Saya?
Sihat alhamdulillah..


Hari ini masuk office kali pertama untuk tahun 2011.
Anda boleh bayangkan betapa lamanya saya tidak menjenguk office saya.
Saya mula cuti tahun lepas
29/12/10 Rabu
30/12/10 Khamis
31/12/10 Jumaat memang cuti
1/1/11 Sabtu memang cuti
2/1/11 Cuti sebab Malaysia menang Piala AFF tu
3/1/11
4/1/11

Rindu pulak rasanya, sampai termimpi-mimpi hal kerja.


Huhuh.. Awal-awal tahun lagi dah luak cuti tahun 2011.
hehe.. Maaflah, bos! Tapi, saya bercuti secara sah.


Masuk office, ramai juga student baru semester ini.
Macam mana saya tahu?
Bila saya jalan nak naik office, ramai student bagi salam.
Selalunya, student baru je yang rajin bagi salam kat lecturer atau staff lain.
Ye lah kan.. Baru ke 'cuci' masa minggu orientasi.
Apa-apa sahajalah!


Tapi, agak tidak puas hati sebab tak ada yang ucap, "Assalamualaikum, cik!"
Semua duk, "Assalamualaikum, puan!"
(Memang nak kena brainwash diorang ni tau)


KAHKAHKAH


Alaaaa.. umur hanyalah angka, kan?


Heheh


Ok, selamat bertugas untuk diri saya sendiri.
Jadual kelas sem ni belum disahkan lagi.
Huh, rindu nak membebel dalam kelas!


(Korang dah mula kerja tahun 2011 ini dah 3-4 hari dah kan?)

3 comments:

Zura Tahir said...

selamat kembali bekerja ain...

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

selamat bertugas ain..haah kami dah mula bertugas ;)

~ain said...

terima kasih, joy dan zura!