Pembaca Blog Ini...

Tuesday, August 16, 2011

Mesti Beli


Korang kenal tak bubur atas ni?


Ini bubur butir nangka.
Makanan orang pantai timur.
Tepung beras kot yang hijau-hijau tu.
Bukan biji buah nangka, tau!
hehe


Ini juadah memang wajib beli bila tiba bulan Ramadhan.
Cik abang suka, saya pun suka.
Tapi, kalau beli mesti beli kat gerai tertentu je.
Bukan semua orang buat sedap.


Lauk pauk pun sama.
Bukan semua gerai boleh dipercayai.
Minggu lepas (Sabtu),
cik abang siap tenung muka makcik tuan gerai tu
sebab nak make sure itulah makcik yang lauk pauk dia sedap tu.
Tapi, saya ingat trademark makcik tu.
Gerai dia je ada jual daging bakar. hehehe



Ok, berbalik pada cerita bubur butir nangka ni.
Cik abang suka masukkan dalam peti. Dah sejuk baru makan.
Saya pulak, tak suka makan sejuk.
Tapi, dah dia masukkan semua dalam peti ais, saya makan je lah yang sejuk-sejuk tu.


[Nota: Sepanjang 16 hari puasa, baru dua kali beli lauk kat pasar]


=)


7 comments:

DaZzlingLilLy said...

tak penah rasa lg bubur tu.nampak cam sedap jer..wah rajinnya u masak..kalo i plak terbalik la..maybe 2 kali je masak..huhu

PUANSTOBERI said...

cane rasa dia eh?

akak ni kuih2 tak berapa sgt.

Zura said...

bkn badak berendam ke

zh-ena said...

tak pernah mkn pun ain..dgr pun tak pernah dgr

~ain said...

lily.. tahun ni rajin terlebih sket tu yang sibuk nak masak tu..

~ain said...

kak reen.. rasa macam kuih badak berendam tp tak de inti kat dalam..

~ain said...

zura.. badak berendam ada inti kan dalam dia.. ini butir nangka tak de inti..