Pembaca Blog Ini...

Friday, October 12, 2012

Sebulan Sudah

12/10/2012

Genap sebulan ayah meninggalkan kami. Banyak urusan yang belum selesai. Emak dah tension. Saya cakap kat emak, jangan tension. Rilek... Nanti kita balik tolong emak.


Saya dah makin ok. Cuma, masih teringat. Saat paling sedih sekali ialah bila saya nak tanya sesuatu, saya dah tak boleh tanya. Yelah, saya memang banyak tanya kat ayah. Ada apa-apa kemusykilan je mesti nak sms atau inbox dia kat FB. Nak beli rumah tanya ayah. Nak beli buku tanya ayah. Nak beli laptop tanya ayah. Nak itu ini tanya pendapat ayah. Kengkadang saya terus hantar email. Tapi, sekarang.... saya nak tanya fasal laptop saya terkelip-kelip pun tak boleh. So sad.. Macam hilang tempat bergantung je rasanya.


Emak cakap, sekarang Naim dan Hafiz temankan emak tidur. Padahal diorang memang suka tidur kat bilik emak pun masa ayah ada pun. Bila ayah pi outstation ke kerja malam ke, diorang mesti sibuk nak tidur ngan emak. Tidur bawah lah... Sekarang ni, siap bangun buat sarapan untuk emak lagi. Sebab diorang tak nak emak kahwin lain. Alahai..... ke situ pulak perginya. 


Emak kata, emak dah ok. Tapi, kalau pergi kubur ayah je mesti mak nangis. Kalau tak pergi kubur, tak rasa nak nangis pun. Emak kata, emak dah janji dengan ayah akan pi ziarah ayah kat kubur. Sedih pulak aku dengar cerita emak ni. Wahai, emak! Bertabahlah! Saya tahu, orang yang paling sedih atas kehilangan ini ialah emak. Seolah-olah separuh jiwanya pergi. Dia ada cakap, "Ayah ko.. janji macam-macam dengan aku. Lepas tu, dia tinggalkan aku sorang-sorang.." Kalau ada orang yang sangat rindukan ayah, orang itu tentulah emak.... ~ Sedih..


Hmm.. Saya terima banyak kata-kata semangat dari kawan-kawan. Dari ahli keluarga suami, ipar duai.. Sangat membantu membina jiwa saya semula. Terima kasih sangat-sangat atas semua itu. Sangat membantu saya. Kehilangan orang tersayang memang akan meruntuhkan jiwa kita sedikit sebanyak. Walau kita cuba untuk tabah dan redho, hati kita akan rasa sedih menggila juga. Walau kita cuba untuk kuat, tapi kita takkan bertahan lama. Kita tidak boleh pendam rasa. Kita kena luahkam apa yang kita rasa. Kita kena luahkan.. Baru rasa lega. Baru kita boleh bina jiwa kita yang baru. Hanya yang pernah mengalaminya akan faham.


Ok, tak mau sedih-sedihlah! Ayah tentu tak suka kita sedih, kan? Ayah kan ada pesan kat Imah, jangan sedih sangat sampai takleh jawab exam. Saya anggaplah pesanan itu untuk saya jugak. 


Pada yang masih ada ayah ibu, hargailah mereka sebaik-baiknya. Berbuatlah kepada mereka. Jangan nanti bila dah tak de, barulah datang penyesalan di sana sini..


Al-Fatihah untuk ayah.... Semoga ayah aman di sana!





1 comment:

zh-ena said...

berderai air mata