Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 9, 2012

Ayah oh Ayah

Hari Sabtu masa tengah kelas, emak sms.

"Emak nak bawa ayah pergi hospital. Ayah dah agak tenat dari raya hari tu.."

Mata yang mengantuk, terus segar bugar.

"Emak nak kitorang balik ke?"

"Janganlah dulu. Nak bawa sebab mata dia kuning, perut dia sakit. Dah dua malam tak boleh tidur.Tak boleh telan makanan dan air... Tak boleh nafas.."

Terus tak boleh fokus kelas lagi setengah jam. Alaahai, selalunya ngantuk pun bukan fokus sangat. Prof tanya soalan main hentam je jawab. Nasib baik Prof. sporting. Lepas kelas, bincang ngan cik abang. Saya memang ok je bab cuti sebab kelas boleh ganti. Tapi, cik abang payah sikit. Cik abang terus call boss dia. Bos dia kasi cuti sampai Isnin. Selasa kena kerja sebab big big bos nak datang. Mujur.... biarpun sekejap, tapi boleh lah dari takde kan..

Sampai rumah dah dekat Maghrib. Semua orang tak de. Semua dah ada kat hospital. Terus ke hospital. Hospital Serdang je pun. Tak jauh. Sampai je tengok Imah, Icah, Apiz, Naim ada kat lobi. Kesian adik adik aku macam anak terbiar. Nasib baik semua dah makan. Am turun. Dia ajak saya dan cik abang naik. Tetiba, mak guard India tu marah. Tengking kitorang mcm anak kambing. Hai... memang nak kena. Cik abang malas layan. Dia kata kalau lempang pun, tak pasal kena samak tangan. kahkahkah.. Saya buat tak dengar je. Lepas naik sampai atas.

Sampai atas, tengok ayah dah kurus. Cengkung sangat sampai saya ingat itu bukan ayah. Siap nak pi cari kat katil lain. Saya nampak mak datang dengan Anep. Mungkin dari toilet ke mana tah.. Saya tengok emak keletihan. Anep macam biasa, blur... hahah.. Saya buat buat gelak supaya tidak berderai air mata. Siapa tak sedih tengok ayah kita dah macam tu. Tapi, tak naklah nangis depan orang ramai. Terutama emak. Saya tahu. Kalau kami sedih, emak lagi berjuta kali sedih.

Ayah tak boleh nafas. Kena pakai alat bantuan. Buka mata pun tak larat. Tak cakap apa-apapun dengan ayah. Duduk kejap, terus turun dan balik rumah.

Esok-esoklah sambung cerita. Empangan air mata dah pecah berderai dah ni...

Terima kasih.

2 comments:

jiwalara said...

Salam..
Puan saya adalah Rakan FB dan folower blog meredah samudera...bagaimana dengan kesihatan ayahanda puan?Sakit apa?harap puan banyak2 bersabar

~ain said...

jiwalara.. ayah sudah tiada. sakit kanser hati..