Pembaca Blog Ini...

Tuesday, February 5, 2013

Jom membebel!

Pagi tadi, saya kena bebel dengan kakak yang jaga thumbprint. Saya pi kelas kat bawah bukit. Em.. opis saya dan kelas biasa atas bukit. So, saya malas nak turun naik. Saya pi kelas dulu, kat pukul 10 baru saya thumbprint. Boleh? hahahah Tak boleh. Sebab tu lah kena bebel dengan kakak tu. Saya buat banyak kali dah. Siap dapat surat amaran lagi. hahahhaha (gelak boleh?) Saya bukan tak datang. Saya datang.. Cuma, thumb lambat. Takpelah, nak bebel pun. Nak tolak cuti saya pun. Takpe.. Redho sebab salah saya kot. Lagipun, orang tua kan. Memang kuat membebel.


Dah petang ni. Tengah tunggu cik abang datang jemput sambil tanda kertas exam test 1.


Saya kan 'car less' sekarang. VIVA udah dijual. Jual kat pak mertua je pun. ahahha.. Dia sayang kereta tu. Aik? Macamana dia boleh sayangkan kereta saya? Oh, harap dia juga sayangkan saya sebagai menantu dia yang comel. ahhaha.. ~ merepek


Saya dah jual VIVA secara rasminya. Abah sudah beri adik ipar saya belajar bawa sikit-sikit. Dah ada sticker P. Ah, saya pedulik apa. Selama ni cara pemanduan saya pun masih layak dibubuh sticker P. Cuma, cik abanglah tak nak tampal. =) Takpe, bolehlah adik ipar saya belajar susah sikit. Saya dulu pun, lepas dapat lesen bawa kancil manual je. Buruk lak tu. Biar tau sikit, tak semua benda boleh dapat senang-senang aje. Kena usaha sendiri jugak.


Juga, saya sudah bayar booking kereta idaman saya (setakat ini). Mana tau, masa masa depan terminat kereta lain plak kan. Nafsu... Sampai bila tak habis. Cik abang pun dah sokong pendapat saya yang kita perlukan sesuatu yang baru, Segar! Fresh! Barulah kita ada semangat, kan? hahahahaha


Masa saya minta payslip kat KJ Kewangan, muka dia mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii! Sakit hati aku memandang! Senyum sikit pun tak de. Aku cakap berkali-kali, terima kasih terima kasih dengan harapan dia akan jawab sama-sama dan senyumlah sket, kan? Harapan ku hancur berkecai. Sampai kesudah dia masam. Mungkin ada masalah peribadi kot. Tak mengapalah!


Emak saya tak sangka yang saya dah bayar booking. Hahaha.. Emak kata, takpelah. Belilah apa yang nak dibeli. Masa hidup ni lah nak merasa semua. Nanti dah mati, penat-penat kerja duit ko orang lain jugak berjoli. Eh, emak... Ke situ pulak.Tapi, betullah.. Kerja penat-penat, dan kita berhak dapatkan apa yang kita nak.. Kan? 


Khamis ni nak balik kampung Melaka. Yea yea.. Tak sabarnya lah hai.. Cuti Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu. Khamis kena kerja, beb!!!! Ini pasal kena bebel dengan kakak jaga thumb print pagi tadi ni lah.. Kalau tidak, dah lama aku apply terus 3 hari. Ada masalah apa tah kakak tu, aim aku aje. Kalau dah kena kuarkan surat warning untuk aku, kuarkan ajelah.. Ada masalah? Aku terima je lah dah orang nak kasi surat. Dia pulak touching-touching. Bukan dia yang kena warning pun!

Tak faham...


4 comments:

SueGinola said...

Assalamualaikum Ain...

Salam singgah...
Saya nak tanya...kalau nak jual kereta kat adik beradik sendiri pulak macamana ye...?senang ke susah?..Boleh tak email saya cerita proses macamana nak buat...

iloveginola@gmail.com

Terima kasih....^_^

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

cian kena bebel...tp iye mmg tumbprint kena ikut time..tu dia HR dah komen..jgn marah ain... :)

lg 2 minggu cik merah kuar la kan? ;)

~ain said...

sue, nanti ada masa lapang kita cite ek..

has.. wahahaha.. memang! sebab tu menjawab, sebab salah saya. cik merah, kalau takde apa-apa aral bolehlah kuar seminggu dua lagi. InsyaAllah

SueGinola said...

Ain, thanks...Lupa nak cakap...Congrats untuk kereta baru...^_^