Pembaca Blog Ini...

Thursday, December 22, 2011

Main Kutu

Korang ada main kutu tak?


Alah.. ini bukan main kutu rambut tu.. ini kutu duit tu laa..


Kalau cakap fasal kutu rambut.. Teringat dulu, masa emak buka taska. Ramai gila budak ada kutu. Biasalaaa taska kan.. Cepat sangat benda ni merebak. Dah kata duduk ramai-ramai. Kalau nak harap emak pak yang bersihkan anak diaorang sorang je, bila datang taska kena balik kan kutu tu.


So, emak pun kesiankan kat budak-budak tu. Tergaruk-garuk macam ke hapa. Emak pi farmasi beli ubat kutu sapukan kat semua budak. Kasik diorang jemur dulu kejap kat luar rumah tengah panas, bila tengah panas.... kutu kuar mengemut-ngemut... Lepas tu, sikat rambut budak-budak tu dengan sikat kutu. Reda kejap masalah kutu kat taska.. hehehe



Eh, bukan nak cakap fasal kutu ni .. Saya nak tanya.. Korang ada main kutu duit tu tak? Saya dulu tak pandai main kutu duit ni sebab saya tak faham. Lepas tu, saya tak percaya. Takut kena tipu. Nanti orang tu tipu laaa apa laaa..


Tapi, bila saya tanya emak. Emak pun cerita lah fasal main kutu duit ni. Saya pun try lah main tahun lepas. Eh! ke dua tahun lepas ek? Tak ingat. Mula-mula saya main kutu 200 sebulan sebab nak bayar roadtax kereta. Sekarang, naik 400 sebulan. Dapat 4 kali. 2 kali untuk bayar roadtax... 2 kali untuk pi bercuti. Kalau tak, nak simpan duit untuk roadtax kemain liat. Yelah, kita kan nak kena simpan byk duit.. Untuk roadtax, untuk simpanan masa depan lagi, nak pi haji lagi. So, kadang2 bila dah simpan byk.. eh tetiba gatal nak korek. Haaaa.. kan? kan? kan? Ada je benda nak itu ini.. So, apa akan jadi? Simpanan makin susut.. Asyik dua puluh hengget je dalam bank.. wahahaha


Kalau kita main kutu, nak tak nak kena bayar jugak. Lepas tu, kena tunggu giliran. Takleh sesuka hati ko je nak korek macam dalam bank ko. Haaa.. kira macam berdisiplin secara paksa gitu.. =)


Saya fikir-fikir juga fasal ada org main kutu barang. Alaaa.. macam kat opis ni rakan-rakan tengah hangat bermain kutu sauna. Saya rasa bagus juga cara macam ni. Sebab kalau kita nak kuarkan duit sedebuk sekali banyak nak beli benda-benda mahal sikit kan macam tak tergamak. Bukan apa.. Ini untuk orang yang berpendapatan sederhana macam saya ni la.. Nak dapat duit lebih ribu-ribu memang lah payah. So, kalau main kutu ni macam dapatlaaa juga beli barang mahal-mahal kan. Tak terasa sangat penurunan kadar wang secara drastik, kan?


What say you?

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

aku prefer kutu duit.
klu tak dpt beli brg
boleh buat back up.

Joy said...

main kutu jugak. I is ibu kutu kat opis ni...siap ada buku 555. tulis nm anak2 kutu ;)

~ain said...

ayu.. aku kutu duit laa buat masa ni. kutu lain belum pernah cuba..

~ain said...

joy.. hai, ibu kutu! kehkehkeh

cikgu siti hazreen said...

kutu sauna? baru ni dengar ;)

cikgu siti hazreen said...

kutu sauna? baru ni dengar ;)