Pembaca Blog Ini...

Sunday, December 25, 2011

Semoga berjaya, Danial Firdaus!

Korang layan MasterChef Malaysia? Kalau tak, takpelaaa....


Semalam tengok MasterChef Malaysia episod penyingkiran yang paling sedih sekali. Tapi, tak nangis sebab tengok kat rumah pak mertua. Cover je.. hahaha. Padahal ayo mato dah bergenang. Maaflah, memang mak drama sikit bila tengok MCM ni.. hahaha



Kenapa episod penyingkiran paling sedih? Sebab peserta favourite saya dah tersingkir. Danial dah tersingkir. Saya macam dah boleh agak dah dia akan tersingkir walaupun sepatutnya dia masih boleh terus berjuang sampai semi final at least. Dia sangaaaaaaat berbakat. Dia pernah menang cabaran sampai dapat berentap dengan chef selebriti. Walaupun tak menang, tapi dia steady je. Suka!


Saya suka bila dia buat muka risau tu.. Comel gila. (Habislah cik abang aku muntah darah kalau dia baca statement ni).


Semalam dia nangis sebab dia tersingkir. Sedih sangat.... Kesian! Menitik-nitik ayo mata. Yelah, budak-budak lagi kan. Kalau orang lelaki tua payah sikit nak nangis. Dah lah dia kena bersaing dengan peserta paling dia rapat dalam MCM. Sedih! Episod semalam dia masak roti canai. Tapi, juri kata kureng sikit sebab gabungan ciptaan dia buh buah nenas, pisang dengan (apa tah satu lagi tak ingat), tak menjadi. Eleh, kecoh je juri tu! hahahahah (emo) Biasalah, dia baru first time kot buat roti canai. Walaupun juri puji kuah dalca dia sedap gila, dia tetap kalah dengan Abang Wahi dia. Tak dapat saya nak tengok muka 'comel' dan kepandaian dia memasak lagi malam ni. Bencik mak!


Tapi, takpelah... Dia masih muda. Peserta paling muda dalam MCM musim ini. Dapat jadi top 10 kira besar tuah budak ni. Namun, dia masih ada banyak peluang di luar sana. Masih jauh perjalanan dia kalau dia memang nak jadi chef. Bayangkan, umur belasan tahun dah boleh masak itu ini. Itu bukti yang boleh digunakan pakai, kalau dia berusaha lebih gigih.. Dia memang boleh 'hidup' dalam bidang seni kulinari. Saya doakan dia berjaya jadi chef terkemuka satu hari nanti. Pakai topi chef yang tinggiiiiiiiiiiiiiiiii tu, ok! Bakat yang ada harus dikembangkan! Harus..




Takpelah...
Mulai hari ni, saya nak tengok Zamir dalam MCM.
Harap dia dapat gelaran MasterChef Malaysia yang pertama.


Saya kagum dengan budak-budak muda umur belasan tahun tapi dah pandai masak hidangan hebat-hebat. Siap boleh cipta resepi sendiri. Mana diaorang ni belajar eh? Kalau saya? Haaaaaaa.. memang nangis belakang pintu la kalau kena masak apa semua timun laut laaaa, belut laaaaa, ubi bit laaaa.. ish ish ish............


(Gambar: Encik Google)


4 comments:

ArELeEz said...

aah. tgk muka cam bese2 jer tp, terror masak. masak macam2 lak tuh! cth: kuah dalca. leez pun xpenah masak kuah dalca. uhuks3..

Sidratul Muntaha said...

dulu aku suke kamarul
lepas tu bekas askar tudah tersingkir
then aku boleh terminat si wahidan ni sbb yg aku suke
sikit2 insyaa Allah
sikit2 alhamdulillah..
baguslah kan?
danial?!
dia ade talent tpi teknik mcm cincai sikit
pernh dia msk daging burger ltk vanila?!!!
zamir?!
entah..bese - bese jer
aku suka lagi ezani
sempoi
paling tak suke?
pmuan gomuk nama emelda dgn brian.
blik2 muka depa jer yg asyik interframe.
mencik!!

~ain said...

leez.. kan? hebat aaa dorang ni. kari pun haru.. inikan pulak dalca.

~ain said...

ayu.. kamarul tu macam berdisiplin dan good attitude kan?

aku pun perasan yang wahidan suka cakap InsyaAllah.. syukur.. itu aku suka!

ezani aku suka sebab dia cool je kan? rilek je muka dia. mmg ciri kedoktoran di situ.

danial dan zamir, aku salute sebab dorang antara peserta termuda dan nampak potensi untuk lebih jauh dalam bidang masak memasak ni..

aku paling nyampah brian dan emela.. hahahah sama mcm ko sbb aku rasa dorang tu gedik sikit..