Pembaca Blog Ini...

Thursday, February 10, 2011

Syukur....

Semalam kat TV3 ada program 360, tajuk fokus malam tu ialah GELANDANGAN.


Tengok hidup mereka yang tidak ada rumah, tempat berteduh...
Sedih weh...
Bergenang ayor mato..
Rasa insaf menyelinap dalam hati.


Kita ini manusia biasa. Kadang-kadang, lupa nak bersyukur. Berungut selalu. Itu tak kena, ini tak kena.. Itu tak cukup, ini tak cukup.. Tak dapat itu, tak dapat ini... Nak itu, nak ini... Tak dapat itu sedih, tak dapat ini sedih... Merajuk.. Merepek.. Blablabla..


Hmmm.. cuba duduk kejap.


Fikir orang lain. Kita berungut kereta kita buruk, tuuuuuuuuuu.... Tengok tu orang tak ada kereta. Hujan panas duk atas motor. Dengan anak kecik baby (Aim suka cakap benda kecik tu macam baby). Kesian tengok. Lagi kesian dari ko.


Ko berungut tak de kereta. Kena pi keja jalan kaki. Tuuuuuuuu.. Orang yang tak de kaki tu? Macam mana pulak dia rasa? Tak besar lagi tuah Allah kasi kat kita?


Kita berungut kita tak dapat makan itu ini. Haaaaaaaa... tengok orang tu? Nak makan kena meminta-minta. Tak leh nak makan sesedap sebab tak ada duit. Ko tengok negara miskin papa, kebuluran tu semua.. Siapa lagi lapar? Ko ke diorang?


Ko berungut gaji ko kecik! Haaaaaaaa.. ko tengok orang lain.. Kerja sampai berpeluh ju*o.. Tapi, dapat duit tak berapa sangat. Dengan anak berderet kat rumah tengah menunggu nak makan. Dengan badan letihnya, apa semua kan. Ko kerja duduk dalam econ sejuk mejuk segala pun nak berungut lagi. Ish..... apa daaaaaaaa!


Berungut duit tadak. Ish......... Ko tahu? Ada orang lagi teruk tau. Tuuuuu.. siap tidur tepi kaki lima tau. Sekurang-kurangnya, ko ada gak rumah nak berteduh. Malam-malam kang ada gak tilam empuk (walaupun balancing tilam tu dah lari)... Tak payah tidur atas kotak, tak payah tidur atas surat khabar lama.


Apa lagi? Ko merepek tak ada anak. Ish... ada orang, nak kahwin pun tak de peluang, tau! Lagi haru... Orang yang ada anak tu pun, kot bila besar anak isap dadah ke, jadi Tanggang Moden ke. Nauzubillah.. Minta jauh.. Lagi haru kan? Lagi sedih! Itu pun nak berungut lagi?


Ko sedih tak de calon nak jadikan suami/isteri.. Tuuuuu.. tengok tu! Ada orang dapat suami/isteri pun sengsara jiwa. Suami duk main kayu tiga lah.. Isteri malas masak lah (hahahah). So, siapa lagi sengsara? Tak de calon kah? Atau ada tetapi sangat tidak menyejukkan jiwa?


Apa lagi? Haa... ko berungut rumah ko panas. Banyak nyamuk. Cuba ko tengok yang duk tidur tepi jalan tu? Lagi kesian kan. Memang lah nyaman je duk tidur tepi jalan kan? Tapi, ahhhhhhh.. Fikirlah sendiri....

Hmmm.. Kalau disenaraikan, memang tak larat lah nak menaip tentang rungutan.

Mula-mula nak cerita pasal GELANDANGAN tu terus membebel-bebel pasal benda lain pulak..


Tapi, ini lebih kepada satu peringatan lah kat diri sendiri sebenarnya!
Saya tak kata orang lain.
Janganlah kufur nikmat..


Ingatlah....
Kalau kita rasa susah, gelisah, sedih, pilu, sunyi blablablabla
dan macam-macam lagi rasa-rasa kekurangan tu,
sememangnya.............. ramai lagi yang lebih susah, gelisah, sedih, pilu, sunyi dari kita.


Allah itu Maha mengetahui. Maha pengasih dan penyayang.
Dia tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambaNya itu.


8 comments:

Sidratul Muntaha said...

yang
bersamamu semalam ade tak citer pasla adik hairuman yg kena potong kaki n tgn sbb kena letrik high voltage masa petik kelapa sawit tu?!

Nurhayati said...

ye kita kena sentiasa bersyukur ngan ape yg ada. dan jgn dengki dan busuk hati kat orang lain.

Joy said...

kata kunci, bersyukur!

Tihara said...

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan dugaan, Anugerah dari Yang Esa

~ain said...

ayu.. 16/2/2011 kan dia punya tayangan kat Tv3 ari tu..

~ain said...

yati.. org dengki busuk hati tu, kena banyak kan solat hajat. minta cuci hati.. peringatan untuk diri kita sndiri gak kan.. nauzubillah..

~ain said...

joy! bersyukur apa yang ada... ramai yang apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada... sering dirisaukan!

~ain said...

kak tihara.. alhamdulillah.. Semoga ALLAH terus memberi kita nikmat ehsan dan kasih sayang sesama manusia. Amin....