Pembaca Blog Ini...

Monday, April 16, 2012

Eskrem Orang Kaya

Ehem... (tetiba)

Lepas habis kelas Sabtu, cik abang tanya saya.. "Nak pi mana?

Saya jawab, "Tah... balik lah.."

Cik abang cakap, "Tak nak pi Mesra Mall. Tak nak shopping beg?"

Saya macam.. "Takpelah. Malas. Duit pun tak dak mana. Ngantuk! Jom makan Tutti Frutti.."

Cik abang pun ikutkan ajelah kehendak aku ni.. Macam-macam mahunya.

Sepanjang perjalanan, macam biasa... Saya tidur ajelah.. Dengan panas-panas sejuknya.. Econ WUH tu ngek. Dah nak abis gas ke apa tah... Saya tidur je. Lantaklah panas ke sejuk.. ahhaha

Sampai je depan Tutti Frutti Kuala Terengganu, cik abang kejut.. "Yang, jom! Makan eskrem.."

Saya pun macam... "Alahai... malas laaaaa! Makan nasi lah kenyang. Lapo nasik ni.."
~dapat keinsafan ketika dalam tidur.

Cik abang tanya, "Sure?"

Saya jawab, "Iye.. Jom makan nasi kat mana-mana lah.."

Cik abang bawa makan nasi campur. Baru RM13.50 dua orang makan.

Kalau makan Tutti Frutti tu, memang taklah RM13.50. Entah-entah 20 hengget sorang, kan?


.........Tutti Frutti kan eskrem orang kaya...... ..
Mak tak mampu, nak!




4 comments:

Sidratul Muntaha said...

sekali tu jerlah.lepas tu takdenya aku nak terai.
boleh pokai!
mmg makana org kaya sdgkan buatnya dari bahan2 murah!

PUANSTOBERI said...

yer. mmg takkan lari dari belas2 ringgit kat situ.

:)

zh-ena said...

ena amik 3 scope jea dah kena RM18++
mapoiuh

Has said...

x pernah merasa lagi. cam sayang je duit... * read x mampu..hihihi