Kita manusia ini dilahirkan dengan nafsu. Eh, apekehal cakap fasal nafsu bagai ni? kahkahkah.. Tak.. Tak.. Ini adalah nafsu selain nafsu untuk 'itu'. Korang ni, kan.. hehe
Maksud saya macam nafsu nak makan, nafsu minum, nak tidooo, nak beli itu, nak beli ini..
Beberapa hari lepas, saya mengemas barang saya dan mendapati saya ada banyak losyen yang tak habis. Ada dua tiga jenis yang dah expired pun. kahkahkah.. Saya suka beli, tapi selalu (lupa) tak pakai. Suka beli itu, maknanya setiap kali keluar mesti singgah farmasi dan beli losyen. Yang mahal ada, yang paling murah 2 hengget pun ada sebab Guardian ada offer penghabisan stok. Jenama terkenal ada, jenama kokak pun ada.. hahaha.. So, saya bertekad tak mau membazir beli losyen selagi semua 'koleksi' losyen yang ada tu tak habis. Membazirkan.. Kalau sebotol 5 hengget, 10 botol dah 50 hengget. Makan losyen ke apa ni, Ain? Nasib baiklah takde penyakit alergik kulit.
Cik abang hanya mampu geleng kepala setiap kali saya keluar Guardian ke Watson ke. Mungkin beliau dah malas nak melayan perangai pelik bini dia ni. "Layankan je lah, bang.. Saya beli losyen je pun. Kalau kena penyakit beli barang ribu riban banyak banyak macam beli losyen ni, memang cepat sangatlah rambut abang luruh sehelai demi sehelai." =)
Alahai.. Sebenarnya, saya sekarang sedang lemah dengan nafsu dan rasa berkehendakkan sesuatu. Ini macam kronik jugak sebab berkehendakkan kereta baru.. ahhahahaha.. Terus-terang! Saya selalu drive WUH cik abang sekarang. VIVA saya cik abang yang bawa sebab kan jimat minyak. Lama-lama tak reti dah nak bawa kereta manual. Ngade.... Adik saya nanti nak praktikal sini, nak kena ada kereta auto jugak.. Hahahah.. Belit ceritanya, takyah lah nak saya cerita sini. ~Dasar pemalas nak menaip.
Apa yang penting, saya nak kereta baru!!!! (Jerit) Walaupun, saya tak pasti samada ianya adalah keperluan atau hanya kehendak saya je. Sekali fikir, VIVA tu elok lagi. Walaupun dah 5 tahun, enjin masih tip top sebab cik abang memang jaga elok. Tak kuat jalan mana sebab dah ada WUH. VIVA guna untuk pi kerja je. Tapi, sekali fikir... Saya perlukan sesuatu yang baru! Segar! Fresh! Demi untuk naikkan semangat yang dah luntur sejak dua menjak ni.. Alaaaa.... ini perasaan macam, "Boringnya laaaaa pakai baju lama aje. So, jom pi beli baj baru... Baru ada semangat nak pi kerja.." Contoh .....
Maka .. dengan rasa excited yang menggebu-gebu,
saya ajak cik abang pi melawat tempat memuaskan kehendak itu.
Cik abang ikutkan sahaja seperti biasa.
Di situ, saya berjumpa dengan 'ini'..
Meleleh air liur mak, nak!!!!!
Kena check berapa 'hutang' VIVA dekat bank baru boleh fikir apa nak jadi pulak lepas tu!
Kalau ok, rezeki aku! Kalau tidak.... nanges!
[Mood: Angau...]
2 comments:
adoi...swift...
akak ni tak buleh ckp nak keta baru.. kang yg sedia ada tu majuk tak sudah.
tp tgh bersabar juga ni sbb nak tggu plat KL abis smpai WYY sbb pastu nombor baru.. hiwhwihwi..
setuju dgn ayat kita "perlukan sesuatu yang baru! Segar! Fresh!" mmg baru ada semangat kan :)
Post a Comment