Pembaca Blog Ini...

Wednesday, February 23, 2011

Bukan sedikit kritikal, tapi sangat-sangat kritikal.

Saya baru keluar dari bilik mesyuarat. Ah.... kerja makin banyak! (Nasib baik baru naik gaji. hehe). Tak apa lah. Itu tidaklah begitu membimbangkan sebab kata orang, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Makanya, pandai-pandailah saya mencari jalan menyelesaikan segala permasalahan itu.


Student saya semester ini sangat bermasalah terutamanya dari segi kedatangan ke kuliah. Sangat kronik. Terpaksa membangkitkan dalam mesyuarat. Selama ini, kalau boleh selesaikan sendiri memang saya takkan naikkan nama student dalam meeting. Memang tak nak lah menyusahkan orang dengan masalah kita kan. Rupa-rupanya, ramai lagi pensyarah yang menghadapi masalah yang sama. Semester yang lepas-lepas tidaklah teruk sangat macam ni.


Maka, keputusan yang diambil oleh panel mensyuarat (bos-bos) adalah mengadakan bengkel untuk pelajar yang bermasalah dari segi kedatangan ke kuliah sekaligus yang CGPA yang agak tidak memberangsangkan.


Saya rasa student memang selalu online di FB. Ye lah, sebelum FB Wall saya di private kan macam2 komen meriah dari mereka di wall saya. Selain menghantar surat rasmi 'jemputan' ke bengkel tersebut kepada mereka, saya telah menghantar pesanan melalui FB. Susah juga nak buat ayat yang tidak mengguris perasaan mereka.


Budak-budak sekarang ni tak macam kita-kita dulu. Kita dulu, kalau nampak lecturer dah nak sampai kelas kita berlari-lari macam tak cukup tanah sebab nak masuk kelas dulu sebelum lecturer masuk. Yelah, takut kena halau kalau datang lambat. Dulu, kita sikit punya takut nak ponteng kelas. Nak bagi alasan, "Terlajak tidur, cik!" memang jauh sekali lah. Kita dulu, kalau lecturer marah, memang nak menjawab taklah weh. Sampai kena marah sebab tidak menjawab. Budak sekarang, selamba je. Selagi tak rabik mulut tu, selagi tu dia menjawab.


Sekarang, entah apa ye masalah budak zaman sekarang. Kat sekolah pun, emak bapak mua kan sangat anak-anak. Cikgu pukul sikit, mak pak datang rumah weh. Kalau tak pun, masuk paper. Masuk berita TV. Saman cikgu. Hamboi.....


Padahal dulu, kita kalau kena pukul dengan cikgu kat sekolah. Diam membisu je balik rumah. Takut nak cerita kat emak. Silap-silap kena belasah lagi dengan emak pak. Adakah attitude anak-anak sekarang disebabkan oleh mak pak yang terlalu memanjakan? Apa yang pasti, cabaran mendidik anak-anak zaman sekarang adalah sangat-sangat kritikal. Bukan sedikit kritikal, tapi sangat-sangat kritikal. Adakah salah sistem pendidikan kita yang tidak berjaya 'mendidik'?


Pening dah budak dua orang tu.
Apa itu 'mencontek'?
hahaha



Saya akui, saya tidaklah begitu pandai untuk menegur secara berhikmah. Kadang-kadang, emosi duduk di depan fikiran. Tapi, sedaya upaya saya kawal. Saya masih sedang dan akan terus belajar ke arah itu. Siap karang ayat power **tak berapa** lagi ... hehe

"Saya atas rasa tanggungjawab dan belas ihsan amatlah berharap agar awak dapat HADIR ke bengkel tersebut demi untuk kebaikan semua pihak."

6 comments:

Joy said...

gulp..terimbas kenangan ponteng kuliah sbb nak tgk cite telenovela maria mercedes!! my bad ;(

Sidratul Muntaha said...

aku pun lama2 tak boelh sabo tau ain
blik2 muka tu jugak yg jahanamkan mesin
tegur elok2 jgn main2 dlm lab
jgn gurau2
dibuat tak endah
semalam sikit lagi aku nak terajang budak2 ni
budak laki suem plak tu
bila ku halau,takmo plak kuar sbb lecturer ade kat situ..
aku letih la ain
letih bantu anak bangsa yg tak thu diuntung..

~ain said...

joy.. hmmm.. kalau satu sem tak dtg kelas, mmg nak kena aaaaaaa!

as long as tidak menjawab kat lecturer kira bagus aaa.. cuba imagine kalau joy jawab kat lecturer, u tak datang kelas sbb maria mercedes...

dulu, lepas kelas lari2 nak tengok cite apa tu ek. alaaaaaaa.... yang maria mercedes jual bunga tu.. Haaaaaaaaa... Rosalinda!! Lawa kan Rosalinda tu....... hehe (tetiba)

~ain said...

Ayu.. dulu, masa mula2 mengajar... aku tak rasa sangat betapa perlunya aku ikhlas dalam kerjaya ini. Tapi, lama-lama, bila aku fikir2.. tanggungjwab kita berat sebab kita berurusan secara langsung dengan sistem pendidikan kan..

So, sama-samalah kita kuatkan semangat dan keazaman. InsyaAllah, kalau idak byk pun, sikit keberkatan ada dalam kita menjalankan tugas!

kalau nak ikutkan hati, mmg bengang jugak!

Tihara said...

bdak sekol pn sama cam2 gak..tp kalo yg baik tu..baik sgt2

~ain said...

kak tihara.. a'ah.. budak2 ni nakalnya semacam.. tp, masih ada lagi yang hormat dan baik ...