Pembaca Blog Ini...

Sunday, March 13, 2016

8 years and more years to come!

14/3/16- 8 tahun jadi isteri kepada cik abang. Bila dikenang2 lama ye 8 tahun tu. Masa nikah tu tak terbayang pulak 8 tahun tu macamana nanti. Sekarang... tetiba dah 8 tahun. Kang tetiba dah 10 tahun. Eh.... dah ada uban! Huhihihi

Macam baru je.. hahaha klise sgt ayat macam baru je kawin.. macam baru je blablabla.. ok.

Memang masih baru. Baru 8 tahun kalau dibandingkan dengan atuk nenek kita yang 30-40 tahun hidup menjadi suami isteri. Pernah bertanya pada sorang nenek tu dah 30 tahun dia kahwin ngan atuk. Saya masa tu 17 tahun kot. Boleh saya tanya.. "Nenek tak boring ke tengok muka atuk?".. hahaha. Soalan tak matang langsung. Sbb tu bila ada anak2 remaja yang kawin lepas sekolah zaman sekarang ni saya rasa mcm tak leh diterima akal. Apa lah yang aku tau buat time umur belas belas tahun. Tapi yela.. bila jodoh dah sampai mestilah disambut dengan baik. Berkahwin adalah sunnah nabi SAW.

8 tahun ni pun masih banyak kekurangan aku sebagai seorang isterinya. Perangai memeningkan kepala suami masih ada laaa juga walaupu sudah turun ke skala yang lebih kecil. Hehehehe

Macamana kitorang sambut anniversary ke 8? Takde apa apa plan. Macam biasa lah. Kerja.... balik.. masak... makan sama-sama. Selalunya, (baca: mmg biasa) takkan plan apa apa. Akan buat kerja last minit.. jom pi jalan. Jom pi makan. Jom! Pastu... ini sempena anniversary tau. Ok... haaa.. gitu aje. Hadiah ke apa mmg takdela. Kek pun sendu.

Tapi saya tak pe je. Ok je. Sebab tu cik abang pernah cakap. Ini sejenis psikologi juga. Kalau mmg setiap kali bagi hadiah.. bawa pi holiday.. belikan kek.. tiba tiba satu kali tu tak dapat bagi, mesti rasa kekurangan. Nanti tak puas hati lah .. merajuk lah.. masam muka. Kalau dah biasa tak bagi apa apa, bila sekali tu bagi .... haaaaa akan menghargai dan rasa bahagia lah. Apa apa ajelah... dia bukan kedekut. Dia memang mcm tu.


Takde lah pulak saya mengharapkan dia melutut says i love you ke. Bagi bunga satu jambak ke apa. Baik dia belanja makan lagi bagus. Bunga tu dah lah mahal. Takleh makan pulak. Itulah lumrahnya pasangan kuat makan. Hahahaha

Oklah.. nak kata bahagia sgt tu idoklah kan. Sepanjang 8 tahun ni ada masa senang, masa sukar, masa sedih, masa diuji dengan kehilangan, ahli keluarga sakit dan macam macam lagi.... Alhamdulillah sepanjang masa kita saling melengkapi, memahami dan membantu meringankan urusan masing-masing.

Betapa dia rela berulang alik sebab masa tu arwah ayah sakit kuat. Betapa dia sanggup memandu jauh demi sebab ikutkan saya yang semata2 nak balik tengok ayah. Bagi saya itu moment yang sangat berat dan sedih dalam hidup saya.. alhamdulillah dia ada di sisi saya. Menenangkan saya... berdiam diri di sebelah saya yang tengah teresak-esak mengenangkan ayah.. menemani saya menguruskan macam macam hal yg saya takkan mampu uruskan sendiri.

Kemudian.. melayan kerenah saya yang macam macam. Nak itu.. tak nak ini. Tak boleh begitu... mesti begini.. Ya Allah terima kasih kerana pinjamkan aku suami yang sabar begini.

Tak pernah kedekut bila saya minta apa apa. Kalau sampai time mengada aku nak pi beli makanan itu laa ini laaaa.. nak beli baju kat kedai tu pastu tetiba tak berkenan lah. Melayan aku...(kejap saya kejap aku..lantaklah) nak tido hotel lah. Nak econlah... nak .... mcm mcm lah tak tersenarai kerenah bukan-bukan aku ni.

Sepanjang 8 tahun menjadi suami isteri.. aku makin faham erti bertolak ansur, melengkapi, bersabar dengan banyaknya, bermuafakat, menerima kekurangan, 'mengahwini' ahli keluarganya... dan macam-macam lagi yang tak dapat difahami di awal2 kawin dulu.

8 tahun.. kalau ada anak dah sekolah darjah 1. Tapi takde anak. Allah belum nak beri. Bila nak ada? Sila lah tanyakan kepada Allah. Kalau dapat jawapannya alangkah bagus. Allah maha Adil. Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Itulah pendirian kami berkenaan hal ini. Tak payah susah hati dan tak payah buat-buat tunjuk simpati. Hihi

Saya harap perjalanan rumahtangga kami ini dirahmati dan diberkati Allah. Moga dikuatkan kami bersatu menghadapi segala ujian dan dugaan yang diberikan kepada kami. Eratkanlah kasih sayang kami meniti kehidupan bersama.

Selamat ulangtahun perkahwinan untuk aku dan dia... Semoga Allah memberi redho dan barakahNya yang mencurah-curah!

3 comments:

puanstoberi said...

happy anniversary Ain..
Allah lebih tahu apa terbaik utk kita.
So... enjoiceee... :)

~ain said...

Terima kasih, akak... Moga Allah permudahkan urusan orang2 baik hati macam akak..

Amin.. Ya Allah...

~ain said...

Terima kasih, akak... Moga Allah permudahkan urusan orang2 baik hati macam akak..

Amin.. Ya Allah...