Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 27, 2011

Sehari suntuk


Jalan-jalan cari makan plus cari pasal kat Kuala Terengganu.
Sepatutnya dah janji dengan cik abang nak pergi semalam (Jumaat).
Tapi, tetiba macam sakit tubuh badan semua.
Kitorang kan demam selsema sejak seminggu lepas.
Cik abang je pi bayar asuran kereta kat Jerteh.
Balik-balik dia bawak KFC walaupun dah kenyang.
Tetap makan dengan senyuman.



Saya ni dah seminggu direct tak pi kerja. MC 3 hari.
Rabu Khamis pulak, memang dah apply cuti awal sebab nak habiskan cuti tahunan.
Ada 16 hari lagi kot. Banyaklah tu kiranya untuk tahun ni.
Sebab dah akhir tahun masih ada 16 hari.
Tak termasuk cuti perlepasan kerja atau berseminar atau berkursus hari minggu.



Selalunya, hujung-hujung tahun tinggal kurang dari 10 je.
Tahun ni, macam rajin sikit kerja. wahahahah..
Alaaa.. cuti tahunan. Kalau dibayar yang tak cuti tu, tak pelaaa kan.
Kalau tidak, rugi... Baik saya cuti je laaaa.
Duduk rehat senang lenang kat rumah. Kan? Kan?



Tadi, lepas makan tengahari
kat nasi kukus ter best kat Kuala Terengganu tu,




kitorang pi Giant.


Bayar bil phone dan beli barang dapur sikit.
Sikit tak sikit sangat jugak lah...
Terbang laaah RM160++.
Saya macam heran lah..
Selalunya bendalah yang sama jugak kot kitorang beli.
Tapi, dolu2 tak sampai seratus hengget.
Lepas tu, naik laa sikit-sikit jadi RM110++ ke.. Sikit-sikit..
Hari ni, hahahahah dah RM160++.
Sekarang ni, kirim salam je lah kalau beli barang tu kurang dari seratus hengget.
Ini duduk kat kampung ni.
Kalau duduk bandar, memang kempit poket kot kitorang.


Lepas beli barang, singgah ambil phone abang kat kedai.
Hp dia asyik jatuh.
Anak sedara lempar sekali je, tuan punya phone jatuhkan 3 kali.
Terus bengong hp tu.
Nasib baik boleh dibaiki. Kena RM90.
Daripada pakai phone yang tak de kamera tu kan.
Dia kata, payah nak amik gambar ke apa.
Ye jugak lah kot. hehe.
Nak beli hp baru, tak dak peruntukan.
Sebab dia duk sara bini dia ni je tak habis-habis. =)
Ini pun phone saya dulu, tapi... saya dah beli yang baru.
Cik abang take over.





Lepas tu, jalan-jalan kat Batu Buruk.
Hari ni ramai orang sebab orang baru gaji dan hari cutikan.
Sesak sikitlah bandar.
Cuaca pulak baik hari ni. Tak hujan, tak panas.
Saya beli assorted puff masa kat Giant, makan tepi pantai..
Lepas tu tercekik sebab air kosong tak de dalam kereta.. hahahaha.
Penyelamat saya, cepat-cepat belikan air mineral kat Shell. =)



Lepas Batu Buruk, cik abang bawa pi Desa Murni.
Wah, dah lama tak beli kain ela kat sini.
Sekarang kedai tu, dah jadi dua kedai.
Satu kedai jual tudung dan kain ela yang ala-ala butik.
Tak berani mak nak masuk, nak! heheh



Satu kedai lagi jual kain yang bese-bese je lah....
Saya ter (ter ke?) beli kain ela tiga pasang.
Alah, nak buat baju kurung ganti yang lama-lama (tak muat) dalam almari tu.
Cik abang belanja 3 pasang.
Esok, aku rasa nak pi beli lagi 5 pasang.
Hahahah~ Kalau rajin.


Saya dah penat, masuk kereta terus tidur. Hahaha.
Cik abang bawa pi Karnival Upin Ipin.
Tapi, dah tutup semua gerai sebab dah nak maghrib.



Lepas solat maghrib kat satu masjid (kitorang belum pernah singgah),
terus makan (lagi)
Saya belanja abang nak makan Lamb Chop (eee.. bau kambing)
Saya nak makan Fish n Chip kat Mama Chop Papa Grill depan istana.
Depan istana, ya! Bukan dalam istana....


hehehe



No comments: