Pembaca Blog Ini...

Friday, October 28, 2011

Nilai 3

Semalam (Khamis) emak ajak pergi Nilai 3.

Saya pun nak belikan bunga telur untuk adik saya yang nak kawin bulan 12 nanti.
Emak kata,
"Ko beli je bunga telur yang murah-murah.
Nanti orang buang jugak. Membazir aje.."



Betul jugak kata emak tu kan.
Maka, saya pun cari bunga telur murah.
Saya beli yang 50 batang RM25 tu.
Ekonomik!
Lebih kurang macam ni lah rupa bunga telur tu.
Tapi, daunnya tak hijau. Semua daun ikut warna bunga.
Kamera saya tah mana cabel tah. So, semua google je la...



Lepas tu, saya cakap kat emak,
"Baik kita beli terus alat-alat dan perkakas nak hias hantaran.
Nak harapkan (anep) adik saya yang nak kawin tu, memang tak lah kan.
Lelaki mana lah nak amik tahu sangat benda-benda macam ni kan."



Lagipun, nanti majlis tu berlangsung saya tak leh balik awal.
Nanti semua benda emak kena
buat. Kang naik darah pulak kang. heheh.
Baik beli siap-siap.



Mula-mula nak beli kotak putih yang macam ni.
Cantik kan? Mudah nak hias...
Combine dengan warna apa pun lawa.....
Tapi, mak aiiiiiii... Harga dia dekat 40 hengget sebuah.
Kalau nak guna 7 dah nak 300 dah total semua.
No.. no.. Tak de budget!


Oleh kerana, plan nak buat konsep kali ni, tak mau sarat marat...
Simple but nice.



Kita pun pilih bakul ini.
Sebuah baru RM7.90 kalau tak silap.
Belilah 7 buah.
Tak beratus lagi harga dia, kan? hehehe..
Bakul ni pun lawa jugalah.
Walaupun tak selawa kotak kayu tu. hehehe



Lepas tu beli bunga ikut warna tema.
Tapi, tak beli bunga kat Nilai 3 sebab emak kata mahal.
Emak ajak beli bunga kat kedai RM1.99.
Ada jugak yang lawa. Kena pandai pilih dan gubah lah.


Cari riben sikit.
Nanti bunga tu susun tepi bakul.
Bakul alas dengan kertas warna yang lembut tu.
Kemudian bubuh barangan biasa
macam tafsir Quran, telekung, handbag, perfume, jam tangan, dll....
Setiap dulang semua konsep macam tu.
Saya rasa menepatilah konsep.
Simple, nice and economic!



Kita kawin memang (mungkin)
sekali seumur hidup.
Tapi, tak mau berlaku pembaziran yang maha hebat kan?
Lagipun, adik saya baru je kerja.
Jadi, pitih tak delah berlebih sangat.
Duit yang ada baik buat modal untuk mulakan hidup baru...



Apa yang paling kita harapkan ialah,
moga pernikahan itu nanti membawa berkat sepanjang hidup mereka, kan?


Mula-mula tema merah hati.
Tapi, lawa jugak kalau highlight dia warna lite pink kan?


2 comments:

zh-ena said...

betul tu permulaan hidup setelah bernikah lagi memerlukan banyak duit

~ain said...

betul, ena!