Pembaca Blog Ini...

Sunday, March 6, 2011

Berat Hati

Bos suruh saya jemput pelajar yang pointer tak berapa elok
datang ke bengkel pengukuhan.


Saya email dan FB dia untuk menghadiri bengkel tersebut.
Dia reply, "Terima kasih, puan!"


Saya pun lega la...


Tadi, dalam kelas..
Saya ingatkan dia dan seorang lagi pelajar.


"Afif (bukan nama sebenar) dan Zuraida (bukan nama sebenar),
jangan lupa ye, petang ni..."


Kawan-kawan yang lain sibuk bertanya,
"Kenapa, puan? Kenapa?"


Saya senyum saja.
Sebolehnya tak mau bagitau.


Saya membayangkan kesedihan,
rasa malu, rasa sesal, rasa risau
yang mereka berdua tanggung.
Yelah, kan!
Orang lain tak kena pi bengkel pengukuhan.
Diorang berdua je kena....


Sama macam dulu-dulu orang kata,
UiTM Segamat punya kad outing warna ikut pointer..


Tersentuh hati saya tengok muka budak dua orang tu.
Pandai betul buat muka kasihan!
hahah


Si Afif (bukan nama sebenar) baru call saya,
"Puan, kalau tak pergi bengkel tu boleh ke? Malu lah, puan!"


Saya harap perasaan malu itu, akan buat dia berubah...


Apa jua keadaannya, saya berdoa..
Agar semua pelajar saya menjadi individu berguna di hari depan.
Gagal hari ini, tidak bermakna gagal selamanya.....

1 comment:

PUANSTOBERI said...

wah..UiTM segamat buat camtu ke? Kiterang kat Melaka suma sama je. Hijau eh..kuning eh..tak igt dah.

Kat tpt keja akak pun camtu. Sapa markah rendah utk penilaian akhir tahun akan dihantar satu course. Tp..biasanya cenggitu gak..takde apa2 pun perubahan napaknya.