Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 13, 2012

Ketam

Jumaat malam Sabtu baru ni, kitorang kan kat Dungun kan.
Pastu, cik abang mernegek-rengek ajak makan mee ketam.


"Yang.. yang.. masa abang balik hantar sayang tadi kan, 
abang ternampak kedai makan nama dia Megi Ketam Bistro"


"Kat mana?"


"Meh, abang tunjuk!"


Dia pun dan dan tu bawa saya pi tengok kedai tu. 


"Eh, bukak laaaa.... Rugi je makan laksa tadi. Kalau tidak boleh singgah terus." ~cik abang.


"A'ah.. Udah kenyang ni haaaa... Malam-malam kang la kita pi.."~ saya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Malam tu, dia asyik ulang-ulang fasal mee ketam tu je.
Cakap pape pun, asyik kaitkan dengan mee ketam aje.


Contoh 1: Saya tanya dia, "Abang, tak mandi ke? Dah lewat ni.."
Dia jawab, "Nak juga jap lagi. Tapi, nak makan mee ketam jugak."


Contoh 2: "Abang, esok nak sarapan kat mana?"
Dia jawab, "Esok, takpelah. Tapi, malam ni kalau dapat makan mee ketam bagus juga."


Contoh 3: Saya masuk toilet jap. 
Dia sibuk tanya, "Nak pi mana? Nak pi makan mee ketam ke?"


Boleh bayangkan betapa tensen nya...
So, "Ok, jom! Kita makan mee ketam!" ~saya


Saya order nasi goreng ketam ngan air asam boi kasturi.
Cik abang, nak megi ketam dan teh o.
Air suam satu gelas.


 Kat menu tulis harga nasi goreng ketam dan megi ketam
= RM6 + harga 100 gram ketam. 
Kat menu tulis 100 gram ketam RM5.
Jadi, kami anggar dalam RM12-15 sepinggan.
Dua pinggan RM30. 
Campur air jadilah RM35++.
Kan?


Tetiba total semua sekali RM52!


 Aik? 
Kitorang salah kira ke apa ni?
Nasib baik sedap...

3 comments:

puanstoberi said...

Gulp...tetiba terliur tgk ketam itu.. huhu :D

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

nmpk mcm sedap. tetiba tertelan ai lio lak :P

zh-ena said...

wah sedapnya ain..tapi mhlnya