Pembaca Blog Ini...

Sunday, October 7, 2012

Zaman Sekarang

Hari Ahad yang sangat membosankan... Hari ni kerja tapi, tak de kelas... Eh, ada! Tapi pagi tadi buat Test 3 untuk student yang lemah. Ini test yang optional. Siapa rasa nak baiki markah Test 1 dan Test 2, sila satang buat exam. Kalau tidak, sila duduk baca buku kat hostel. Korang rasa dah banyak sangat markah kan? Baiki maksud saya macam ni.. Katalah Test 1=60 Test 2=40. Tetiba Test 3=70.. Haaaa, jadi saya ambil Test 3 untuk cover Test 2 yang 40 tadi.. So, markah baru Test 1 masih 60 Test 2 dah jadi 70..  Gitu? Faham kan? 


Saya rasa itu kira adil. Tak de paksaan. Kalau semua rasa dah ok, tak yah ambil test 3. Tadi 13 dari 30 orang datang untuk jawab Test 3. Seorang je yang markah dia teruk dari kedua-dua test sebelumnya.. hehe.. Nak buat guane pulok? Kesian.. Tapi, siapa suruh tak study? Nasib lah.... Saya nak tolong macam mana lagi? Nak suruh buat assignment? Entah......... Banyak kerja lah nak fikir!


Saya tak faham attitude student sekarang. Tak macam zaman saya belajar dedulu. Yelah, zaman berubah, kan? Apa yang saya perhatikan, budak-budak sekarang lebih berani. Lebih outspoken. Lebih ramai yang 'tak makan saman'.. hahaha Tak macam kitorang dulu, nak sms lecturer pun takut-takut. Padahal bukan lecturer marah pun, kan? =) Budak sekarang, memalam buto pun berani sms lecturer tanya ada kelas tak pagi esok. Bukan sorang dua sms tanya benda yang sama. Kadang 3-4 orang dari kelas yang sama, tanya soalan yang sama. Ada pulak, esok nak exam, malam ni sms mintak hint.. Adoi (*__*) Bila saya cakap saya nak claim duit bil phone, diorang gelak! Ingat aku memain ke apa? =D


Bukan saya berungut. Sekadar melepas rasa aje. Tak kisahlah apa pun. Saya terima semua itu sebagai cabaran dan dugaan menjadi 'cikgu' pada zaman globalisasi ni. Zaman FB, zaman Twitter... Dulu saya ada juga approved student kat FB. Tapi, tetiba macam rimas pulak baca status-status pelik diorang kat wall memasing. Budak-budak, kan? Benda tak patut tulis pun diorang tulis. Kadang-kadang perkara yang saya tak patut tahu as their lecturer pun saya 'ter' tahu... ahaksssss... and vice versa..


Makanya, untuk lebih menghormati privacy mereka dan privacy saya, lebih baiklah saya 'buang' dari friendlist. Lebih selesa begitu. Hubungan baik lebih terjaga. Kalau tidak, ada je student kena sound kat FB sebab ponteng kelas pagi! kahkahkahakahahaha


Alamak! Ada meeting... 


Ok, bai! 


2 comments:

Zura Tahir said...

ain lect yg murah hati...hihkihkihk..

zh-ena said...

betul tu time ena dulu mana la berani nak call semua