Pembaca Blog Ini...

Tuesday, December 17, 2013

Kolumpo

Last week (selesai urusan hari pertama di UTM, KL), kitorang nak berjimba. Tapi nak berjimba ramba sangat tidaklah boleh sebabnya duit kureng. Hahaha.. Dua kali naik turun Tganu-KL-Melaka bulan ni. Takpelah, dah tanggungjawab... 

Tak tau mana nak pergi. Fikir lah.. Fkir.. Fikir... IKEA jom! Cik abang pun sukalah pi IKEA walaupun..... Kita round sekali IKEA, cuci mata. Kali ni memang tak beli apa langsung. Cik abang memandang bini nya yang sangat amazing ini. Hoi! Tak beli apa-apa ke? Saya diam je buat tak dengar. Dia cakap ada lagi seratus dua kalau nak beli apa-apa. Ah..... 

Jalan tanpa arah tujuan. Cik abang ajak tengok wayang. Jom! 


Kitorang bukan kaki wayang. Bukan sebab Terengganu takde panggung wayang. Tapi, sebab kita bukan kaki wayang lah. Kita rasa lebih best lah kalau kita duduk rumah sambil menonton. Beli kat Astro First je sekarang ni kan. Kali ni, dek kerana banyak masa terluang, maka marilah kita... Masa bercinta dulu, last sekali tengok wayang filem Cinta. Tah tahun berapa. Eh, ke masa tengok filem Senario yang last tu? Tak ingat... Masa tengok Senario tu aku bantai tido dari  mula sampai lah sudah.. Hahahah.. Punyalah tak minat! Tapi, kitorang berdua memang tak sampai 10 kali kot pi tengok wayang. 

Filem apa nak tengok pun tak tau. Tercangak-cangak laaaaa laki bini depan kaunter tu sambil terdongak-dongak. hahahah.. Saya pun decide. Jom Kolumpo. Itu ajelah yang paling best sekali lah kot...



Dalam panggung tak ramai orang. Ada 6 orang. Hari kerja, kan? Pastu tengahari pula. Tak ramai lah.

Ada tiga cerita dalam satu cerita. Haaa... yang pertama pasal oranng India datang nak kerja di Malaysia. Sekali kena tipu lah pulak. Kesian.... Tapi, kelakarlah Azad Jazmin, Radhi Khalid... mmmm yang lain-lain tu tak kenal pelakon nya tapi ada juga yang familiar biasa berlakon filem Melayu.

Cerita kedua tu best juga. Touching sikit. Pasal Mak Mah yang dah nyanyuk tak ingat rumah dia kat mana. Kesian... Ada perempuan Cina tolong hantar dia balik rumah. Sedih aku tengok Mak Mah tu. Tapi, comel je dia dok ulang soalan yang sama berkali-kali kat perempuan Cina tu sepanjang perjalanan dia cari rumah Mak Mah. "Siapa nama? .... Kerja apa? Bapak ada lagi? Sudah kawin ke belum?"

Yang ketiga tu dah sangat bosan. Sampai menguaplah aku menanti ending dia... Sharifah Amaani yang berlakon. Oh, saya memang tak minat sangat dengan Sharifah Amani. So, malas lah nak tengok.... Antara 3 cerita tu, yang last sekali ni lah tak berapa best bagi kitorang. 

Overall, cerita ni banyak pengajaranlah. Buat kita berfikir sesuatu yang kadang-kadang tak terlintas pun di kepala otak kita ni. Gitew.... 

Ok, selesai berwayang.... Kita balik laaaaaaaa Gombak. Hujan lebat gila. 

Abah baru balik kenduri kahwin anak sedara dia di Sabah. Abah belikan gelang mutiara... Nyum... Nyum... Suka!

No comments: