Pembaca Blog Ini...

Thursday, January 30, 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Hari ni update blog dari rumah. Entah2 lepas lepas ni tak de masa dah nak jenguk blog kat opis sebab masa macam tak cukup je. Tak pelah.. tak mau lah fikir pasal kerja. Kang stres kang.. ahahah

Balik awal tadi terserempak dengan bos. Eh, taknak cakap fasal kerja kan? Kerja.. Sampai bila pun tak habis. Kalau habis kerja, berhenti lah kerja kan....

Sampai rumah, nampak kereta cik abang kat belakang. Aik? Kata dah sampai rumah tadi. Oh, rupa-rupanya dia nak pi opis balik nak amik barang dia sampai tadi lepas dia dah sampai rumah. Aahahahaha.. Apa da dia excited sangat. Orang tak pernah shopping online. Sekali dia terjebak, baru dia tahu bagaimanakah rasanya tunggu barang kita sampai. Macam dapat hadiah rasa gembiranya... 

Terus park kereta dalam garaj. Naik kereta cik abang pi opis dia. Huh... dek kerana penat dan dah memang habit saya masuk kereta mesti tido.. hahahaha .. Tetiba, cik abang kejut. "Yang.. ni kedai yang abang belikan nasi goreng ayam yang sedap tu.." Saya pun terpisat-pisat..... Terus order teh ais dua! ahaha

Kemain gembira dia dapat 'hadiah' harijadi. Seluar basikal je pun. Sibuk suh saya order sebab dia tak pandai order online. Kelakar aje laki aku. macam-macam soalan dia tanya pasal online shopping ni. Haaaaaa... Lain kali jangan nak membahan orang. Sekarang dah terkena badi online shopping bini dia.. Tah.. tengah obses nak berbasikal sekarang. Suka hatilah.. Asalkan dia gembira, saya pun bahagia. 

Dia pi senaman, saya memerap layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta... Best gila!!!! Kalah drama Ariana Rose. Rasa macam Tengku Adam tu hensem, tapi tengok Abang Jebat terus lupa Tengku Adam. Hahahahaha.. Kuat pengaruh drama ni. Kak stoberi lah ni... Duk review drama ni kat blog. Betullah Abang Jebat sangat eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee walaupun kasar. Patutlah Shila Amzah nangis tak ketahuan dulu. Sabarlah.... (T___T)

Oleh kerana takde Astro apa tu yang boleh record2 tu. Kita tengok online je seminggu sekali sebab tak tahan lah tengok setengah jam se episod. Kita marathon aje. Puas hati. 



Episod minggu ni best sebab Mas dah dapat kahwin dengan Abang Jebat. Nikah gantung pun boleh. Mas kuat betul goda suami dia. Abang Jebat kemain lagi tahan perasaan. Memandangkan cik abang pi berbasikal, saya amanlah nak feeling gelak kuat2 tengok drama. Kalau tidak, kena ejek laaaaa.. Emo laaaaa.. Apa laaa.... Tapi, kalau dia ada pun saya pedulik apa nak emo pun. Dia geleng kepala ajelah dapat bini tengah obses drama.. 


Oh, minggu lepas dek kerana tak sabar nak tahu apa jadi.. 
Dah beli dah novel Bukan Kerana Aku tak Cinta .....
Tapi, baca sikit-sikit je sebab sayang nanti habis.
Psiko!



Kirim kat 'Aabang Jebat' saya!
hehe

1 comment:

puanstoberi said...

Kannnn.... tetiba trus suka sharnaz. Hihi. Oh. Da bli novel dia? Akk lak asben akk sker tnya2 lps tu jd apa ( nxt episode).. tpaksa la bkk blk novel tu cr part mana. Akk pun igt2 lupa sbb dkt sethn dah baca. Hihi