Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 3, 2012

2H 1M di Cameron Highland

Hari Jumaat baru ni, cik abang dan geng-geng opis dia buat gathering kat Cameron Highland.


Seronok jugalah sebab lama tak pi jalan-jalan makan angin sejak sambung study ni, kan?
Jadi, percutian sekejap ni kita anggapkan sebagai hadiah penghargaan
buat cik abang sebab selalu dan terlalu banyak berkorban untuk saya...


Bertolak pagi Jumaat, tengahari ah sampai.
Terus check in dan makan tengahari.
Lepas tu jalan-jalan lah macam biasa orang lain buat kat Cameron tu.


Pi pasar malam, Cameron Bharat Tea Shop.....
lama lepak kat situ angin sejuk segar sikit kepala bengong
yang asyik hadap kerja, buku.. kerja.. buku..


Kali ni, abang turutkan aje saya nak makan apa. Saya nak beli apa.
Mungkin itu cara dia untuk pujuk hati saya yang sedang bersedih .. (sangat)


Gambar takde sangat... Sebab tak bawa kamera.
Pakai phone abang je.



Orang lain duduk Cameron 2 malam.
Kitorang 1 malam je sebab nak balik Serdang sekejap tengok ayah.
Itulah sebab malas nak jalan beria-ia sangat.
Kepala otak asik fikir fasal ayah aje.


Turun kot Tapah, jalan ia pusing-pusing.
Pening kepala.....
Berhenti kat R & R Tapah, lagi laaaaa macam nak muntah.
hehehe


BTW, syukur Alhamdulillah sebab nampaknya ayah sihat dan
masih mampu menjadi imam kami solat Subuh dan Maghrib seperti selalu..
Alhamdulillah..

No comments: