Pembaca Blog Ini...

Friday, December 4, 2015

Konsisten

BFF tanya.. "Ko pakai apa kulit muka flawless sekarang. Kulit dah tak macam dulu..."

BFF tau laaa kulit muka ahkak ni dulu mcmana kan? Dia pun byk advice dan rekemen kan produk bagus2. Tapi tak berkesan.. Tak sesuai dgn saya.

Saya takde apa tips kulit flawless. Sbb sekarang kulit saya mmg tak flawless. Sebenarnya, lebih kepada takde masalah serius. Jeragat ada sikit. Risau gak kalau membiak. Parut jerawat lubang pon ada..

Tapi takde jerawat dah. Masa muda dulu, masa remaja..jerawat mmg teman setia. Tak dpt dinafikan. Ada masa stress nya dgn jerawat sbb tak hilang2. Masa sekolah menengah dan masa belajar belajar dulu la.. Rasa nak curah muka dgn air panas. Hahaha.. Nanah nanah gatal gatal. Merah.. Iritasi.. Azab juga laaa. Mcm mcm produk dah try. Tak settle gak masalahnya.. Merebak lagi ada laaaa...

Sampai ayah sponsor buat rawatan muka kat salon mana tah dah lupa sbb terlalu teruk muka anak dara dia. Dia risau anak dara dia tak laku. Hihihih.. Masa tu salon tu pakai skincare Cleopatra. Mahal jugalaaa zaman dulu kalau lima ratus ringgit kan. Tapi, satu set dia besar besar. Pencuci muka aje dah beratus ml.. Memang habis mati semua bakteria... Hehe.. Siap treatment asap resdung semua. Sesak napas tahan asap dari masuk hidung. Hehe

Itu dulu la.. Keadaan hormon tak stabil. Skincare tu tak tau masih wujud atau tak..

Skrg dah tua takde jerawat dah. Mungkin hormon jerawat tu dah habis puas keluar masa remaja. Heheheh

Sekarang skincare masih pakai skincare cap ayam je. Dah setahun lebih sustain memakainya. Bukan level ahkak nak pakai kosmetik kaunter terkemuka tu. Skincare ahkak yg satu set harga RM35. Skrg dah naik harga jadi RM70 sbb dah tukar packaging plus dah ada kelulusan KKM. Tp s berbaloi. Tak mahal sbb beli satu set 4 bulan tak habis pakai walaupun pakai setiap hari. Jimat sungguh.. Suka! Murah! Jimat! Berkesan!

Tapi apapun.. Hakikat yang tak boleh dinafikan ~ pakailah apa apa jenis skincare pun...apa yg penting adalah konsisten. Kena pakai hari hari. Kena rajin. Baru nampak perubahan.. Kalau tak, tepeklah apa pun takkan nampak kesan. Hari hari kene tepek. Macam kereta lah.. Kalau tuannya rajin jaga, berkilat ..... Kalau malas jaga, berkerak.... Kulit muka mcm tu jugalah..

Wallaualam..

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

mesti muka dah licin kalah neelopak kan ain kan...

Ida Puanstoberi said...

akak ni mujur le jenis kulit muka tak sensitif. sental lah apa pun, okay ja. pastu skrg akk guna safi rania. tp rasa mcm nak tukar safi biasa2 tu je lah. yg lagi murah tu. yg pencuci muka dia timun ke limau ke tu. Hihi.

~ain said...

Safi Rania mmg best, kak.. Sblm pakai ni kita mmg pakai Safi Rania. Bila dah bosan, tukarlah... Tp masih pakai serum dan scrub muka Safi Rania. Yang tu takde tandingan bestnya... Dah bertahun pakai..