Pembaca Blog Ini...

Tuesday, February 16, 2016

Beralih arah - Seqy Beauty

Kalau refer entri blog sendu ni yang lepas lepas ada cerita pasal skincare murah berkesan yang aku guna setahun lebih. Lama tu. Kedua terlama selepaa Safi Rania.

Lumrah wanita kan. Suka bendalah skincare ni. Antara malas ngan rajin je. Yg rajin tu mmg nampaklah suka nya. Yang malas tu bukan tak suka tau. Malas aje.. hehehe..

Dah setahun pakai rasa macam bosan. Pastu lama lama pakai dah mcm imun plak kulit makhencik. Tahap itu ajelah. Jerawat naik makin kerap. Paling sakit hati whitehead blackhead banyak. Ada jeragat sikit. Hahahaha sejak pencen awal ni banyak pulak masa nak membelek muka.

Lama dh fikir nak tukar skincare. Bukan sebab y lama tak berkesan. Tapi sbb mcm sama je hasilnya tak semakin hari makin elok. Mcm statik situ hasilnya. Since harga dr pemborong tu pon dah mahal, tak restok dah utk jual. Kita habiskan pakai sendiri aje. Bila customer nak order kit bagi contact number supplier suh diorg pi beli sendiri. Kalau tak mampu borong, beli lah satu satu utk pakai sendiri.

Stok ada kita habiskan. Sabun muka kita buat sabun badan. Ada dua tiga ketul tak habis kita bg free kat ipar duai yg masih setia pakai skincare tu. Ikut kesesuaian dan keputusan diri masing2 lah. Takdeaa kita ni kejam tak bg org nak proceed beli dan pakai wpun kita dah tak jual ..

Bila dah habis semua, kita beli ini....


Orang kata bagus. Plus memang selalu membeli dengan adik beradik pengasas produk ni. Macam macam terpengaruh membeli. Setakat ini trusted dan belum pernah mengecewakan. 

Dah dekat sebulan pakai. Boleh tahan lah kesan dia. Agak memberangsangkan. Cik abang sekali join memakai. Saya rasa ok. Tiga hari pakai jerawat kecik2 kat tepi mulut dan area dagu licin. Tapi parut hitam2 ada lagilaaa sikit.. Walaupun kulit takde la teruk sgt sebab skincare sebelum ni dah memulihkan banyak masalah mcm jerawat pasir, kulit gelap, kulit berminyak berbelak tu semua..

Cleanser dia paling best sebab lepas cuci tu rasa bersih naunau muka. Cik abang pakai muka dah kurang jerawat. Kerja site mmg penuh debu kotor, kulit sunburn bagai. Tapi bab sunburn tu takleh nak tolong sbb dia malas pakai sunblock. Kurang minyak tu mmg nampak. Kena belikan cleanser aje untuk dia pakai time kat site. Kalau dia rajin lah. Lelaki kan mmg kureng sket nak jaga muka ni.

Toner dia menyerap elok tapi lepas kering tu takde rasa lekit. Kalau Safi Rania ada laa mcm lekit sikit plus muka makhencik y jenis cepat berpeluh. 

Serum pulak.. suka sebab cepat menyerap. Pakai sekali picit aje bleh sapu satu muka. Tapi rasanya cik abang dua kali picit kot pasal muka dia besar. Hahahhah.. Bau grape. Tak melekit langsung bila dah menyerap masuk dalam kulit.

Krim 2 in 1 bau ubat. Cik abang kata bau ubat kaki gatal yg beli kat pasar malam. Wahahaha... tapi ok lah. Takdelaaa ganggu ke apa bau dia. Bila sapu sejuk aje muka tp takdeaaaa mcm sapu balm kat muka. 

Sebulan pakai merah2 kat muka memang jelas berkurang. Kat celah2 hidung saya memang selalu tumbuh jerawat nanah kecik2 keluar rumah lama then tak cuci muka elok2 dalam tempoh y lama. Bila pakai set ni takde plak tumbuh jerawat celah hidung tu. Merah merah iritasi pon dah kurang. Sebelum ni pun duk tenyeh situ laa sokmo2 sebab minyak situ banyak dan terperangkap sbb hidung kembang. Hahahhaa... fikir sendiri laa link dia mcmana.

Oleh sebeb berkongsi ngan cik abang, cleanser dah mcm nak habis. Goncang2 tak bunyi dah. Cuak mamat tu. Dah bg duit suh order lain. Dia nampak mcm berminat kat cleanser tu lebih sket la sbb mudah. Nak tepek krim serum bagai malas sikit dia. Kena ingatkan baru dia sapu. Lagi malas makhencik kalau dia buat mengada dia suh aku sapukan kat muka dia.
adoidoidoi

Kalau uols tanya saya berbaloi ke mencuba Set Skincare Seqy Beauty ni? Saya akan cakap, "Ya... pi lah beli weh... tak mengecewakan.."

Tunggu pakai dua tiga bulan lagi ... tengok macamana pulak jadi muka makhencik. Sebenarny bukanlah nak lawa cam Neelofa ke ctdk ke siapa siapa ke... tapi bila kulit muka elok nak jumpa orang pun berkeyakinan. Takdelah malu sorok2 muka ke apa.. 

Itu aje.. 

No comments: