Pembaca Blog Ini...

Monday, August 4, 2014

Raya!



Raya tahun ni giliran Terengganu.
Malam raya sibuk cucuk satay.
Keluarga belah Terengganu memang suka makan satay. 
Kalau ada special event mcm kenduri kawin ke apa ke, 
mesti pi makan satay beramai-ramai. hehe... 
Macam special lah satay ni di kalangan ahli keluarga. 
Sebab fav abah lah satay ni. 
So, anak-anak pun ikut fav. Cucu pun suka juga.


Malam raya tu kitorang gotong royong cucuk 16 kg ayam. 
Bakar sampai 3 pagi. Tapi, saya dengan cik abang dah lari balik dulu. hahaha


Anak-anak duk main bunga api. 
Lepas tu, main gadget!


Atas sebab teknikal, gambar raya saya takde. 
Gambar mamat ni aje yang ada.
Dapat juga dia beli baju melayu pelikat dia tu.
Plan nak cari seluar warna putih tapi, menjelang raya tu kena sakit mata.
Pakai ajelah seluar yang ada.. 


Wonderful in laws...
Tahun ni semua raya belah sini.
Rumah penuh dengan kemeriahan.
Tambah pulak beberapa ahli baru.


Duit raya tahun ni. 
Ikut kategori macam biasa lah.
Anak sedara, adik beradik yang belum kerja dan mak abah.
Sampul duit raya lawa sangat.
heh heh


Kat Melaka kehambaran berlaku. 
Mak, Icah, Imah, Apis dan Naim beraya berlima aje.
Kesian lah pulak tapi yang dah kawin guna sistem giliran.
Akur lah dengan takdir. 
Insya Allah, lepas ni kena pinda lah sistem ni 
supaya tidak berlaku kehambaran di mana-mana belah pihak.

Raya ke-2 balik Melaka.
Raya ke-3, semua ada. 
Acara bagi duit raya diadakan pagi raya ke-3 lah.
Maman ni suka betul nyakat. Kecik2 lagi dah nakal.. 
Bertuah ni!

Selamba je dia tarik rambut Annisa.
Melalak lah anak dara tu. 


Ok, itu sahaja entri raya.
~Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin~

1 comment:

puanstoberi said...

a ah la.. akk pun camtu gak. kena re-schedule balik jadual giliran kot. kt kg akak pun tahun ni hambar sket sbb sorang je abg akak balik. lain semua rumah mertua termasuk akak.