Gambar pertama ini adalah untuk Idot.. Sori idot di atas keterlanjuran ku...
Memandangkan sekarang ini musim orang kahwin, saya juga tidak ketinggalan menerima beberapa undangan perkahwinan.. Dayah, wawa, kak akma, wahida, kak aslam.. dukacitanya, saya masih belum dapat memenuhi walau satu pun undangan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Saya tiba-tiba saja teringatkan memori semasa majlis perkahwinan saya..
Saya sering membelek album perkahwinan saya dan tidak jemu-jemu tersenyum. Suami saya menggelarkan senyuman itu sebagai senyuman angau. Biarpun saya sedar saya tidak lah begitu cun ketika kedua-dua majlis pernikahan dan kenduri, namun saya tetap bahagia.
Saya bahagia kerana saya tidak akan menjadi “andartu” kerana saya sudah pun berkahwin. Berapa ramai orang yang cun melecun masih belum berkahwin kerana belum sampai seruan jodoh.
Saya juga bahagia kerana walaupun saya tidak secantik dan se cun orang lain, suami saya yang hebat itu tetap memilih saya sebagai isterinya. Beliau tidak memilih orang yang lebih cun dari saya kerana saya sudah cukup cantik dan lulus spesifikasi cun yang telah beliau standard kan. Heheheh…
Saya bahagia walaupun suami saya itu seorang yang sederhana, tidaklah kaya raya dan tidaklah sehensem mana..namun, mak ayah dan seluruh ahli keluarga merestui perkahwinan kami. Jadi, kami tidak perlulah kawin lari ke Selatan Thai.. hiks..hiks…
Walaupun kehidupan kami selepas kahwin tidaklah semewah mana tapi, belum pernah lagi saya diberi makan maggi rebus kerana tidak ada wang untuk beli nasi. Suami saya memberi makan pakai yang cukup kepada saya sebagai isterinya.
Walaupun saya tidak disirami dengan barangan berjenama yang mewah-mewah dan tidak pernah sekali pun bercuti ke luar negara saya tetap ada substitute untuk itu. Suami ajak saya terapi minda dan jogging2 di pantai apabila tiba hujung minggu. Saya sudah cukup seronok. Bila tiba masa, suami ada wang lebih sikit, beliau akan bawa saya shopping2. Tidaklah secara yang bermewah-mewah, cukup sederhana.
Walaupun kami masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki “Nur ‘Ain” namun kami tetap terus berdoa meminta yang terbaik dari-Nya. Semoga Dia berkenan mengurniakan kami zuriat yang soleh solehah bila-bila tiba masa yang dikehendaki-Nya.
Walaupun saya berjauhan dengan keluarga, namun saya bersyukur kerana mertua saya sangat baik dan melayan saya seperti anaknya sendiri walau saya ini hanya lah menantunya yang biasa sahaja. (rindu abah.. semoga abah selamat sampai dari Mekah 4 Januari ini)
Walaupun adakalanya saya merasa sedih dan bengang dengan suami saya kerana ada beberapa perangai dia yang tak bleh blah,hehehe tapi..biasalah kan itu proses penyesuaian diri. Saya terima suami saya seadanya sepertimana beliau menerima saya pacar yang hina ini sebagai suri hatinya.
Nota Kaki: Panjang pula celoteh saya hari ni kan.
No comments:
Post a Comment