Pembaca Blog Ini...

Monday, September 2, 2013

Minyak Naik?

Haaaaa.... 


Harga petrol dan diesel naik lagi. Sebab apa? PM cakap dalam berita semalam, demi kebaikan ekonomi negara subsidi kerajaan terhadap bahan api itu terpaksa dikurangkan. Tapi, kerajaan masih menanggung 63 sen seliter untuk bahan tersebut. Dia cakap macam tu lah... Nak elaborate satu-satu korang tak faham pulak nanti. Ntah-ntah Pak PM pun keliru kang!


Ok, korang! Jangan marah. Demi kebaikan ekonomi negara kita semua ni. Kebaikan yang macamana? Dia ajelah yang tau. Malas nak argue blablabla... Kita bising sana sini pun, adakah dia kesah? Pak menteri minyak kereta pun claim duit kerajaan sebab deme berkhidmat untuk kerajaan. Suka hati deme lah, kan... Takpe, nanti Pak PM kasik BRIM ye. Sabar, ye! Mana yang layaklah. Yang tak layak tu, diam-diam sudah. Isi je minyak kat kereta dan bayar je cukai. Jangan banyak bunyi. Kan? 


Bersabarlah ye, korang.... Jangan gelabah sangat!


Selagi Malaysia kita ni aman. Tak macam Mesir, Syria... bersyukur ajelah! Dua posen je pun. Kalau isi RM25 macam dulu, beza liter cuma dua tiga liter aje. Kita memang suka harga barang naik ni. Demi kebaikan negara. Rakyat Malaysia memanglah kaya semua.Sebab apa-apapun memang rakyatlah didahulukan. Jangan bimbang!


Lebih baik sekat rakyat daripada belajar tinggi-tinggi supaya makin senanglah nak tipu rakyat...


Maaflah. Kalau ada yang tersinggung. 


Negara demokrasi. 


Semua orang ada hak nak menyuarakan pendapat masing-masing. 


~Wallahualam~

2 comments:

PUANSTOBERI said...

malas nak bising2.. apa je kita mampu buat.. mmg rasa geram.. tapi apa nak kata..

tp dalam org kecoh2 tu.. tadi fareeda wat sale kt FB jual tudung rm100, berebut juga org beli.. ramai yg byk duit.. ramai yg boleh berbelanja melebihi kemampuan.. tp btul lah..ada juga yg tak ber kemampuan. entah.. kita doa je lah.. moga kehidupan kita di rahmati dan diberkati Allah... dan tak rasa kesempitan hidup melata..

~ain said...

kan kakreen kan?