Pembaca Blog Ini...

Saturday, August 4, 2012

13, 14, 15 dan 16 Ramadhan

Alamak!
Lupalah nak update menu berbuka puasa 13, 14, 15 dan 16 Ramadhan..


Ok, kita ingat slow slow...


~~~~~~~~~~~~~~~~~

13 Ramadhan
Saya masak laksa Penang.
Air epal jus.
Banyakkan minum jus buah untuk penghadaman yang sihat.
Cik abang makan laksa menambah-nambah.
Lepas tarawikh pun dia cari lagi laksa Penang saya.

Mujur buat lebih sikit.
Sahur tak bangun sebab dah kenyang terlentang makan laksa...
hehe


~~~~~~~~~~~~~~~~


Hari ke 14,
Saya masak siakap masam manis dan rebus kerang.
Bawa berbuka kat rumah abah beramai-ramai.
Menu lain kemain banyak. Tak ingat nak cerita kat sini.
Balik Tarawikh semua duk ngadap kerang rebus.
Anak-anak sedara sampai gatal muka melayan kerang.
heheh. Sangat comel aku tengok bebudak tu.


Sahur plak, abah bekalkan gulai ayam.
Panaskan je gulai ayam tu pepagi hari.
Bau mengharum je gulai bila dipanaskan...


~~~~~~~~~~~~

Hari ke 15,
Abang malas nak kuar pi beli lauk.
Air kita bancuh kordial ice lemon tea je.
Kita steam kan aje ikan siakap lebih dalam peti ais tu.
Mudah..
Kita perap ikan dengan sos tiram + garam + perasa.
Hiris bawang putih, bawang merah,
halia, cili api, daun sup, tomato, lobak, bunga kubis.
Campak je semua dalam gulang kukusan..
Kukus setengah jam.
Sambil tunggu boleh guling-guling layan TV.
hehe


Sahur, tak makan nasi.
Masak air, buat Milo, bancuh Nestum.
Itu aje. Pukul 5 bangun, pukul 6 tido balik..


~~~~~~~~~~~~~


Hari ke 16,
Pertama kali saya buat ayam percik.
Ini ayam percik ala Kelantan, kuah nya putih.
Senang je nak buat rupanya.
Cik abang kata sedap betul..
Hahah.. beliau memang begitu.
Apa aje yang tak sedap? Semua sedap..
Mujur dapat suami yang tak cerewet.
Kalau tidak, malas aku nak masak.. ahahhaha



Sahur kang tak tahu lah nak masak apa.
Aku goreng telur kicap kang..
heheh


Ok, dah....


1 comment:

PUANSTOBERI said...

telur kicap pun sodapppp